ARKIB

KATEGORI

Buletin

MODENAS lancar model terbaru 118EFI

Views

1044151_10152052883447224_108409904_n

MODENAS hari ini melancarkan model terbarunya Modenas 118EFI yang merupakan motosikal pertama keluarannya di bawah 150 cc yang menggunakan teknologi Electronic Fuel Injection. Rekaan model ini hampir sama dengan Modenas CT110/100, yang membezakannya cuma enjin yang lebih besar.

Modenas 18FI boleh mencapai jarak 59km untuk setiap liter petrol, hampir 312.7km untuk setangki penuhnya yang berkapasiti 5.3 liter. Modenas 118EFI dijual pada harga yang sangat berpatutan RM4775.40 dan pastinya model ini bakal menjadi pilihan rakyat Malaysia.

sumber : Facebook Modenas Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


  • gie7, prototype ATV tak silap saya, lepas tu sebelum tu ada motard, tapi tak keluar sampai la ni, superbike je belum lagi.. modenas kr3 tu moto lumba buat dengan team kenny roberts


  • Asyik Cub je..

    Modenas patut keluar model 150cc – 200cc

    (selepas jaguh dah takde model yg besar sikit)

    Model yg mampu utk ditunggang selesa 100-200km tanpa henti.


  • terima kasih campromania tuk pembetulan…semua2 tu tak boleh pasarkanke…rasanya pasaran ada….lebih2 lagi atv…orang kampung pun ada yang pusing2 pakai benda tu..budak2 yanng ramai naiknya…hehe…

    kena pelbagaikan varian…proton dah mula bergerak..modenas pun dah mula bergerak juga wp lambat skit2…meriah meriah industri kita ni..


  • design kegagalan Modenas?? x jugak…Ace115 tu salah satu design yg agak striking…
    Kalu gagal dr segi design…cer tengok wave DX110 yg baru tu…belakang dh mcm Modenas SG yg dulu dah…epicFail


  • ace memang cantik…tapi macam proton jugak…setengah bahagian buat memang best tapi lagik setengah lupakan benda yang menjadi daya penarik…Ace cantik tapi rim 16 is big turn off.. Apa salahnya boh rim 17


  • and wave DX110 is not a success either.. NAk maju kena follow yang berjaya..Jangan kerana honda keluarkan motor yang fail design ngan jualan modenas ada alasan untuk keluarkan design yang fail jugak. Lihat LC135 walaupun mahal orang tetap beli. Kenapa?


  • LC135 adalah patutnya menjadi penanda aras untuk modenas untuk capture market. Design + Kualiti. Harga adalah nombor dua kalau design + kualiti sangat bagus. Lihat bentuk enjin. Cuba banding dengan 118EFI. honda c70 (honda 7 kupang) dulu dah guna bentuk macam tuh. Nampak murah walaupun guna EFI.


  • wave dx tu mmng bukn success..tp dia kesinambungan pd varian Wave yg ad…nmpak dr segi design masterpiece dh mcm terkebelakang…bagi aku modenas pny design x de masalah..dr GT128..CT..sampai Ace….semua nmpk uptodate…moto ni ad segmentation jugak..macam kreta….aku pecaya bagi segmen cub 120cc dan kebawah modenas ade line up die tersendiri spt CT 100, Ace 115 dgn EFI 118….sama sepeti Yamaha ade Legend 115z….Honda..Wave 100..Wave dash etc…..LC 135 adalah segmentation yg berbeza…sebaris dgn line up Honda Future 125…Modenas GT128..Suzuki Axelo 125…

    135LC..mahal ttp org beli..i think its all about perception…Yamaha produk bagus…apek cina kdai moto pon kalu suggest yamaha bagus..honda bagus…modenas sikit pon dia x sentuh..
    sejak azali telah diajar dgn brand yamaha n honda ni satu brand yg bagus..well.x la sebagus mana pon..infact setiap jenis moto ni ade kontra dia…

    apa pon tepok wallet tanya selera lah…pilihan banyak…


  • sekarang ni ramai yang menggemari motor berlac yang berkuasa 150 cc keatas. Modenas patut merebut peluang ni sejak lama dulu. Semua model telah mengeluarkan 150 cc keatas termasuk model/jenama baru. Janganlah ketinggalan dan menghampakan peminat motosikal nasional yang meraskan terlalu jauh ketinggalan dengan jenama-jenama lain dalam apa segi pun.


  • modenas terbaik dia kebangan kita khususnya bumiputra.
    ini fakta.Jangan dok banga beli honda sedangkan sejak dulu sampai sekarang kita dok junjung nama boon s tu pada motor. Bukan dapat diskaun pun bila beli moto.
    mana ada negara tulis nama macam tu cuba buka coprat web site mana mana negara. Honda ataupun lain brand

    modenas ok sy tabik betul dengan model kriss 1 dan 2. Seat empuk. Body berat. Parts terbaik tak cuba jimat kos contoh pemijak brek belakang besi cukup tebal dan kukuh. Siap asa getah hangan beri besi berlaga lagi bila memberik. Aloi pemijak kaki juga tebal.dan banyak lagi

    Motor sejkarang banyak menipu.. Brek depan dari 2piston jadi1. Fork depan makin kurus. Sebab takut guna aloy lebih. Dan bamyak lagi


  • aku sokong modenas. tak kan buat motor pun boleh kalah.tapi kena dengar juga selera pengguna. jangan pekak kan telinga. kalau boleh keluarkan motor berkuasa 150-200 cc ada baik nya. aku dulu pakai yamah lagenda………teruk motor tu. bergegar seluruh badan. motor paling tak sedap dalam sejarah.

Leave a Reply