ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAZA EURO MOTORS BAKAL MELANCARKAN CITROEN DS5 DAN DS4

Views

url

Naza Euro Motors akan melancarkan model Citroen yang dinanti-nantikan DS5 dan DS4 pada 26 Februari nanti. Citroen DS5 dan DS4 adalah model pertama yang akan dilancarkan oleh Naza Euro Motors berikutan pelantikannya sebagai pengedar rasmi untuk Citroen di Malaysia pada Januari. Pelancaran kedua-dua model itu juga bersempena dengan pelancaran pusat 3S sulung Citroen, Naza Euro Motors ‘(jualan, servis dan alat ganti), Glenmarie.

Citroen DS5, yang telah dinamakan sebagai “Family Car of the Year” oleh majalah Top Gear UK, dijangka untuk membuat gelombang dalam segmen premium. Model DS5 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo “twin-scroll” tekanan tinggi yang memberikan 156 hp dan 240 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik.

Citroen-DS4-Crossover-25

Citroen DS4, yang telah dinamakan sebagai “Most Beautiful Car of the Year” pada Anugerah Auto Bild 2011 Design, mempunyai gaya yang unik dengan garisan yang sempurna dan rekaan badan yang menarik. Model DS4 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter turbo “twin-scroll” tekanan enjin yang menghasilkan 163 hp dan 240 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik.

Citroen Glenmarie akan menjadi cawangan pertama dilancarkan oleh Naza Euro Motors dan menampilkan Salon DS yang eksklusif yang mempamerkan barisan model DS Citroen dan imej korporatnya.

Info daripada Arish Qutb Ahmad Khan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Citroen bukanlah satu pilihan org malaysia. mungkin perasaan ragu2 terhadap jenama ini masih kuat berbanding zaman awal 90-an di mana model2 zx, xantia banyak menjalar di jalan raya malaysia. kemudian, apabila muncul model2 siri C seperti C3 dan C5, jenama ini semakin suram. mungkin disebabkan faktor harga, teknologi yg terlalu ke hadapan dan persepsi utk kos senggara kereta conti yg tinggi.

    sayang kerana ia sebuah kereta yg baik seperti jenama ford, renault, VW, alfa romeo. namun ia masih tidak mendapat tempat di hati pembeli malaysia yg rata2 masih percaya kepada jenama jepun apabila hendak membeli sebuah kereta luar. itulah hakikatnya…


  • pelik tapi benar… rakyat Msia bole terima Mitsubishi walaupun telah lama terkeluar dari WRC…. Citroen dah masuk thn ke 10 jadi champion WRC… masih tidak menang di hati rakyat Msia… konpiussss….


    • aku rasa kenapa keta polis nie dia taabmh front bar maybe sebab kes amirul rashid kot..sebab pendekatan yang polis gunakan untuk menghentikan kereta suspek ialah menembak tayar..tapi skg M.P.V polis mungkin menggunakan stategi rempuh belakang untuk menghentikan kereta mcm M.P.V polis kat U.S gunakan..dan kemungkinan juga senjata taabmhan polis akan datang akan menggunakan tasser/stunt gun. selain dari peyembur lada yang dibekalkan sekarang., aku berharap bila/kalau kerajan dah benarkan penggunaan Tesser gun ramai2 la kita bantah sebab dah ada kes maut bila menggunakan alat ini..cukup la setakat pepper spray dan cotta untuk 1st act cover..,

Leave a Reply