ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pameran unit styling Proton di Power of 1

Views

Unit styling (rekabentuk) Proton juga juga mengadakan pameran mereka di Power of 1 yang sedang berlangsung kini. Di sana nanti kita boleh melihat demonstrasi bagaimana untuk membuat lakaran digital sesebuah kereta Proton secara live. Ada juga demonstrasi membuat clay model selain pameran sebuah kereta konsep city car yang dahulunya merupakan kereta konsep Lotus city car & scale clay model yang telah siap.

Selain itu terdapat juga meter panel P3-21A & bakal teknologi meter panel yang bakal digunakan oleh Proton pada masa hadapan. Pada petang ini akan diadakan sesi temubual bersama Azlan Othman (Head of Styling) Proton pada jam 4.00 petang – 4.30 petang dan tajuknya ialah Proton design future. Kepada sesiapa yang berminat nak bertanyakan soalan boleh la berbuat demikian pada petang ini.

Gambar clay model ini telah diemail oleh bro hawarey, semasa saya berada kat sini belum sampai lagi clay model ni. Harap Unit Styling Proton bawa lebih banyak lagi clay model seperti ini kerana ruang pameran tersebut masih banyak ruangan kosong & kekurangan bahan pameran. Sempat lagi nak angkut clay model dari Shah Alam kes sini, masa pameran pun masih panjang. Sekurang-kurangnya ia menjadi daya tarikan & Unit Styling Proton boleh mendapat maklum balas awam mengenai hasil rekaan mereka. 🙂

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments


  • Tengok di Paultan, bukan Satria Neo S2000 yang sebenar dipamerkan. Hanya Satria Neo yang dipasang wide body kit. Dan kereta ni dikatakan dimiliki oleh seorang wakil Proton Edar.

    Kenapa Proton perlu tipu pengunjung?


    • confirm ke bukan yang real?
      tapi slalunya mmg mcm tu, even kereta F1 pun ada ‘show’ car dan real-race car.. derang hanya tunjuk ‘show’ car masa roadshow. kos nak buat satu Neo S2000 tu pun dengarnya beratus ribu.. and maybe skrg tengah bizi dengan preparation nak race WRC dan APRC


    • Mofaz,

      Saya setuju kalau bro kata kereta F1 pun biasanya ditunjukkan yang versi replika. Tapi versi replika biasanya mempunyai rupa yang saling tak tumpah seperti versi yang asal (real race car).

      Proton pernah mempamerkan Neo S2000 yang sebenar di pameran KLIMS 2010. Anda boleh lihat carik dan robek kereta Neo ni bila lihat secara dekat.

      Cuma yang dipamerkan di Power of 1 ni, bukan tahap kereta replika pun. Dengan side mirror Neo yang standard, spoiler Neo CPS, tayar bukan off-road dan rim lima lubang.

      Ya saya setuju kalau Proton memamg sedang sibuk dgn WRC dan APRC. Tapi sekurang2nya Proton perlu ada sebuah model replika khas utk tujuan pameran. Dan bukannya meminjam kereta yang highly ah-beng modified seperti ini.


      • Aih, kena thumb down..takpelah.

        Fordcortina,

        Yang real ada berapa entah, tak ingat. Tapi biasanya yg muncul dgn livery kuning (Proton Motorsport) ialah bernombor plat CSX, KWT, GOK, GOH, HCP. Ada 1-2 biji lagi yg operated by privateer dari Itali.

        Yup, yg buat show tu yg real. Yg showcased tu, kalau based on gambar Paultan, ia bukan S2000. Tapi memang dipercayai milik seorang owner Proton Dealer.


    • yg pameran letak yg replika aje..bukan ker alister buat demo gune real s2000? kalau cmtu nk bawak sampai 2 biji ke tapak pameran makan kos ler..hehe


    • yang ko gi tengok sape suruh bukan kene bayor cam VW aritu pun… ni la mentaliti orang Malaysia… kondem orang jer pandai… hehehe


  • aku dah pergi tadi dari kul 2pm – 3pm. pada aku takde ape yg menarik pun. panas jer ade la. ade enjen campro dua-tiga biji, ade emas sebiji, elise sebijik, evora 2 bijik, clay model, yg lain tu semua bende yg biasa tengok hari hari dah. car model pun ade laa 2 org, tu pun muka so-so je, toye sebab panas. p3 dlm kotak peek-a-boo pun gelap je, ambik gambar dgn flash baru nampak isi dalam. kalau tgk macam tu je haram tak nampak apa pun. lampu kat dalam rosak kot. staf staf yg jaga booth, walaupun ade yg nampak semangat, ramai je yg muka macam kena paksa rela je kena pacak kat situ.

    apsal proton buat power of 1 ni pun aku tak tahu. kalau nak tunguk p1 technology, buat je laa bila p3 dah official launch. ni kata nak tunjuk technology, tapi malu malu kencing nak tunjuk kereta yg katanya full of latest technology.

    kalau p1 terus je launch p3 kan senang. org boleh tengok real car, test drive, terus boleh close sales, at least dah boleh cover cost sewa khemah, even organizer, etc. ni setakat tunjuk saga, exora, baik pergi showroom, at least ada aircond.


    • Btul tu nasib baik aku x jd dtg dr jauh2..
      Nak showcase latest technology of proton car..tapi p321A yg sepatutnya menjadi star of latest proton technology tu yg x ade..so ape yang nk tunjuk..
      Event ni pttnya wat kat laman depan kilang proton dh cukup..drp mendapat malu wat big event dan venue tp kosong jer..


  • Gambar nombor dua tuh nampak cam hatchback. Sekali tengok belakang ada ekor daaa…. logo dibelakang tuh rasa tak sesuai la letak kat tengan. nampak tergantung tak bertali. apa kata try cabut pastuh letak kat atas skit betul betul dengan segi bonet tuh. Baru nampak masuk. pendapat saya saja


  • Mmm… ada brtanya staff kat situ. Rupanya model clay yg dah siap tu adalah antara calon2 (diorg ada 5@6 model) utk projek p321A nie, sebelum proton-italdesign bikin menjadi model p321A yg bakal keluar nie:)

    Nie masuk hari ke-2. Saya x kisah kalau prootn nk buat program mcm nie cuma kena cantikkanlah sket isi aktiviti tu. X banyak sgt aktiviti utk peringkat umur involve dlm program nie. Cadangan saya kalau lain kali lah kalau nak buat, kena tau apa yg penggunjung akan tertarik utk pegi ke program mcm nie. Why not libatkan artis/celebriti n model2 proton. Pengunjung suka dgn artis so gunakanlah tarikan nie utk tonjolkan bersama model2 proton. X gitu?:) Terbayang siti sara menyanyi atas pentas drive thru dgn lights n smoke berlegar2 dgn model2 kereta proton sambil tu dj/mc selang seli beri info2 tentang model2 proton. Utk segment kanak2 kena ada taman permainan mcm kat jom heboh tu, tadi nampak mcm ada tapi masih belum set sepenuhnya.

    Pastu patutnya kena ada booth rancangan yg related dgn proton seperti jom ronda proton tv3 tu dll beri pelbagai informasi ttg penjagaan kereta2 proton ker. Pastu buat ar apa2 pertandingan yg pelik2 sket seperti memenuhkan exora sebanyak yg mgkin ker, pastu tug of war atau pertandingan tarik model2 proton ker. sikit2 selitkan ar informasi ttg kereta prootn. Libatkan lah sekolah2 atau ipt2 terpilih utk involve dgn sumer nie disamping org ramai bleh joint. Pameran2 statik patut diimbangi dgn penglibatan 2 hala pengunjung. Cenderahati dan door gift jgn lokek utk diberi pada pengunjung. Buat ar contest bodoh2 seperti permainan dart ker, mengira logo proton dlm balang ker dll. Best gak kalau ada pertunjukan grafiti oleh pakar2 grafiti melukis model2 prootn secara kreatif n ini gak dpt menarik minat golongan muda terlibat sama.

    Pasal pengenalan p321a tu no komen. nie mgkin sebagai pra-pelancarannya sahaja. program seperti nie bukan sesuai utk prgram launching, x exclusif dan gah. Tapi demo p321a dgn pelekat hitam putih tu agak menarik. dpt lihat kehebatan nya walaupun dlm pentuk hitam putih tu:)

    my 2 cents.

    cheers!


    • betul tu..pengisian event ini harusnya lebih jitu dan padat, mungkin kalut kerana tak jadi launch bebetul kerna tun mahathir ada delay. pelbagai pertandingan kereta autoshow pun juga bole di buat tak semestinya brand proton aje sebagai penarik besar.. namun mungkin sehari dua ini working days jadi memang la kurang pengunjung.. tengok lah weekend ini macam mana..


    • memenuhkan exora sebanyak yg mgkin ker
      haaa bole gak nih, penuhkan exora dengan….

      duriaaaaaannnnnnnn!!!!!

      hadiah dia tak lain dan tak bukan kesemua durian yg disumbat ke dalam exora tu huhu


  • ive been with proton since year 2000,
    owning 4 proton models throughout the years to present.

    i don’t want complain.
    but generally proton does improve, yes

    one thing where i want proton to really not to miss when designing cars is human relationship with the car it self, im not talking about car handling or power, but the intimacy of human physical in a process of transferring the command from human intuition translated into the actuation of mechanical components as if giving life to the car. the mind ,body , hands and feet are the actuators, the actuators must be nicely placed, in comfort, the body in the seat, the hands which hold the steering ,the feet that control the pedals, all must be nicely interacted, in the most comfortable manner so that the mind will give the best judgement while the hand and feet give the precise input in commanding the car. the shape of the seat, the design of the steering the position of it , the arrangement of the pedals, the distant of the pedals should agree with human architecture,
    the human and machine interaction should be in a very comfortable interface,
    a successful (comfortable) interface will promise a JOY of driving all the way.

    a bad interface between human and machine will result some ACE and PAIN when pain can only be felt by human because of emotion. – no JOY

    the moral of it,, proton should look into car seat design, steering design, pedals design, and one of the component that likely to compliment the most with everybody in the world is mufti-adjustable steering. and the least to mention is a height and telescopic adjustable steering. regardless body architecture, driving style and preferred posture, its one solve all.

    this is the area that’s not yet a major concerned in proton, i think this is crucial especially when proton is about to fly abroad. as well as us at home.

    – RnD and ergonomics-


  • aku g dh semalam.

    aku setuju ngn apa yg ko kata.

    1. mmg le time tu aku dukung baby & pegang payung ala ceti, nmpk selekeh, tp sepatutmya staf proton yg jaga booth/exhibition tu tegur2 la sket.
    berkali2 gak aku ketuk metal stamping biasa & hot press tu, nk tau beza; tp xde yg entertain aku pn.

    2. nextime, letak la individu yg jaga booth tu, diorg kena pakai special outfit (say, kalu H&T, pakai baju yg ada tulis H&T)..so diorg nk mengular texting pn xberani la. dgn pakai cmtu, org ramai ble tahu proton ni sebenarnya byk departments (secara xlangsung org akan appreciate betapa susahnya nk bikin kereta). yg aku perasan awek2 lotus je sbb pakai ketat2..tp aku rasa kalu tanya apa beza 2bijik evora yg kt situ, mgkn diorg sepatah haram pn xtau..haha

    3. letakla belon2 sket kasi nmpk mesra kanak2. aku chiow awal sbb baby aku dh mengaruk, xtvt utk kanak2 xde. nasib upin ipin & clown tu ada.

    4. apa xtvt utk org yg dtg? kalu kt klims tu ada la juga simulation gt5, syok juga main. yg ni lebih pd nk jual kete je nmpknya? nasib bek ada sms game tu..

    5. mana banner yg besor2? mana aku tau parking C utk Visitor tu ktne?

    6. yg ni plg penting, kalu rasa2 malas nk letak org utk jaga booth, buat la pamphlet ke, peta minda ke, berkenaan apa yg ditunjukkan tu. eg, kalu pasal lampu saga flx tu, nape design nye begini begitu. xkn nk harap Eppel tu bgtau setiap pengunjung?

    ok..aku tulis mmg senang, sebaik2nya proton lebih teliti utk anjur benda2 cmni. xfaham apa yg aku cuba sampaikan? e.g., cuba korg gi OGA (Oil & Gas Asia Exhibition) & korg tgk cmne diorg terangkan berkenaan DBB valve (Double Block & Bleed)..cmtu la kena educate rakyat marhaen.

    thanks for reading.


  • gua nk komen pun x bleh sbb gua x pegi wlupun dh ade kt rmh mertua di kl.rs x jd nk pegi bila bc komen2 di atas.

    cuma gua nk bgtau yg gua cukup2 suka dgn design gril model kaler silver tu….klu la gril P321A design camni…


  • Semalam teman dah pegi..

    – bila baca komen yg kurang tu..mula taknak pegi dah..

    – tapi kenangkan dah janji dgan my Hero(cuti pun dah ambil)…pegi gak..lepas solat jumaat..hari pun baik redup tak hujan…

    – staff kat clay model tu jeh yg paling best..siap suruh kita cuba..dan tunjukkan kalau silap..yg lain mungkin dah letih kot…maklumlah agak panas jugak kat dalam tuh..

    teman sanggup tengok sampai 2 kali F1 punya track demo…bebaloi..(ni 1st time tengok secara live) bunyi nya dah buat teman teruja…nak tgok kat sepang kurang beduit… ha ha

    – tambahan pula ada baby baru proton tu si p3 punya side by side performance test ngan persona – ride & handling test, yg best acclerate ngan decelarate..(betul ke eja ni) memang nampak kemajuan ketara handling baby baru nih…

    Pastu keluar pulak S2000..pergh memang power si Alister McRae tu..mula dok kat grand stand..kali kedua nak rasa seram dok kat tepi jeh..memang seram siut.tengok hampir hampir nak dilanggarnya barrier tu..tapi kalu dah profesional..selamba je

    Apa pun rasanya bebaloi gak peginya..macam2 ilmu dapat…tak mudah nak buat kete nih…cakap memang senang..

    – cuma , kalaulah dapat ditayangkan baby baru lagi baik..itupun tujuan utama kesana..

    kenapa malu malu nak tunjukkan – macam tak yakin pulak dgn produk sendiri..heran teman..nak suruh org book – tapi letak dalam kotak hitam gelap plak tuh..hishhh..

    macam org nak gi minang anak dara..tapi tak suruh buat/hidang air..camna nak tau sopan santun/manis ke idak …heh heh

    ish panjang pulak dah tulis…

    PEACE….


  • anak saya perempuan darjah 1 amat suka dgn power of 1 nie… dia lagi suka event ni dari belon panas kat putrajaya tuh… nak pergi lagi kata dia.. haha

    secara keseluruhan event ini bagus…. ia rapatkan diri dgn pelanggan yang sebelum ini kenal proton di showroom saja…

    cuma kesempatan ini tak digunakan untuk tunjukkan P321A amat merugikan…. bagi saya itulah masa paling terbaik….. kos dah keluar banyak tp tak digunakan sepenuhnya….. sayang

Leave a Reply