ARKIB

KATEGORI

Buletin

28,000 unit Myvi baharu kini meluncur di jalan raya, tempahan cecah 60,000 sejak November

Views

Perodua setakat ini telah menghantar 28,000 unit Myvi, iaitu hampir separuh jumlah tempahan setakat ini 60,000 unit. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Perodua mengucapkan terima kasih kepada para pelanggannya dan rakyat Malaysia kerana sokongan yang padu terhadap model Myvi dan akan terus mempertingkatkan masa pengahantarannya kepada pelanggan.

Datuk Dr. Zahari menambah, pelanggan yang membuat tempahan Myvi baharu bakal menerima kereta mereka pada masa yang ditetapkan sebelum sambutan Hari Raya. Setakat ini, Perodua telah menyelesaikan kesemua tempahan Myvi yang telah dibuat pada 2017. Perodua menanggarkan pegangan pasaran pada bulan Februari bakal melebihi 41 peratus dengan 17,100 kenderaan yang dijual dengan anggaran 41,100 unit Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

Mengikut pecahan daripada jumlah 17,100 unit yang terjual tersebut adalah 6,500 unit Myvi, 5,000 unit Axia, 3,700 unit Bezza dan 1,900 unit Alza. Berdasarkan tahun ke tahun, prestasi jualan Perodua meningkat 13.1 peratus kepada 34,800 unit berbanding 30,800 kenderaan yang dijual dalam dua bulan pertama tahun 2017.

Perodua menyasarkan untuk menjual 209,000 unit tahun ini – kenaikan 2 peratus daripada 204,900 unit yang dijual pada tahun 2017. Untuk pertanyaan dan tempahan, Perodua menyarankan supaya para pelanggannya untuk berurusan dengan kakitangan Perodua di cawangan Perodua yang sah.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply