ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model baharu Perodua bakal guna enjin aluminium!

Views

p2-logo

Menurut Buletin Utama sebentar tadi, Perodua dijangka bakal menggunakan enjin aluminium untuk model baharunya yang akan diperkenalkan pada suku ketiga 2014. Perodua juga mensasarkan pengurangan kos pembuatan keretanya sehingga 30% dan model baharu yang dikatakan pengganti Viva, bakal menjadi model yang pertama mendapat manfaat daripada usaha tersebut. Model pengganti Viva ini juga akan dikeluarkan di kilang baharunya bernilai RM790 juta yang sedang dalam pembinaan dan terletak berhampiran kilang sedia ada di Rawang. Kita tunggu spyshots dan berkemungkinan akan ada pra tonton model ini di KLIMS13 November depan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


  • tunggu spyshot? takyah susah-susah, sama je macam yang baru show kat Indonesia tu kot. kalau ubah pun maybe logo dengan bumper je….


  • aku rasa enjin Petronas EO1 adalah alluminium block. sesaper boleh tolong pastikan?
    btw, aku rasa teringat masa mula2 Proton nak pilih antara iron ngan alluminium, masa pembangunan enjin Campro sbb kos alluminium lagi mahal…. kalau tak salah saya…


  • Perodua ni cerita bajet macam dia je yang design engine sume..siapalah perodua tanpa toyota/daihatsu…bila la nk start buat engine sendiri mcm proton


    • proton pun tak design sendiri enjin campro tu. banyak belajar dari lotus. Tapi at least proton belajar jugaklah walaupun ramai yg mengeluh semasa pakai enjin campro kosong dulu.

      mana yg baik utk pengguna, kita sokong je. tak kira perodua atau proton. masing2 ada kelebihan dan kelemahan.


    • betul tu..tapi dgr cter dr sumber2 tertentu utk plant baru yang perodua buat..plant tu under management daihatsu and perodua akn stand alone sendiri jadi pure car maker..R&D diaorg akn stand alone and start develop kereta sendiri. Selama ni R&D perodua just dpat arahan direct dr DMC (Daihatsu) japan. Lau ikutkn part drawing pon ada title block DMC dan sebrang modifikasi kena refer direct dgn DMC japan. Harap lepas ni P2 dpt gigh mengharungi cabaran2 yang R&D P1 dah rasa dulu dan bukan tadah data dr DMC.


      • Mmm… bukannya nk bersikap wasangka n berpersepsi dgn perodua nie. Tapi selagi daihat/toyot masih menguasai perodua, seolah2 diorg nie yg banyak ambil advantage kat company kereta nasional tu. Exora dgn kos RnDnya dlm rm480 juta even preve dlm RM600 juta. Dn kedua2nya dihasilkan dari sketch hingga ke model mass production. Alza pernah diumumkan dgn kos RnD RM600 juta semasa pelancarannya dulu. Model rebadge n modifikasi dari toyota passo sette dgn kos begitu? Tambahan dgr2 model passo sette sudah tidak dikeluarkan lagi di jepun kerana sambutan tidak menggalakan di sana. Tu la kadang2 terfkir kos RnD alza tu seperti nk cover kos kerugian RnD passo sette je. Huhu. N pastinya daihatsu bleh menarik nafas lega kerana model alza nie diterima baik oleh org2 kita.

        Kalau perodua ada inisiatif utk memajukan department RnDnya ke next level sama seperti jalan2 yg direntis oleh abangnya proton mmg dialu2kn n satu perkembangan yg baik, cuma jgn hasrat itu ada perancangan yg disusun oleh daihatsu/toyota sudah ler. Kalau x salah, bila nanti perodua bleh develop kereta sendiri melalui RnDnya, sebagai status kereta nasional sudah tentu diorg nie bleh dpt geran RnD melalui keistimewaan DAN. Ada x kemungkinan daihatsu/toyota bleh mengurangkan kos RnD model2 mendatangnya dgn mggunakan platform yg dihasilkan oleh perodua tu? Harap2 x ler jadi lagu tu. Huhu.

        Sekadar pendapat jer.

        Cheers!


  • i think better belajar dari mengikut je..Proton da belaja buat enjin..perodua?..still depends on toyota n daihatsu..belaja sgt penting..ilmu dpt guna utk jangka masa panjang..even ad kesilapan..tp adat belajar..belajar dri kesilapan..ap yg aq nmpak Proton da semakin matang,,,design da ok..cuma perlu haluskan lg body tu baru nmpak kilat mcm kereta import n material interior kena mantap….btw usaha perodua keluarkan model murah dan jimat sgt bagus..tp persoalan tentang kualiti perodua baharu ni..lg bagus dari viva ke?…interior dpt touch screen x?..still tin kosong?..lg penting bukan aluminium enjin lg mahal ke?


    • betul tu. selagi di bawah lembayung jepun, payah juga rasanya untuk orang local menyerap ilmu membuat enjin daripada daihatsu. jepun terkenal dengan sifat kedekutnya. masalah komunikasi, segala rahsia yang tak boleh diberitahu.
      camne saya tau? sebab saya penah kerja ngan perodua, itu pasal saya tahu.


    • ikut boss punya direction la, kalau bos org luar (Jepun) mmg dia suruh kita ikut je apa dia nak. Kalau boss org tempatan, anak buah kena la belajar semua xboleh nak ikut sajerr…


  • Kilang enjin ini kan yg dikatakan utk supply market satu Asean? Utk keluaran Daihatsu, Toyota dan Perodua..2 tahun lepas ada keluar berita ini tak silap.

    Boleh juga diolah cerita kepada “Perodua akan membekalkan enjin aluminium utk pasaran Asean”

    Atau, “Perodua dengan kerjasama Daihatsu membina kilang pembuatan enjin versi baru di Rawang”

    Atau “Daihatsu bina kilang pembuatan enjin di Rawang”

    Bolehkah begitu? Eheh..


    • Mmm… atau “Daihatsu gunakan perodua utk membina kilang pembuatan enjin di Rawang”:)

      Seperti mana kita tau bila perodua yg declare keluarkan enjin tu; sebagai berstatus kereta nasional dah tentu tertakluk di bawah keistimewaan kereta nasional dlm dasar DAN. No wonder, Pengarah urusan perodua; Aminar Rashid bleh kata kos penghasilannya murah walhal kita tau RnD engin aluminium nie mmg mahal. Kosnya jadi murah juga kerana brskala ekonomi sbb dah tentu pada masa mendatang enjin nie akan dipasang utk model2 eksport bagi model2 baru even asean n sebgainya. Dan kita sedia maklum setakat nie model2 eksport perodua seperti myvi baru nie dieksport menggunakan jenama daihatsu…. Pandaikan org jepun buat biznes?

      my 2 cents.

      Cheers!

Leave a Reply