Rainforest Challenge tahun ini (RFC) yang telah diadakan di Melaka dari Disember 1-10 bukan satu tugas yang mudah untuk pengembara yang datang daripada 22 negara. Dengan lebih daripada 100 kali winching merentasi 12 bukit, ia adalah yang meletihkan dan menguji ketahanan manusia dan mesin sepanjang hari melintasi hamparan 12 kilometer dalam masa 36 jam.
Nissan Navara yang telah dinaik taraf dengan aksesori RFC X-Edition (Warn XDC 9500 ARB deluxe winch bar, penyerap hentakan OME , Safari Snorkel, lampu sorot IPF , tayar Maxxis & Auto Diff Locks) itu, banyak membantu untuk membekalkan air untuk peserta acara tersebut. Nissan Navara telah membuktikan ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran untuk memastikan kejayaan Rainforest Challenge pada kali ini.
Rainforest Challenge menyambut ulang tahun ke-15nya pada 2012 dan Melaka telah dipilih kerana ia merupakan negeri Malaysia yang paling bersejarah pada abad ke-15. Ia juga diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Acara ini telah berjaya menghimpunkan peserta & peminat dari Venezuela, Amerika Syarikat, Austria, Australia, Poland, Rusia (Moscow,Vladivostok), Vietnam, China (Hong Kong,Guangzhou), Brunei, Colombia, Bulgaria, Filipina, Thailand, Hungary, Itali, Jepun, Korea, Sri Lanka, India, Singapura. Malaysia merupakan kontinjen terbesar untuk acara tersebut.
* Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada anda semua!!!
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!
IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!
NAVARA =Mother Trucker.
Tak sangka plak kat Melaka ada track utk lanyak kete 4WD.
ebat2
mesti track dia mencabar gila purata 1 km= 1 jam. wow!! nak try la…ford ranger baru boleh try x? kat mana ek track nie?
** 1km=3 jam. salah tekan button