ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Grand Lancer – Waris terakhir keturunan Lancer lahir di Taiwan

Views

Sebelum ini Mitsubishi telah mengumumkan mereka tidak lagi akan mengeluarkan model Lancer, namun kewujudan Grand Lancer mungkin menjadi waris terakhir keturunan model ikonik tersebut dan ia hanya untuk pasaran Taiwan. Tampil dengan rekabentuk lebih segar ibarat melakukan pembedahan plastik, Grand Lancer direka dengan gaya baharu yang mengikut wajah keluarga terkini Mitsubishi terutama sekali di bahagian jeriji ‘Dynamic Shield’ hadapan.

Jika diperhatikan dengan terperinci, masih lagi kelihatan bentuk model sebelumnya pada model Grand Lancer ini. Garis badannya lebih berlekuk selain kehadiran lampu belakang dengan rekabentuk serba baharu. Grand Lancer diberi penjana kuasa 1.8-liter MIVEC empat-silinder yang mampu menjana 139 hp pada 6,000 rpm dan 172 Nm tork pada 4,200 rpm. Kotak gear CVT serba baharu dijangka menjadi gandingan kepada enjin ini.

Ruang dalaman Grand Lancer kini menampilkan beberapa ciri baharu, antaranya tolok kelompok digital bersaiz 10.2-inci, sistem infohiburan pilihan dengan skrin sesentuh bersaiz 8-inci dan tujuh beg udara. Selain itu beberapa ciri keselamatan tambahan seperti amaran brek kecemasan, bantuan daki cerun dan sistem amaran kemalangan bakal dimasukkan pada model ini. Grand Lancer bakal dilancarkan secara rasmi pada 6 April 2017.

* Harap anda semua jangan menanti model ini kerana kami yakin ia tidak akan masuk ke pasaran Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

mitsubishi-grand-lancer2 mitsubishi-grand-lancer3 mitsubishi-grand-lancer4 mitsubishi-grand-lancer6 Article_158919_860_575

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply