ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Pasukan Proton R3 ungguli Pusingan ke-2 Malaysian Super Series 2013!

Views

Proton 1 and 3 on podium

Pasukan Proton R3 sekali lagi menungguli Malaysian Super Series 2013 dengan kemenangan tempat pertama dan ketiga dalam saingan Pusingan ke-2 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini. Mereka bermula pada petak ke-3 dan 5 pada grid permulaan dalam Kategori Malaysian Touring Car 2 (MTC2 – 1600cc). Sebanyak 12 buah kereta bertanding dalam kategori MTC2 dengan penyertaan terdiri daripada model kereta seperti Proton Satria Neo, Proton Prevé, Proton Gen.2, Suzuki Swift dan Mazda3.

Pada permulaan saingan, hujan telah turun namun pada pusingan ke-5 berlaku masalah teknikal sistem komputer menyebabkan perlumbaan terpaksa dimulakan semula dan tertangguh hampir 20 minit. Selepas dimulakan semula, restart, pasukan mengarahkan pemandu Prevé, James Veerapan untuk digantikan dengan Tengku Djan di hentian pit pertama perlumbaan. Strategi tersebut berhasil kerana Prevé kekal di kedudukan terbaik dalam saingan.

Syafiq Ali yang memandu Satria Neo bertarung sengit dengan pelumba yang berada di petak utama, Lai Wee Sing sepanjang perlumbaan satu jam dan akhirnya merampas kedudukan tempat pertama manakala Tengku Djan yang memandu Prevé menduduki tempat ke-3 selepas bersaing sengit ke garisan penamat.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply