ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan lancar Teana generasi ketiga

Views

02_Launch_All-New Teana_VIP

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan Nissan Teana serba baharu yang dipasang di Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah. Nissan Teana serba baharu generasi ketiga kini tampil lebih berprestij. Ia diserlahkan menerusi gayaan hadapan agresif, reka bentuk gril baharu yang kemas dan lampu utama dengan lensa projektor.

Nissan Teana serba baharu telah terjual sebanyak 600,000 unit di seluruh dunia sejak ia dilancarkan di pasaran China pada Februari 2013 (dikenali dengan nama lain di pasaran berbeza). Pada majlis pelancaran, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen berkata: “ETCM berbesar hati untuk memperkenalkan Nissan Teana serba baharu generasi ketiga kepada pengguna di Malaysia.

Perubahan utama pada Nissan Teana serba baharu ialah enjin QR25DE yang baru dibangunkan bersama penambahbaikan ketara pada julat tork yang rendah dan sederhana. Kebuk pembakaran yang telah dipertingkatkan dan kecekapan emisi juga membuatkan prestasi pemanduan varian 2.5XV lebih lancar dan ekonomikal. Enjin penuh kuasa ini didatangkan bersama sistem CVTC Berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) Nissan. Teana 2.5XV hadir dengan kuasa maksimum 173hp dan tork lebih tinggi iaitu 234Nm jika dibandingkan dengan model terdahulu (228Nm).

Nissan mengekalkan penggunaan enjin MR20DE yang telah terbukti pada varian 2.0XL dan 2.0XE. Enjin empat silinder, 16 injap bersesaran 1,997cc itu menawarkan kuasa maksimum 136hp dan tork 190Nm. Kesemua tiga varian itu dibekalkan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi seterusnya yang menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, berkuasa dan pecutan yang tepat terutama ketika hendak memotong kenderaan lain di lebuh raya. Ia juga tahan lasak berbanding transmisi automatik konvensional.

70% komponen XTRONIC CVT telah direka semula untuk mengurangkan tahap geseran dalaman dan menjadikannya lebih kompak. Berdasarkan kepada data ujian dalaman Nissan, Nissan Teana 2.0 liter baharu boleh mencapai jarak 13.5km/l manakala Teana 2.5 liter pula boleh bergerak sejauh 13.3km /l. Suspensi belakang Multi-link dan sistem Stereng Kuasa Elektro-Hidraulik (Electro-Hydraulic Power Steering, EHPS) telah digabungkan untuk menawarkan pemanduan yang lancar, selain lebih stabil dan mencengkam di atas jalan raya.

asa

Keseimbangan di antara stereng responsif dan pengendalian yang selesa membantu menawarkan pengalaman pemanduan lebih selamat serta meyakinkan ketika membelok. Ciri AUC (Active Understeer Control) menggunakan logik kawalan pintar dan penggerak brek bermaklum balas tinggi untuk mengaktifkan brek pada bahagian dalam roda hadapan ketika mengambil selekoh tajam. Teknologi inovatif yang turut berfungsi ialah VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System).

Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan rasa sebuah sedan yang premium dan berkualiti. Varian 2.5XV dilengkapi bumbung suria yang menawarkan pandangan dan cahaya semula jadi ke dalam kabin. Nissan Teana serba baharu hadir bersama kapasiti ruang kargo sebanyak 516 liter. Tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 bagi membolehkan barangan besar dapat disimpan dengan lebih mudah. Nissan Teana serba baharu dilengkapi Reka Bentuk Tempat Duduk “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang, selain menambah baik aliran darah.

Ia membantu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama. Bunyi bising di dalam ruang kabin Nissan Teana serba baharu telah dikurangkan secara signifikan. Terima kasih kepada penggunaan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Bukan itu sahaja, varian 2.5XV dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan 9 unit pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling mengagumkan. Paparan ADAD (Advanced Drive Assist Display) bersaiz empat inci dengan warna grafik 3D diletakkan di hadapan pemandu agar mudah dilihat. Manakala butang kawalan audio dan sistem kawalan jelajah (cruise control) diletakkan pada stereng agar mudah dioperasi.

Untuk lebih mudah dan selesa, Nissan Teana serba baharu dilengkapi Kawalan Suhu Automatik Dua Zon Edaran Tan Chong Motor (Etcm) Lancar Nissan Teana Serba Baharu Generasi Ketiga 4 dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin. Nissan Teana serba baharu menawarkan satu rangkaian ciri keselamatan inovatif yang mengutamakan aspek keselamatan pemandu dan penumpang.

as

Ia dilengkapi enam beg udara SRS di seluruh kabin untuk melindungi mereka yang tersayang. VDC (Vehicle Dynamic Control) dan TCS (Traction Control System) bersama beberapa sistem kawalan keselamatan seperti AUC (Active Understeer Control), ABS (Anti-locking Braking System), EBD (Electronic Brakeforce Distribution) dan BA (Brake Assist System). HSA (Hill Start Assist) pula mengelakkan kereta daripada mengundur ketika hendak memulakan perjalanan di laluan berbukit.

Lampu utama jenis Xenon dengan Pengaras Automatik dan Pembersih (hanya ada pada varian 2.5XV), mampu meningkatkan pandangan pada waktu malam. Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Lampu Brek Ketiga LED yang diletakkan pada posisi tinggi, poin tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, tali pinggang keledar hadapan dengan pengehad beban dan pra-regangan, Emergency Locking Restraint (ELR) 3 poin, penggilap cermin hadapan boleh ubah kelajuannya, binaan badan kukuh serta binaan hadapan kenderaan untuk perlindungan pejalan kaki.

Nissan Teana serba baharu boleh didapati dalam tiga varian: 2.5XV, 2.0XL and 2.0XE. Lima warna disediakan termasuklah satu warna baharu iaitu biru (Storm Blue), selain warna perak (Tungsten Silver), hitam (Diamond Black), emas (Bronze Gold) dan putih (Brilliant White). Harga Nissan Teana serba baharu di atas jalan ialah RM169,900 untuk varian 2.5XV, RM149,800 bagi model 2.0XL dan RM139,800 untuk 2.0XE. Semua varian ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, yang mana terlebih dahulu.

Tempahan dan pandu uji kini boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara. Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Nissan Teana serba baharu Edaran Tan Chong Motor (Etcm) Lancar Nissan Teana Serba Baharu Generasi Ketiga 5 di laman web: www.teana.com.my atau menghubungi talian 1800 88 8368.

Video sekitar pelancaran Nissan Teana dari Shamsul Yunos

All new Nissan Teana Launch

Brosur Nissan Teana

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply