ARKIB

KATEGORI

Buletin

P3-22A kemungkinan dilancar pada pertengahan tahun ini!

Views

 

DSC00773

* Gambar sekadar hiasan

Sejak kebelakangan ini semakin kurang info dan spyshots terkini model P3-22A. Blog ini pun semakin suram kerana kekurangan info & sumber mengenai model yang amat dinantikan untuk tahun 2013. Menurut beberapa info, kemungkinan model ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun. Difahamkan Proton akan membuat stok tersedia dalam kuantiti yang banyak sebelum pelancaran dibuat. Yang menarik model ini akan dilengkapi dengan DRL  pada lampu hadapannya, selain lampu belakang CCFL dan rear fog light tersedia di bahagian bumpernya. Selain itu enjin CFE untuk model ini telah di “remapped” dan terdapat juga pilihan transmisi manual 6 kelajuan. Setakat ini itu sahaja info yang dapat dikongsikan kerana sumber yang agak terhad.

Payah betul nak dapat info baru sekarang, harap anda semua dapat bersabar & jika ada spyshots serta info terbaru saya akan kemaskinikan dari semasa ke semasa… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


  • pertengahan tahun ni ? berita gembira bg sy..sebab pada awal nya pihak fb proton bagitau akan dilancarkan tahun depan..
    tak sabar nak tengok spyshot yg latest with less of camo 😀


  • bro campromania, sementara menunggu berita ttg proton yg agak kurang kedengaran skrg, mngkin bro boleh membuka topik berkaitan proton atau industri automotif tempatan. baru2 ni pun ada pembaca blog ni yg cadangkan mcm tu. saya yakin bro mempunyai banyak idea dan info ttg proton yg boleh dibincangkan di sini dan saya yakin ramai pembaca berminat nak membincangkannya secara telus.

    baru rancak sikit blog ni sementara nak tunggu mode p3-22A tu “masak”.


  • hurm, tunggu turn over announcement dari proton march nih. tapi kater nyer NAP delay lagih sampai Jun. may be akan mainkan peranan besar dalam tentukan condition market 2013.

    off topic: Proton tak pernah buat open design competition ker ek. pasal google semalam ramai asian yang lead design kete kat US and Europe eh. mcm Chris Lesmana (indon-VW beetle), Sang Yup Lee (Korea-Camaro) japanese etc lah. Maybe proton nyer kekangan anak tempatan tak sepadan ngan cita citanya henda menjadi juara asean/asia. ruginya..


  • HarianMetro, 25Feb2013

    Oleh Badrila Jamlus

    Shah Alam: Proton Holdings Bhd (Proton) melihat kerjasama dengan Honda Motor Co (Honda) bukan saja memberi fokus kepada peningkatan teknologi semata-mata tetapi menjangkau kepada aspek pengurusan perkhidmatan selepas jualan yang mampu memberi manfaat kepada Proton.

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Lukman Ibrahim berkata, Honda mempunyai pasukan pengurusan cekap dan banyak perkara boleh dipelajari bagi meningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan Proton.

    “Pelbagai bidang kerjasama boleh diterokai dengan Honda dan tidak hanya tertumpu kepada pembangunan model baru memandangkan Honda adalah nama besar dalam industri automotif dunia yang memiliki banyak kepakaran serta teknologi baru.

    “Honda juga pengeluar kenderaan menggunakan enjin hibrid yang ketika ini mendapat permintaan tinggi di Malaysia, sekali gus memberi kelebihan kepada Proton sebagai rakan strategik,” katanya kepada Bisnes Metro ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina anjuran Kumpulan DRB-Hicom di sini, baru-baru ini.

    Ditanya sama ada Proton berminat untuk menghasilkan enjin hibrid, beliau berkata, penggunaan enjin hibrid yang menjimatkan penggunaan petrol sudah lama diterokai Honda dan kini teknologinya sudah dianggap matang, malah keyakinan pasaran negara ini turut menarik minat Honda memasang kenderaan hibrid di kilangnya di Melaka.

    Katanya, Honda sudah menjalankan pembangunan enjin hibrid sejak 15 tahun lalu dan ini adalah satu kerjasama yang boleh diterokai Proton meskipun Proton sudah membangunkan kenderaan berkuasa elektrik menerusi beberapa model yang diperkenalkan sebelum ini.

    Bagaimanapun, penggunaan kenderaan menggunakan enjin elektrik (EV) ketika ini masih dianggap baru dan mungkin terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kemudahan untuk mengecas yang terhad di negara ini. Tahun lalu, Honda Motor menandatangani perjanjian dengan DRB-Hicom Bhd sebagai rakan strategik asing Proton untuk meneroka peluang kerjasama dalam empat bidang utama iaitu peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan juga kemudahan pengeluaran.

    Ditanya sama ada Proton akan menggunakan satu model kenderaan Honda sebagai salah satu strategi memperkenalkan barisan model baru menerusi program ‘penjenamaan semula’ atau ‘rebadge’ seperti model Inspira keluaran Mitsubishi, Lukman berkata, kaedah itu tidak akan diguna pakai kerana Proton akan membangunkan model sendiri.

    Mengenai model baru Proton, beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, Proton akan membangunkan model hatchback, tapi bukan lanjutan kepada model sedan Prevé yang dilancarkan tahun lalu.

    Sebelum ini, DRB-Hicom turut menggariskan lima rancangan utama yang disifatkan Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, sebagai amat praktikal dan bukan omong kosong untuk mengemudi Proton muncul jenama automotif pilihan, bukan saja di pasaran tempatan malah antarabangsa.


    • “Mengenai model baru Proton, beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, Proton akan membangunkan model hatchback, tapi bukan lanjutan kepada model sedan Prevé yang dilancarkan tahun lalu.”

      Adakah ini bermaksud P2-30A (GSC) akan dilancarkan?


    • Proton akan membangunkan model hatchback, tapi bukan lanjutan kepada model sedan Preve yang dilancarkan tahun lalu.

      :- Adakah ini bermakna, Proton juga akan membangunkan model hatchback yang baru selain daripada P3-22A Preve Hatchback?

      Ada sesiapa yang boleh jelaskan? Terima kasih.


  • ” Sejak kebelakangan ini semakin kurang info dan spyshots terkini model P3-22A. Blog ini pun semakin suram kerana kekurangan info & sumber mengenai model yang amat dinantikan untuk tahun 2013. Menurut beberapa info, kemungkinan model ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun. Difahamkan Proton akan membuat stok tersedia dalam kuantiti yang banyak sebelum pelancaran dibuat. Yang menarik model ini akan dilengkapi dengan DRL pada lampu hadapannya, selain lampu belakang CCFL dan rear fog light tersedia di bahagian bumpernya. Selain itu enjin CFE untuk model ini telah di “remapped” dan terdapat juga pilihan transmisi manual 6 kelajuan. Setakat ini itu sahaja info yang dapat dikongsikan kerana sumber yang agak terhad. ”

    :- Lampu depan Proton Preve juga ada DRL. Hahaha…. Kalau cakap Bi-Xenon anggap menarik itu. Lampu kombinasi belakang jenis CCFL, saya masih kurang pasti sebab ada beberapa keping gambar yang menunjukkan lampu breknya jenis bulb biasa sahaja kecuali yang diambil pada waktu malam itu yang ada menunjukkan satu garisan lampu merah. Walau bagaimanapun, saya berharap Proton akan menggunakan LED untuk lampu breknya dan lampu belakang dipanjangkan sedikit sehingga ke but belakang juga.

    :- Adanya transmisi manual 6 kelajuan untuk variasi premium juga dialu-alukan. Dengan kelengkapan seperti terdapat pada variasi CFE Protronic 7 kelajuan. Kita semua juga tahu bahawa banyak model premium dilengkapi dengan 6 beg udara. Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan Proton supaya melengkapi 6 beg udara pada variasi premium Proton P3-22A ini.


    • Mmm… so, kemungkinan besar kuar pertengahan tahun la nie? Mgkin target utk raya nanti. Lagi pun kalau kuar awal tahun nie x beri impact sangat almaklum la pru13 bakal menjelang dan nie akan mengurangkan fokus kat kemunculan preve aeroback tu:) Seeloknya GM proton bln 3 nanti fokus kat prestasi syarikat n keluaran model terkini diorg n merancakkan lagi jualan non domestik serta perancangan model2 baru seperti GSC, SUV yg x dgr khabar berita lagi. Kemunculan preve aeroback mmg dah hampir pasti, yg lain2 tu jadikan realiti:)

      cheers!

Leave a Reply