ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bina kilang baru RM790 juta

Views

p2 logo

Perodua hari ini mengumumkan bakal membina kilang pengeluaran terbaru bernilai RM790 juta bersebelahan kilang sedia ada di Sungai Choh, Rawang. Dengan terbinanya kilang ini, 1,200 peluang pekerjaan bakal tersedia dan bakal menambah 100,000 unit lagi model keluaran Perodua untuk setahun. Operasi kilang ini bakal bermula pertengahan tahun 2014.

Selain menambah lebih banyak kapasiti, kilang baru itu adalah sebahagian daripada proses transformasi Perodua untuk menghadapi liberalisasi pasaran selepas 2016. Budaya dan amalan baru daripada syarikat/ kilang baru dan akan dilaksanakan di kilang sedia ada melalui proses Daihatsu yang dipanggil Yokoten.

sumber : paultan.org

iklan side bar salesman

IKLAN : Nak beli kereta? Cari jurujual berhampiran anda di sini!!!

IKLAN : Proton Inspira model 2010 untuk dijual, RM 68 000!!!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

34 Comments


  • Bila dah ada kapasiti 200k nanti nak isi dengan model apa ? Takkan masih nak harap buat keta vavi, mivai dan alza bila dah sampai 2016. Mana kembara dengan kenari baru ?


  • Huhu.. CEO Perodua kate xnak jadi jaguh kampung.. tp bile eksport Myvi ke Indonesia, nape tukar Logo D? kembungkan perut Jepang je la…


  • Aminar cakap kilang baru ni ‘global standard’. Kilang sekarang ni standard apa pula ya? Katanya untuk cater demand eksport. Jadi kilang baru ni keluarkan kereta standard global untuk pasaran eksport, kilang lama tu pula sub-standard untuk local market? Apa point yang orang Malaysia agung-agungkan Myvi & Alza yang ada ‘kualiti’ Jepun?

    Dah la Daihatsu keluarkan kereta totally Indonesia made dengan PT Astra, Perodua diketepikan. Lagipun banyak sangat dah kereta baru masuk territory harga Perodua ni macam Mitsubishi Mirage dengan Nissan Almera tu. Lepas tu berita Proton-Honda JV dan Proton beli Petronas technology buat Perodua dah mula tak boleh duduk selesa lagi. Apa-apa pun, yang untung Toyota-Daihatsu, sebab perodua ni anak syarikat diorang. Global annual report Perodua pun masuk dalam Daihatsu punya report sebenarnya.


    • sales perodua dikra masuk dibawah toyota, pasal tu toyota dikira sales no 1 kat dunia….
      tak kisahlah kalau territory sales dah dikacau oleh mirage, alto dll, dah adat berniaga… tak kan asyik kena kat proton ajer… perodua kenalah merasa tempias nyer… 🙂


    • sure, perodua mmg 51% daihatsu pegang. so, make business sense la buat gitu.

      tp, bagus gak, at least another Malaysia brand with local input in design but with japanese tech. not to say its a good or bad, but, who afford to stand alone skrg ni? globalized nation dah.

      whatever, kita nak tgok auto industry kita maju, tak sabar nak tgu development proton-honda collaborate.

      brio amaze-based saga replacement? brio based emas? preve-based civic euro? wishlist kita boleh continue. harap2 menjadi.


      • Local input in design?…perrrggh.:p

        proton-honda jv : bukan ker proton tumpu utk pengeluaran model D segment dgn menggunkana platform honda accord versi US; Acura?

        cheers!


    • lah yeke..haha..patut ar makcik aku gune Myvi 2011 ( Myvi Lah Sangat !! ) baru dua bulan dah meragam..Abag ipar aku test drive Alza 2011 ( kualiti Jepun lah Sangat !! ) kawan dia and abag aku cakap gear alza lembab..tgok mak aku pakai Savvy 2007 ( xd kualiti lah konon ) tp smpai nk masuk 2013 xd masalah langsug..


  • Another reason for establishing a new company is to be able to get incentives from the government. Perodua has received incentives over the years to help it become competitive but after 19 years, some of those incentives have ended. However, a new company can apply for fresh incentives (eg tax–breaks) which would help it to achieve greater competitiveness.

    http://www.motortrader.com.my/news/perodua-building-new-factory-for-extra-capacity/

    P/S:- Buat company baru nak lari daripada cukai rupanya. Hohoho. Boleh report kat LHDN ke ni.


  • Malaysia tidak akan mampu bersaing dgn Thailand dan Indonesia yg kini menjadi hub pengeluaran kenderaan bagi rantau ini. Untuk rekod, thailand telah mengeksport hampir 1 juta kenderaan setahun atau 100 ribu unit sebulan. Dan angka ini akan terus meningkat kerana byk syarikat automotif akan membuka fasiliti mereka di sana.

    Mungkin ramai tertanya2, kenapa bukan di Malaysia? Rata2 ramai yg menyalahkan polisi automotif kita atau NAP sebagai punca utama. Mmg ada faktor2 lain seperti kos tenaga mahir dan sebagainya, namun NAP memainkan peranan utama. Syarikat2 automotif tidak boleh mengambil risiko dgn NAP yg berubah2 atau bersifat flip-flop. mereka lebih rela mengambil risiko lain seperti bencana alam dan iklim politik berbanding polisi yg ditetapkan oleh sesebuah kerajaan.

    Isu lain saya tak nak sentuh kerana ia isu sensitif. dan sebagai ayat penyedap hati…Thailand/indon tak buat kereta sendiri. at least kita ada proton, perodua, modenas.

    Sepatutnya industri automotif negara boleh memberi peluang pekerjaan yg lebih besar dari skrg dalam pelbagai peringkat. Namun apakah daya. Saya menyokong tak kira lah perodua, proton atau syarikat dari china sekali pun untuk membuka fasiliti mereka di sini. Tak perlulah kita menghentam seolah2 hanya proton sahaja yg layak hidup di negara ini. Dunia automotif ni luas. Jangan sempitkan dgn satu jenama atas semangat patriotik semata2.


    • Mmm… sebagai negara jiran kita bleh kot menumpang bangga kejayaan thailand tu. Tapi sepatutnya kita juga bleh berjaya dgn acuan kita sendiri. Mestikah kita terikut2 kejayaan org lain sedangkan asasnya x sama? Tak blehkah kita boleh berjaya juga dgn cara kita? Mengapa kita terlalu tumpukan industri auto sahaja utk mencipta peluang pekerjaan sedangkan industri2 lain gak ada potensi besar memacu cemerlang di negara ini? Teruk sangatkah jualan 600 ribu unit setahun berbanding sejuta unit terjual di thailand? dan menjadi no. 3 pengeluaran kereta asean (tapi ada title pengeluar kereta tunggal asean) adakah memalukan selain menjadi no. 1? Dan xada langsungkah pengeluar2 kereta2 lain di M’sia membuka kilang pemasangan walaupun x sebanyak di Thailand? Kadang2 benda2 nie bermain2 difikiran… tak perlu lah kita menghentam seolah2 proton sahaja yg perlu dihentam hanya kerana memiliki title kereta nasional. Buka mata n buka minda.

      cheers!


      • erk..bukan kat sini ramai yg hentam perodua ke?perodua pun dpt status kereta nasional jugak walaupun saham banyak dimiliki syarikat Jepun tu. .Mana yg baik kita sokong sbb akhirnya pengguna mcm kita yg nak membayar bulan2 dan menggunakan kereta tu.

        p/s:tolong! kereta proton aku dan mula keluarkan bunyi pelik dari dalam boot. SC pun pening nak selesaikan.

        sedia juga menerima kutukan.. kehkeh


  • proton jadi sub brand honda ok jugak.. kalau jual kat obersea, tampal logo honda..
    mesti laku macam goreng pisang panas sekali dengan cendol pulut punye… dapat cepat naik.. dapat sales tinggi.. (mimpi jela)
    proton nie ok keretanye.. cantik2, canggih2… cuma jenama jer masalahnye..
    nak jual jenama proton? 50 tahun lagi pun belum tentu dapat jual..
    dalam negara sendiri pun masih bermasalah..
    luar negara apetah lagi nye pun..

    sedia menerima kutukan.. kehkeh


    • Betul tu.. cuba model Proton tu tampal logo Honda. Memang terhangat di pasaran. Sudah terbukti dah benda ni. Sian En Zulkifli Haron kita Si Genius tempatan. Saya dulu keje satu kedai Sound Sistem, Speaker Jenama USA datang dari kilang Taiwan. Bila sampai kedai je depa bubuh Stiker “Made in USA” maka terkena la sapa yg beli sebab diorang letak harga ikut US.


    • Tampal logo honda ek?… Mmg bleh meletop. Tapi kalau nanti dah diberi syarat2 utk pasaran terhad, nak jadi goreng pisang panas apa nyer. Tengok sahaja inspira. Bleh dijual utk pasaran m’sia jer, itu yg disyaratkan oleh mitsu. Cuba tengok kalau mitsu benarkan inspira utk pasaran asean ke; kita tengok meletop ker tak meletop kabba boommm! 😛

      Branding proton mmg masih lemah dipasaran global. Ditambah lagi dgn ‘sokongan’ segelintir rakyat m’sia sendiri dgn promosi ‘power window’ n model2 zaman batu proton yg tak berkesudahan di zaman mellinium nie:P Hakikat mmg tak bleh dinafi bahawa proton perlu meningkatkan kualiti dari segala segi. Pesaing semakin berani dan proton pun perlu berani; berani berubah. Walau kini sudah semakin baik drp zaman silam kelamnya, banyak lagi yg perlu dilakukan utk mencipta gemilang…tak gitu?:> Chaiyok! chaiyok!

      cheers!


  • Kenapa nak hetam ek.
    bagi aku positive move what,
    myvi best selling because dier nyer defect per car is lower than savvy eh. pasal tuh dier nyer sale bagus rasanyer. takkan lah rakyat mesia 28juta nih tak ramai yang pikir panjang pasal kereta sebelum invest duit bebanyak ek.
    Aku memang salute produa bab nak improvekan quality, jgn hentam kemahuan derang nak buat penambahbaikkan.

    Kita paham semua orang sayang proton, tapi bila produa bagus dari pembuatan, jgn marahkan derang kenapa saham derang 51persen dimiliki orang asing. ( nyanyi lagu warisan sket). They do what they are good to. Derang handicap design, spoon feeed by jepun. tapi at the end of bussiness, profit. Ibarat, Jgn salahkan mc d untung lebih dari burger ramly weh.


    • Patut pon Proton buat perniagaan pandang ke Timur. Tun M pon dah cakap.. dah habaq awal2. Proton je tak mahu ikut… degil la tu. Cuba contohi kekemasan akhir sesuatu barang oleh orang jepon ni. Kita tengok pon puas hati bila hasil kerja cantik mcam potret monalisa.


    • Defect per car bukan la faktor penentu myvi menjadi bes selling. dgn kata lain proton kalau nk jadi best selling gak perlu ada segment super mini compact seperti myvi. Savvy mini compact x sesuai keluar production utk compete dgn model seperti myvi nie. Kalau savvy keluar saing dgn kancil/kelisa bleh la.

      Apa yg produa lakukan nie mmg dah cukup baik dah dlm usaha meningkatkan kualiti produk n pengeluaran. Yg tak bestnya perancangan perodua nie dah tentunya dah dirancang oleh daihatsu/toyota bagi future planning diorg utk menguasai pasaran m’sia menerusi anak syarikatnya perodua dgn menggunakan keistimewaan yg diberikan oleh kerajaan sebagai kereta nasional. Profit yer? Bestkan tengok projek kereta nasional untungnya mengalir kencang ke company matahari terbit tu?:p Business la katakan. Org jepun mmg pandai, cuma kita jer…

      cheers!


      • Mmm… just nk tambh info… pernah baca artikel, defect per car proton 0.3% dan produa 0.4% dan toyota/honda maintain 0.1%. Nie setahun 2 dulu la ,sekarang nie wallahu’alam.

        cheers!


      • Mmm… nk tambah info sket ( jan 2012):

        ““In order for us to make vehicles for Toyota, we had to upgrade our standards to those which Toyota sets and they are very high,” he said. He revealed that by 2015, the goal is to have 0.05 defects per unit (DPU) at the end of the assembly line, a measure of quality which is exceptionally high. At this time, Toyota plants in Thailand and Indonesia have a 0.1 DPU rate.” – Aminar Rashid

        Cheers!


  • Tahniah, Perodua terus diposisi no 1 untuk 7 tahun berturut2. Saya yakin jika perodua mempunyai lineup sedan jualan tahunan mungkin naik 250k unit.
    Proton saya kira sukar untuk menghampiri perodua, besar kemungkinan akan turun lagi.
    Info yang baru sampai ketelinga saya ada branch proton (eon) yang tinggal 4 salesman aje. Benarkah kerata proton susah jual sebabnya?
    -Sinonim banyak problem,
    -Image buruk enjin campro,
    -Servis centre tak efficient,
    -Chinese mostly dah boycot,
    -Product seperti bersaing segment yang sama persona,preve,inspira dari segi saiz dan harga.
    -Ramai yang minat komen dan ampu tapi tak beli.
    -Banyak vios dan city terpakai pada paras harga mampu 40-50+k.
    -Malu imej murahan proton.
    -Proton buat kerata syok sendiri,
    -Poor marketing.

    My 2cent……..

Leave a Reply