ARKIB

KATEGORI

Buletin

NZ Wheels buka Autohaus baharu di Bangsar

Views

NZWHEELS BANGSAR AUTOHAUS_0006

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) dan NZ Wheels Sdn Bhd (NZ Wheels) hari ini merasmikan Autohaus baharu yang berkeluasan 13,000 kaki persegi di Bangsar. Autohaus Bangsar merupakan bilik pameran 3 tingkat yang boleh menempatkan 11 kenderaan selain menggabungkan konsep pusat jualan dan gaya hidup automotif secara keseluruhan.

Dalam ucapannya, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif  Bersama Kumpulan NAZA  berkata, “Kami mempunyai keyakinan penuh dalam usaha ini. NZ Wheels Bangsar Autohaus adalah Pusat Penyelesaian Korporat pertama di Asia Tenggara dan NZ Wheels akan terus mengukuhkan komitmen dan keyakinan mereka dengan melabur sebanyak RM 15 juta. Autohaus Bangsar adalah yang pertama di negara ini menempatkan Sudut AMG  di mana peminat automotif sejati dapat mengalami maksud sebenar jenama Mercedes AMG. ”

Menurut MBM, ia merancang untuk melabur tambahan RM280 juta sehingga 2016, di mana 200 juta akan digunakan untuk rangkaian runcit selain merancang meningkatkan lagi fokus kepada pelanggan dan khidmat selepas jualan serta memperluaskan ekuiti jenama tersebut. Dibuka tujuh hari seminggu dari jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam, pastinya ia adalah pengalaman superlatif di Bangsar.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply