ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Kia Malaysia perkenal varian Sportage 2.0 EX

Views

Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia Malaysia semalam telah memperkenalkan satu varian baharu Sportage 2.0 EX yang menampilkan rekaan rim aloi bersaiz 18-inci serba baharu, sensor parkir hadapan dan belakang, sensor hujan dan cermin sisi boleh dilipat secara automatik yang dilengkapi dengan lampu signal.

SUV ini masih mengekalkan rupa garangnya di bahagian depan yang diserikan dengan rekaan lampu dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) dan jeriji ‘Schreyer’ yang begitu tersohor. Sportage 2.0 EX turut dipertingkatkan dengan pelbagai ciri kemudahan seperti kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, pendingin hawa automatik sepenuhnya dan sistem audio dengan skrin sentuh bersaiz 7-inci yang serasi dengan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay.

Ia turut dilengkapi dengan Cermin Elektrokromik, iaitu cermin pandang belakang yang malap secara automatik apabila cahaya menyentuh permukaannya untuk mengurangkan silau. Selain itu, Sportage 2.0 EX dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan mula mendaki (HAC) serta penggunaan Keluli Kekuatan Tinggi Termaju (AHSS) ada struktur badannya.

Ini sekaligus melayakkannya untuk mendapat penarafan 5-Bintang dari Euro NCAP. Lima pilihan warna yang menarik ditawarkan – Cherry Black, Mercury Blue, Fiery Red, Snow White Pearl dan Mineral Silver. Varian ini dijual pada harga RM129,888 dan didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan. Dengan pengenalan varian baharu ini, ia menambah satu lagi pilihan kepada varian yang sedia ada Sportage GT Diesel AWD, manakala dua lagi varian Sportage GT Petrol 2WD dan Sportage KX telah dihentikan pengeluarannya serta-merta.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply