ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nampak jalan berlubang di Selangor? Jom lapor menerusi aplikasi Waze!

Views

Untuk memastikan pemanduan yang lebih lancar di Selangor sepanjang musim cuti sekolah ini, para pengguna jalan raya digalakkan untuk memanfaatkan kerjasama di antara Waze dan Kerajaan Negeri Selangor agar masalah lubang-lubang jalan dapat ditangani dengan lebih cekap dan pantas.

Bagaimana nak buat laporan jalan-jalan berlubang di Selangor menerusi Waze? Jom ikuti langkah-langkah mudah ini:

1. Apabila anda melihat sebuah lubang di jalan, minta penumpang anda mengetik dan menekan ikon Laporan.

2. Tiga jenis pilihan laporan akan dipaparkan apabila anda menekan ikon Laporan.

3. Sambil menekan ikon Laporan, gerakkan ibu jari anda untuk memilih Bahaya.


4. Dalam menu Bahaya, pilih bahaya di jalan.
5. Kemudian, pilih Lubang.
6. Ketik Hantar untuk berkongsi laporan tersebut.
7. Tunggu Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk memperbaiki lubang jalan tersebut dalam tempoh 5 hari.


8. Nikmati pemanduan yang lebih lancar selepas lubang tersebut ditampal.

Pengurus Negara bagi Waze Malaysia, Edward Ling berkata dengan inisiatif ini, para pemandu di Selangor dapat melaporkan lubang-lubang jalan terus kepada pihak-pihak berkuasa dengan mudah dan cekap, dan lubang-lubang tersebut dapat ditampal secepat mungkin. Waze berharap badan-badan kerajaan akan menerima pakai dan bekerjasama dengan Waze melalui program pertukaran data yang percuma ini.

Menurut Unit Penghantaran Smart Selangor (SSDU), inisiatif ini meliputi kesemua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, iaitu: Petaling Jaya (MBPJ), Shah Alam (MBSA), Hulu Selangor (MDHS), Kuala Langat (MDKL), Kuala Selangor (MDKS), Sabak Bernam (MDSB), Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKJ), Klang (MPK), Selayang (MPS), Sepang (MPSepang) dan Subang Jaya (MPSJ). Walau bagaimanapun, beberapa jalan raya di Selangor merupakan milik persendirian atau diurus oleh Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah / Tanah, atau Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia secara berasingan.

Timbalan Pengarah SSDU, Dr. Fahmi Ngah berkata bahawa dari Januari hingga November tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menerima lebih daripada 19,000 laporan melalui para pengguna Waze, dan telah menampal hampir kesemua lubang-lubang jalan di jalan raya yang dikendali oleh pihak berkuasa tempatan. Muat turun aplikasi Waze sekarang dan jadikan pemanduan di Selangor lebih selamat dan lancar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply