ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model konsep pikap buat kejutan di Alami Proton!

Views

pikap konsep 1

Seperti yang dijanjikan inilah dia wajah model konsep pikap yang membuat kejutan di Alami Proton mulai hari ini sehingga esok. Acara ini telah pun dirasmikan oleh Pengerusi Proton, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad sebentar tadi. Model konsep ini boleh dilihat secara live di Studio Rekabentuk Proton yang turut mempamerkan model Perdana 2016 dan evolusi model Perdana.

Berbalik kepada model konsep pikap yang akan dipamerkan nanti, jelas ia menunjukkan Proton semakin serius untuk mempelopori segmen bukan teras yang selama ini menjadi fokus utamanya. Di bahagian hadapan, ia nampak garang dan gagah dengan jeriji ala trak pikap dari Amerika Syarikat. Masih mengekalkan tema single graphic face, bar sayap Proton melintang di tengah-tengah jeriji yang besar dan terus bersambung dengan lampu utama LED.

Walaupun ia dibangunkan dari model Exora, ia telah diolah begitu baik sekali menjadi trak pikap sejati, bukan seperti sebelum ini hanya kerat dan sambung. Dari tepi masih kelihatan bahagian komponen Exora terutama pada pintu, cermin sisi dan buat pertama kalinya Proton menjadikannya sebuah pikap double cab.

pikap konsep 3

Belakangnya juga direka dengan begitu baik terutama lampu belakang yang bersambung dengan pelapik pintu yang tertera perkataan Proton. Lampu brek ketiga telah diposisikan di atas cermin belakang dan tidak keterlaluan model konsep ini hampir sempurna walaupun banyak lagi elemen rekaan perlu diperhalusi jika Proton ingin mengkomersilkannya.

Yang paling penting, Proton perlu memilih enjin dan transmisi yang sesuai untuk disumbatkan ke dalamnya supaya trak pikap ini dapat bersaing dengan otai pikap seperti Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton. Setakat ini tiada sebarang informasi mengenai enjin dan spesifikasi kerana model ini hanyalah untuk menunjukkan kebolehan pereka tempatan menghasilkan rekaan yang lebih pelbagai. Apa pendapat anda mengenai model konsep pikap ini?

* Bagi sesiapa yang tinggal berhampiran dengan Shah Alam jom beramai-ramai ke Pusat Kecemerlangan Proton untuk melihat sendiri apa yang ada di sana.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

pikap konsep 2 pikap konsep 6 pikap konsep 5 pikap konsep 4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • Tak payah susah fikir mana nak dapat enjin diesel. Beli je dari VW enjin diesel yang ‘tak bersih’ tu. Undang-undang kita tak ketat sangat lagi pun.


  • Design wise aku rasa overallnye ok dah.
    Mgkn perlukan perubahan pd panel pintu, fender depan blkg agar nmpk tough. “c-pillar” juga harus kelihatan besar, memberi persepsi kuat.


  • Design memang menarik minat… Boleh diperkemaskan lagi.. Pada awalnya menggharapkan Pick-up 2 tempat duduk seperti arena, tapi permintaan di Malaysia lebih kepada pick-up 2×2 tempat duduk..


  • MEMANG GAGAH GUA PERTAMA KALI SAKSIKAN DAN SUDAH TENTU GUA AMAT BANGGA WALAU BUKAN SEMUA KERETA KITA TAK BOLEH BELI SERENTAK. SESUAI UNTUK PENIAGA.


  • Mmm… Iron hide – transformers proton. Hehehe… gud job! Yup. C pillar kasi tebal sket. Nie nampak mcm kena cantas. Even guna jer seni visual. Tang cermin sisi belakang jdikan kecik sket. Yg ujung tingkap tu design mcm plate sama color dgn body c pillar tu. Kn dh nampak tebal:) rasanya navara, triton dll. Guna teknik cengitu.

    Cheers!


  • design dah ada wow factor.
    cuma.. macam kelam je masa depan dia.

    concern juga pasal enjin dan transmisi. campro turbo + cvt memang tak ngam rasanya.
    nak letak enjin lain, chasis pulak belum tentu ngam.

    pasaran kereta pikap kat malaysia ni pun agak besar. berbaloi untuk proton r&d untuk enjin dan transmisi yang sesuai untuk kereta pikap ni dan masukkan untuk production. sebelum pengeluar lain curik idea design ni untuk pickup truck derg…

    p/s: design depan tu mmg wow. garang.

Leave a Reply