ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar Proton bakal labur jutaan ringgit untuk memperluaskan cawangan

Views

Baru-baru ini Proton telah membawa para pengedar terbaiknya melawat Geely di China dalam usaha untuk berkongsi pengalaman pengedar Geely mengendalikan cawangan mereka di Shanghai. Lawatan yang melibatkan seramai 28 pemilik pusat jualan dan perkhidmatan Proton, turut disertai oleh pegawai Proton dan seorang wakil dari institusi kewangan.

Proton telah menggesa pengedar dan pengendali pusat perkhidmatan untuk menaik taraf kemudahan mereka sebagai persediaan untuk model baharu Proton yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Lawatan tersebut telah memperkenalkan kepada mereka seorang pengedar Geely di Shanghai dan ia telah membuka pintu kepada rakyat Malaysia untuk mempelajari dan mengkaji operasi harian mereka.

Delegasi pengedar dari Proton amat kagum dengan kejayaan Geely di China. Salah seorang daropada mereka, Ryan Lai yang merupakan pengarah LHM One Stop cawangan Proton 4S di Nilai berkata, beliau amat tertarik dengan tahap perkhidmatan pelanggan di cawangan Geely yang mempunyai ruangan menunggu seperti hotel bertaraf 5 bintang. Ia biasanya hanya dapat dirasai oleh pemilik kereta premium di Eropah.

Pandangannya turut dikongsi oleh Susan Leong dari Hoi Keen Service di Kuantan yang mengendalikan pusat servis serta pusat membaiki dan mengecat Proton. Seorang veteran dalam industri, Dato’ Shamshudin dari Pantai Bharu yang merupakan pemilik pusat Proton 4S di Jalan Meru turut menyatakan keyakinannya terhadap PROTON dan Geely. Mereka turut dijemput untuk memandu uji model Geely Boyue yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Selain itu mereka juga berpeluang melawat ke Institut Penyelidikan Geely dan telah dipertonton dengan teknologi semasa dan pelbagai reka bentuk pada masa hadapan. Shamshudin, Ryan dan Susan turut mengumumkan secara terbuka bahawa syarikat mereka akan membuat pelaburan berjuta ringgit bagi memperluaskan cawangan Proton mereka pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply