ARKIB

KATEGORI

Buletin

GM bakal jual jenama Opel dan Vauxhall kepada PSA Group

Views

Ketika di Malaysia, PSA Group disebut-sebut sebagai calon senarai pendek untuk membeli kepentingan dalam Proton, laman sesawang Autocar pula melaporkan General Motors (GM) kini sedang dalam rundingan peringkat tertinggi untuk menjual operasinya di Eropah, termasuk jenama Opel dan Vauxhall kepada PSA Group.

PSA juga mengesahkan mereka sedang berbincang secara terus dengan GM, namun mengunci mulut mengenai sejauh mana rundingan itu berjalan. GM juga turut memberi respon yang hampir sama dan mengesahkan mereka sedang meneroka pelbagai inisiatif strategik yang bertujuan untuk meningkatkan keuntungan dan kecekapan operasi, termasuk pengambilalihan berpotensi Opel Vauxhall oleh PSA.

Setakat ini tiada pengesahan rasmi mengenai rundingan semasa mengenai penjualan Opel dan Vauxhall dibuat oleh GM. Sumber dalaman industri yang dihubungi oleh Autocar mencadangkan rakan strategik PSA dari China, Dongfeng bakal memainkan peranan yang penting, termasuk penyediaan bantuan kewangan dalam kemungkinan pembelian Opel/Vauxhall.

KLIK UNTUK BESARKAN

PSA - Opel - Vauxhall

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply