ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sesi khas bersama Allister McRae & pasukan F1 Lotus

Views

Semalam juga kami berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat kereta rali Satria Neo S2000 dan kereta lumba F1 Lotus di belakang litar khas. Kebetulan semasa itu Allister McRae sedang bersiap sedia untuk beraksi di litar, manakala kereta lumba F1 Lotus baru sahaja selesai melakukan demonstrasi.

Sempat juga mengambil gambar lebih dekat Allister McRae yang sedang menunggu giliran untuk beraksi. Selepas itu kami singgah pula di garaj kereta lumba F1 Lotus dan sempat beramah mesra dengan salah seorang krew pasukan tersebut. Menurutnya, kereta yang digunakan untuk demonstrasi tersebut merupakan versi 2010. Versi 2012 sedang menjalani ujian dan setakat ini mencatat keputusan yang memberangsangkan & mereka yakin bakal mencipta sesuatu untuk tahun ini.

Untuk pengetahuan, model 2012 sebenarnya boleh dikatakan model baru sepenuhnya kerana hampir 80% rekaannya adalah baru & juga menggunakan komponen terkini yang dibangunkan oleh mereka. Proses membangunkan sebuah jentera F1 adalah 18 bulan, bermakna kerja-kerja pembangunan untuk model 2012 telah berlangsung sejak 2010 sehingga sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

* bising betul bunyi enjin F1 ni, crew F1 Lotus tu siap suruh duduk jauh dari kereta tu, hahaha…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • hahaa.. bunyi bingit kete F1 nih memang sedap.. apa2 pun nk tanya sikit, tdi ada baca newspaper, dlm sinar kalau tak silap katanya ada diskaun baik punya less RM5ribu ke RM15 ribu utk model sedia ada.. betul ke nih.. ingat nk amik PE H-line je.. nengok kan P3-21A ni mcm berat je loan.. alang2 ada discount besar mcm ni, 4jam ke sana pun saya sangup redah sabtu nih.. pls sapa2 crita la sikit.. excited dah nih


  • bkn kena halau bro, klu bleh tahan(xsyg telinga), bleh jek diri dekat,tp dinasihatkan coz depa xbg warranti klu jadi aper2. Depa nk bg headphone,tp kena carik dulu coz xda spare kat dlm tuh. Dah nk borak camne coz bunyi kuat. Atleast, dia peramah n xdala sombong cam segelintir org kite walupun dia team f1 lotus.

    Mmgler tau bunyi kuat f1, bkn kali pertama tgk f1 live,kitekan ada sepang circuit :-). Sedap berborak ngan depa coz siap bgtau, kul 10.30 pagi aritu, microsoft sign deal ngan lotus f1 jadik sponsor.

    Tp bro udemg mesti xdahal coz yelor, duit byk, f1 mesti ada sebijik kat umah@simpan kat track utk weekend track car :-).

Leave a Reply