ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Model gantian Proton Perdana adalah versi rebadged Honda Accord?

Views

2013-Honda-Accord-3[2]

Saya baru mendapat satu info dari sumber terdekat mengenai model gantian Proton Perdana. Model ini dikatakan adalah versi “rebadged” Honda Accord. Setakat ini tiada info lebih lanjut apa yang bakal membezakan model ini dengan Honda Accord. Sejauh mana kebenaran info ini masih belum dapat dipastikan. Buat masa ini ia boleh diklasifikasikan sebagai spekulasi atau khabar angin semata-mata.

Sebelum ini, DRB-HICOM ada mengumumkan program pembangunan model gantian Proton Perdana yang bakal menggunakan platform Honda Accord. Pembangunan model ini juga sedang giat dibangunkan. Ada juga kemungkinan model ini bakal menggunakan enjin Petronas NE01 yang telah dibeli oleh Proton tahun lalu.

Bila model ini bakal dilancarkan juga masih menjadi tanda tanya kerana beberapa model yang kita ketahui seperti CH@P3-22A  masih belum dilancar & GSC dalam fasa pembangunan. Jika anda ada sebarang maklumat lanjut mengenai model ini, jangan lupa kongsikan di ruangan komen ye… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • hujung tahun ni keluar. bermakna takkan guna enjin petronas. cuma cosmetic changes, exactly like inspira project.

    cuma kali ini partner bertukar je.


  • proton akan buat rebadged untuk model yang mempunyai unit jualan yang kecil kerana kos pembangunan model baru sepenuhnya amatlah tinggi.. baik bangunkan sendiri model dalam segmen yang mempunyai jualan yang banyak macam segmen A,B & C


  • salam.

    kalau ikut pengerusi proton yang baru, dia tak nak lagi proton membangunkan lagi model rebadge semata2…takda masalah kerjasama kalau setakat berkongsi casis..tapi kalau nak rebadge model….tak perlulah…

    kalau proton rebadge sekali lagi, memang aku frust sangat2…


  • no rebadge, proton only used accord platform to produce its own D segment car which replacing perdana. the cost to built new platform is high, but by using other platfrom the only changes can be done is on the engine layout and how the exterior and interior will look like…however if proton decide to rebadge fully accord style…the only things left the engine…from last info that i read in i forget what blog name…only platfrom exchange been agreed for both side..


  • Ramai org kutuk2 proton rebadge lancer tp bersepah2 jugak aku tgk inspira kat jalan. Ramai je aku rasa yg akan beli kete rebadge asalkan harga berpatutan. Member aku sendiri pilih untuk beli Inspira sebab tak yakin dgn Preve.


  • aku akan kutuk Proton kaw2 sbb aku ingat lagi bila owner baru kata yg angkuhnyer berkata mereka takkan rebage kereta lain…… & aku ingat lagi one of ex-director of DRB Hicom sad that DRB is car assembler & reseller, they are not car manufacturer, so it’s two different ball game…

    to DRB’s management please don’t cakap tak serupa bikin…..


  • jika projek ini dilaksanakan, proton akan mencipta sejarah sbg pengeluar kereta yg ‘rebadged’ dari 2 syarikat yg berbeza. lepas ni leh pikir rebadge suzuki, vw, lotus, bla2.


  • salam.

    sebelum proton buat bodoh, lebih baik kita antar email ramai kat proton lebih2 lagi kat pengurusan supaya kejadian bodoh ini tidak terjadi lagi pada masa akan datang.aku baru je antar…jom


  • sepatutnya tak panggil rebadge.. panggil la inprovement ke… baru sedap didengar & org2 tak salah faham kot. kan bagus kalau proton inprove & rebadge kereta keluaran kampeni besar. bukan downgrade & rebadge,

    inspira tu ada penambahbaikan yang tak ada pada lancer GT contohnya air cooling pada gearbox yang sebelumnya mmg masalah pada lancer GT.

    p/s: rileks ler.. info baru datang seciput ini pun dah nak melenting lebih. appa punya negatif..

Leave a Reply