ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Artwork saya diplagiat!!!

Views

Artwork yang asal : Klik untuk besarkan imej!!!

PERHATIAN : Diharap jangan mengaitkan isu plagiat ini dengan isu lain yang tak berkaitan. Diharap dapat menjaga sensitiviti & tidak menjadikan isu ini perkauman. Saya sendiri pun tak sentuh pasal tu, cuma nak minta pendapat untuk selesaikan isu ini sahaja supaya ia tak berlaku lagi. Harap maklum. Kerjasama anda semua amatlah saya hargai. Terima kasih.

Agak sensitif juga post kali ini kerana ia melibatkan isu memplagiat hasil kerja saya tanpa kebenaran. Sekurang-kurangnya mereka memberikan kredit kepada saya kerana menggunakan gambar tersebut. Selain itu ia bakal mengelirukan orang ramai mengenai rupa sebenar P3-21A. Kebetulan saya masuk ke forum.lowyat.net dan terjumpa gambar di atas. Sebenarnya saya dah lama buat rendering artwork ini, post tersebut sudah dikeluarkan pada bulan Disember 2010. Cuma pada masa itu blog ini belum lagi mencapai tahap seperti sekarang. Tujuan saya buat post ini untuk meminta pandangan & pendapat sahabat-sahabat sahaja supaya isu ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Link asal sebagai rujukan ARTWORK : Proton TUAH impressi saya “full version”!!! & ARTWORK : Proton TUAH aka Persona R my impression!!!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

69 Comments


  • Saya rasa lampu belakang macam ni lagi cun! Mcm inspira sikit.. Yang p3 punya tak tau la nak ckp apa.. Mcm diorang dah takde idea dah.. But den again, on overall its gona be one hell of a great car! Can’t wait to c it with ma own eyes!


  • sy simpati gan bro camPRO…ape la..curik hasil kerja org..ni paper teruk la..bro campro..please saman je..jgn bg muka..ni paper byk duit..hihihihi


  • bagi saya la.. kalau surat kabar palgiat nie memamng kes besar la.. saman jer bro. diorang wat duit banyak… kalau kawan2 blog tu boleh la nak bincang2.. tp rasa kalau surat khabar x payah dah bincang2.. jumpa lawyer saman jer


  • Btol bro. Klu cukup bukti, boleh pye. Bro boleh discuss dengan lawyer dulu. Klu dapat, lawyer pon dpt la skt, 22 x rugi. Saya baru sahaja selesai saman company luar negara, tuk company saya bekerja, nak 2 tahun gk process. 35mill dapat bro. Tunggu masa je nak masuk ni. Ape lagi bro. Discuss dgn lawyer dlu.


      • hahaha. xpe bro mail, xyah sorry2, aku tak terkejut pon. mcm yg aku pernah cakap kt udemg, korang x kenal aku sapa. n tak perlu kenal pon. aku teringin nak share kisah hidup aku. tp tak semua kita boleh share kan. kang bila i share, ada yang kata riak, berlagak, n mcm2 lagi. bende ni pernah terjadi dlm blog ni baru2 ni. bagi sapa yg masih igt la kn. tp percayalah, aku lansung x tipu. n aku tak untung pon menipu korang walaupun seposen. aku just bagi nasihat je, manala tau bro FD leh saman, leh dapat duit, tu hak dia, leh die kembangkan lagi semua yg dia usahakan. btol tak? aku tak untung kan. hehehe. anyway, tq bro mail. bagi bro FD, u better check dengan lawyer, sikit pon tak rugi. i sikit pon tak untung. hehehehe


  • Sue dia je bro, walaupun aku pun chinese, tapi copy tetap salah, x kira kaum, kasi sue je dia.

    Lagi pun itu bukan proton, kalau ambik elantra baru kasi banding, ada 80% sama.

    Nanti org salah paham, ingat kereta ni proton, dah order baru tau bukan, rasa tertipu pulak. So kasi sue je !


  • bile banding kan rupe sebenar antare P321A dengan artwork P321A dari CamPRO…lebih cun,lagi molek,nampak garang n sporty lagi hasil bro CamPro…


      • Diorg chinese bro. Diorg otak bisnes mmg hebat. Mana ada peluang diorg rembat. Contoh satu sudah, kutuk kerajaan gila2, tp peluang yg kerajaan bagi diorg ambik, n tak berterima kasih. Persatuan Dong Zing. Try cari apa diorg nk buat kat sjkc. Haha. Cikgu melayu dgn india lama2 pupus kt sekolah sjkc tu.


  • orng cina selalu nk carik pasal dgan melayu ..
    bro campro kasi saman ja paper ni … biar orang cina tahu yang melayu bukan selembut yang diorang ingat …


    • INI BLOG AUTOMOTIVE!!!!
      JGN JADI RACISSSS!!
      isu ni xde kena mengena dgn bangsa la dol..
      plagiat ni sapa2 pun buat..
      time study kt UiTM dlu pun byk member2 plagiat hasil org lain..

      kes ni bukan sbb bro campromania ni melayu sbb tu diorang plagiat..
      hahahahaha.. bodoh la sapa yg fikir camtu…. hahahaha..

      kes ni sbb artwork bro compromania ni menarik (tahniah) sbb tu diorang
      amik pakai (plagiat)…
      xde kena mengena dgn bangsa la dol…

      kita ni duduk di negara yg berbilang bangsa, kena saling hormat menghormati.. kena hidup rukun damai.. saling bantu membantu.. JGN BERSENGKETA… sentiasa baik sangka..
      RASULULLAH pun benci RACIS!!!
      kalo ko nak RACIS jgk ko pegi mampos!!! sbb zaman ni xde negara yg khas utk 1 bangsa saja… BODOH!!!!

      lagi satu, blog ni bro campromania buat khas utk org MELAYU je ker???
      saya percaya bangsa lain pun layan blog bro jgk…
      bab2 komen RACIS ni bro kena tapis skit, sbb ia akan bagi kesan kepada pengunjung lain yg bukan melayu..
      macamana rating nk naik kalo blog automotive pun ikut bangsa????

      utk bro ‘acap’..
      ini bukan blog yg sesuai utk anda..
      anda bole pegi blog racis lain mcm blog PERKASA ker…

      WASSALAM..


      • Sampai melayu je semua rasis. Lowyat tu bapak rasis. Rating tinggi je. Perkasa jugak salah, ding zong yg ultra rasis, tak salah pulak kan? Ni lah melayu. Uitm try lah plagiat, diorg still ada reference n citation. Itu bukan plagiat. Ni confirm belajar tak habis, ataupun kawan belajar kat ipta, bro ni belajar kat ipts. Haha.


      • WEIII mail..
        aku mintak hang baca balik komen bro ‘acap’..
        hang baca tengok..

        hang kata komen mcm tu bukan racis ka???
        hang biaq betui?????

        asal melayu je semua racis??
        kepala hotak hang, aku pun melayu.. dan aku tak reply kat mana2 komen lain sebab apa???

        aku tegur tu sbb blog ni utk peminat automotive, xdak kena mengena dgn politik, kepartian atau bangsa…

        bab lowyat atau dong zong tu nak racis itu masalah diorang.. ko boleh pegi mnyalak kat sana.. diorang tu blog AUTOMOTIVE mcm FD jugak kaaa???

        lagi satu, aku bukan umur muda dah.. anak aku pun dah empat.. aku tak tau hang belajaq tinggi mana.. tapi aku pun tak lekeh bro..
        hang tau mana aku belajaq tak habih???
        silap2 hang tu universiti pun tak penah jejak… piiiiiiirah!!!!

        bab FD nk saman ke tak itu aku tak dak masalah..
        kalo bro campromania nak saman.. saman jer..
        aku cuma mintak blog ni bersih dari raciss!!!
        tak kira la hang melayu kaaa.. cina kaaa.. india kaaa.. iban kaa… mat salleh kaa..
        org mai sini nak baca berita atau info tentang kereta, bukan lain…

        wassalam..


      • sy buat post ni bukan untuk naikkan sentimen perkauman atau apa, cuma nak bagitau artwork diplagiat sahaja… kalau boleh komen biar la jangan ada unsur2 yang boleh menyentuh sensitiviti orang lain.. kita berbincang atas isu plagiat sahaja… bagaimana nak handle benda2 macam ni.. tu je…blog sy ni pelbagai kaum masuk, berkumpul & berbincang dengan baik… harap komen2 lepas ni kena la elok sikit, kita berbincang cari penyelesaian, bukan memburukkan keadaan


  • bagi hamba :

    1. kwn tak fhm bahasa cina, tapi rasanya penyebaran artwork tu bukan berbentuk keuntungan..so rasanya sebagai rakyat sesama Malaysia tak perlu la saman.

    2. cukup sekadar hantar notis melalui lawyer kepada paper tu minta mereka buat secara terbuka permohonan maaf penyiaran artwork saudara & beri credit where it dues. serta nyatakan kembali itu bukan gambaran sebenar kereta ni.

    3. kalau tak buat juga sebagaimana saudara minta dlm ..hmmm let say 2 minggu, then saman je la.. coz dlm law, Ignorant is not a defend.. dia saja nak buat keras la tu.

    4. mungkin utk akan datang bagi setiap gambar & artwork yg dibuat, di bawahnya letak font kecil ingatkan jgn copy sesuka hati @ saman akan dibuat.

    p/s : sy terfikir Teopilus Chin jaga camner artwork dier ye, coz tak silap banyak hasil karyanya keluar dlm blog2 dan majalah luar negara.. banyak masyuk kot T.Chin ni, saman around the globe hehehe. apepun, saudara mungkin boleh tanya sikit2 kat T.C. camner nak buat…


  • ape kes entah media skrg pemalas…. arenakereta pun kena plagiat.ni FD pulak… memang betul la species makan gaji buta nih pikir blog alternatif ni bisu dan buta kot…
    Nak tambah sikit, ada baca crita automotif dlm newspaper Kosmo ari tu lupa tarikh, crita pasal Nissan, lepas tu ada baca “majalah kereta” namanya, edisi Mac ni lah.. ada jugak crita pasal Nissan.. struktur dan asas crita sama, cuma ayat ada ubah sikit2.. entah siapa plagiat siapa.. ala crita pasal Nissan pengeluar yg degil, kena beli dgn reanult bos baru dia org brazil ketrunan Arab labnon..


  • Bagus lah nak share. I’m one of the silent reader dlm fd ni. And hari2 saya buka fd ni, online through phone je pun. Haha. Semua komen fordcortina, sy baca dgn udeng ke apa benda pun saya baca. Kes plagiat ni mmg di ambil mudah di malaysia. Tgk budak uni pun sama juga, plagiat gila2 untuk assignment. Nak saman, itu satu usaha yg bagus, tp kena patent kan lah artwork tu. Fd ni blog yg amat bagus. Saya respect but for bro fordcortina, jgn cerita banyak2, takut ada org tak suka. Haha. Ikut topic, bg cadangan, bukan bagi ur own situation. Many months ago, u said u only have satria neo n ur dad own one for cortina. Bila I baca balik baru2 ni, nk letgo bini satria n iswara. Bro, umur baru 22 kan? So act like one. Kita ni muda, banyak lagi orang lama yg dh lama berkecimpung dalam semua jenis arena yg kita baru nk kenal. Haha


    • Hehe. Bang, i nak minta maaf byk2 la klu buat salah ngn u. En mail nak percaya ke tidak terpulangla. Niat saya adalah untuk membantu bro FD jika ingin mengambil tindakan, jgn terburu2, berbincang dengan laywer dahulu. Kerana bab sue ni bkn semudah yg disangka. Biarlah Allah yg menilai niat saya.

      Siapa saya, hal peribadi saya dan keluarga adalah sesuatu yg x boleh saya beritahu. Fyi, saya berumur 24 tahun 2012 ni.

      Saya nak memohon maaf jugak kepada semua yang tidak suka atau tidak senang dgn comment dari saya.


      • asal aku post je..ada orang unlike..haha.. kelakar..

        cakap sebaya pun unlike.. haha..

        pasal plagiat tu, orang kita, bangsa kita ni lemah lembut sangat.. lepas tu senang kena pijak..

        ambil tindakan undang-undang la tuan tanah… ada lebih2 tu buat la kenduri doa selamat untuk fans funtasticko..


    • Saya penah berbincang dgn bro nazz berkenaan iswara 1997, n i x pernah cakap bapak saya hanya ad 1 ford cortina. Maaf jika statement saya membuat kan en mail berasa kurang senang.


      • Bukan macamtu bro fordcortina, look u dh ckp yg tak nak libatkan hal sapa u, keluarga and sort off thing kan. Tp u start dulu, dr comment2 dulu. Just nk bgtahu je, takut u ada musuh dlm alam maya. Lagi2 si udemg apa ntah tu. Jap akupunya, dh tak rajin comment pulak. Haha.


      • 🙂 i x pernah sebut sapa i n fmly. Maaf kepada semua jika ada yg kurang senang dengan ford cortina pemberian ayah saya, iswara N neo kepunyaan saya.

        Anyway thanks for your concern.
        Maafla jika terkasar bahasa, or kurang senang.

        Saya juga ingin menyatakan di sini, bahwa saya sama sekali tidak mahu menjadi musuh kepada sesapa bahkan saya mahu orang melayu bersatu di atas nama Islam. Sesungguhnya kita berpecah belah. Itu saja harapan saya yang sangat muda dibandingkan anda semua.
        Tq.


  • Perkara ini boleh dibawa ke mahkamah. Samada dalam bentuk tuntutan sivil atau jenayah.

    Jadi bro campro boleh mengeluarkan notis kepada akhbar tersebut dan memberi amaran utk mengemukakan saman sivil dibawah Akta Hakcipta 1987 kerana menyiarkan sebuah ‘karya seni’ milik FD tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pemunya karya.

    Soal karya tersebut takde watermark xpe, pembuktian boleh dibuat kemudian dalam kamar.


  • Offtopic:
    Nak tanya pendapat mengenai Persona Elegance, coolant tank untuk Persona Elegance hanya boleh letak coolant ataupun air biasa pun boleh, sebab tengok level coolant tu macam kurang sangat, saya pun letaklah sedikit air, adakah perkara ni akan menjejaskan kelancaran engine, harap ada yang dapat membantu


    • Coolant yang diisi dalam radiator tu coolant pekat. wajib tambah air.

      Seeloknya gunakan air mineral, air paip tak bagus ada klorin..

      kelancaran enjin tak berkaitan sangat dengan coolant, lebih berkait dengan minyak enjin..coolant sejukkan radiator dan enjin je..


  • setakat gambar buruk ni pun nak saman2 ka? haha…
    kalau jual pun x laku pun.. haha…
    dah la masuk dalam paper yang bukan glamer….
    itu pun nak kecoh.. tak mati pun…
    kalau nak kaya cepat dengan saman, ikut la cakap fordcortina tu.. haha..


    • mmg le xmati bro.

      tp tu kn harta intelek.
      kena la respek.

      nk respek bukannya susah, letak kredit.

      kalu amik keje org lain, pstu xletak kredit, namaya xrespek.

      ininlah cara kita nurture rakyat psl adab & sopan.


    • Bro udemg,

      Gambar buruk ye? Awk boleh buat lagi cantik? Tolong tunjuk pada kami disini. Kalau bagus sangat, sepatutnya awk buat la satu blog, tunjuk artwork awk. Mana tau BMW atau VW nak beli ke artwork awk. Manalah tau, memang artwork/design awk maha cantik dan maha memikat.

      Hasil seni adalah sesuatu yg eksklusif bagi setiap orang yang menghasilkannya. Orang yang jahil tentang seni dan hakcipta, memang akan cakap sembrono. Seolah-olah alim segala macam hal..

      Saya cadangkan pada FD, adakah sebuah thread lakaran kereta idaman yg di-submit oleh forumer2 FD. Siapa paling buruk, kita bagi hadiah t-shirt FD..


  • letak coolant weston based kat reservoir. Jgn kat dlm radiator. Jgn lebih dr takuk max coz nanti xcukup angin nak circulate.

    Klu dah campur air(klu air paip,bkn air suling), dinasihatkan flush smula. Tp ikut memasinglah.

    Mmg sbenarnya, asal 100% coolant,bkn coolant yg jual kat stesen minyak.beli kat prtn. Tp coolant tuh sbenarnya dah dicampur dgn kelikatan yg tepat, so,seeloknya, jgn tambah aper2 dah.

    Lain enjin,lain requirements. Enjin campro,mmg asal lotus buat. Maka byk ikut conti punya method. Klu enjin jepun,lain plak coolant dia. Tp ada gak based enjin jepun pkai coolant sama.

    Klu terlalu kurang,cube check ada x leakage coz mmg akan berkurang, tp ckit ajek coz coolant yg campro pkai likat,susah ckit nk vapourised. Penjagaan coolant amat penting utk enjin conti. Merc kawan aku 2nd, dulu buh air, seminggu skali ari top up. Dia cnfius,watper cpt ngat air ilang.check xbocor. Bile aku ckp suh flush, buh coolant ikut merc punya spec, dh xyah top up.

    Ramai ckp enjin conti xtahan, tp bg aku,sbenarnya krn org kite xjaga@maintain dgn cara jepun. Klu lyn awek jepun, cara jepun, lyn awek mat saleh, cara mat salehlah :-).

    Udemg, palagiat,walupun sekecil mana, kenala bg credit, walupun huduh@xcantik dimata ko. Ko xtau hasil kerja org, ingat senang ke guna ai wat menda2 camtuh.walupun pkai photoshop ke, sketch tgnke n etc. Kena respek keje org.xkisahlah paper mana2 sekalipun.

    Cume aku hrp,hindari komen yg berbaur perkauman, walupun mmg ada yg xsuka@suka, tp kite klu bleh elakkan coz kitakan idup satu negara. Tp yg penting,kite sesama melayu hendaklah bersatu. Itu ajek.


    • masalahnya gambar tu datangkan duit tidak pada owner dia? sekat pintu rezeki dia tak?
      rasanya tidak… proton sendiri pun tak nak beli rasanya…
      owner gambar, sila lah jawab…


      • edemg2,

        nak kata x tahu hak kita sebagai seorg rakyat malaysia, komen dah mcm org pro, tapi nampaknyer jauh dari aper yg saya pikirkan. Kalau mcm tu saya khusnuzon je la. Bro selalu bagi jawapan bro time sekolah kat kawan2, selalu tolong kawan dalam peperiksaan la pasal sanggup bagi org hasil kerja ye. Emm, kalau mcm tu, bagus la.

        Tapi bro, kene ingat, ilmu cikgu ajar tu kite berterimakasih kepada guru besar ke, ataupun cikgu???


      • udemg says:
        March 11, 2012 at 9:53 am

        kalau selipar buruk kau kena curi, report polis juga ka? haha…

        —————–
        abis tu org kaye je la yg boleh report polis?
        org miskin ko nak cmpk ke mane?


    • Thanks bro mat, cuma saya risau kalau tukar coolant baru di bengkel luar, takut void warranty , PE tu bukan bukan milik saya, famliy punya, sebenarnya terperasan macam tak cukup air( impressi saya setelah biasa dengan engin Saga megavalve yang saya selalu guna air), saya pun letaklah air sikit(air paip), lepas tu saya perasan reservoir tu jadi biru, saya pun sedikit musykil, dah tengok manual tapi takde pula yang berkenaan coolant.


    • klu topik ade kna mengena dgn proton msti lu ade…topik lain lu diam je…hahahahahahahaaa…

      .allo bro…ni sekadar kiasan..katakan lu dh b’penat lelah ‘wat projek’ dgn org rmh lu & dpt ank.org plak kata ank lu comel le…x ikut muka bapak dia lgsung.tiba2 ade org lain plak m’aku ank lu yg comel tu ank dia.siap sebar kt fb lg.so,lu x mrh la kan sbb ank lu yg comel tu x ikut muka lu lgsung….


  • Tak faham apa yang dilaporkan tu.

    Apa sebenarnya kandungan berita itu dan apa dakwaannya tentang gambar itu? Kalau ada elemen mengakui gambar tu hak ciptaan mereka atau beri kredit kepada orang lain, baru le boleh fikir tindakan selanjutnya. Minta penjelasan dan penyelesaian baik dulu. Kalau boleh jangan le jadikan saman menyaman ni budaya kita.


  • Bro punya mulut ni lagi teruk dr orang rasis. Haha. Anak dh masuk empat ye? Mcm tak je perangai dan cara bertutur. Bagus lah, tunjuk perangai mcmni kat anak bila nk sound orang pakai semua perkataan yang kasar. Baik rasis, dari takde budi bahasa bila berkata-kata. Dgn bahasa melayu tunggang langgang. Haha. Sorry lah, pluralisme n liberal dah masuk otak hang. Lagi satu, lowyat, tu lagi banyak cabang dia. Hang pergi lah sound sana. Sini aman, biarlah dia nk kata apa pun. Admin ada, biar dia remove kalau dia rasa benda tu menggugat kredibiliti blog dia. Bro taq, anak dh 4, bahasa kasi cantik. Ke ada 4 anak kucing je? Haha


    • ikut hati aku malas nk layan komen hang bro ‘mail’..
      sbb org mai sini BUKAN NK BACA MASALAH NI…

      aku tegur bro ‘acap’ sbb komen dia sah-sah RACIS!!!
      alih-alih hang nk tegur aku plak???? aikkk???
      apa hal????

      tadi ni aku dah tulis reply panjang lebar, tapi bila pikir2 balik xda gunanya aku layan komen hang yang CETEK AKAL ni… so aku delete & tulis yg ni..
      aku tgk kwn2 rate aku ok jer berbanding hang..
      maknanya org terima komen aku.. itu pun dh ok..

      kalo benci anjing menyalak, kita tak lawan menyalak sama bro..
      kita manusia ada akai.. lepas ni kalo nk menyalak, menyalak la sorang2 baik aku layan berita yg bro campromania baru post…

      wassalam..


  • beli ajek kat prtn@kdai spare part,tp pastikan original. Xingat plak no dia, tp 1 liter 1 botol. Dm rm 20++ 1 botol. Top up ajek. Ader rasanya dlm manual, check bhagian blkg kat spesifikasi. Pastuh check yg dlm manual pasal enjin,sblm@selepas pasal minyak enjin, biasa ada kat situ dlm buku manual. Tp bukan buku servis. Byk ngat buku nih kekadang akupun tersilap amik masa bwk servis, penah terbwk buku manual ice masa servis coz nak cpt2, nmpak logo prtn,terus amik, g pusat servis, bukak beg,tgk alamak, buku manual radiola plak :-). Malu tahap ultraman aku.


  • bro campro ..saye nk off topic kejap boleh tak ??
    saye nak tanye .. knape proton tak nak try design yg rkyat malaysia buat ??
    sdangkan kite ni ade bnyak tenage mude yg kreatif ..
    *mngkin soalan ini sesuai untuk saye yang tak berape ade pngtahuan pasal bidang ni .. harap dpat tnjuk ajar ..


  • Uuishh… tetiba jadi racist pulak dah, ingat salah masuk blog tadi… Entah la, selama 27tahun idup kat Malaysia rasanya tak ada apa yg tak racist.. kita suka sangat cari perbezaan, lumrah manusia la kot.. kalau tak libatkan kaum, mesti semangat kenegerian, kalau dok dlm satu negeri dok banding daerah lain, dok satu daerah berkira pulak dgn org kampung sebelah.. pusing2 nk jugak cari beza org lain dgn kita..
    elok la removed part2 yg racist nih, buruk bebenor


  • Mmm… ini isu plagiat. so menjurus kepada masalah n penyelesaian jer. X perlu ar kaitkn dgn yg lain. Melayu, Cina, India… kita 1malaysia maa… rukun n damai dlm kelompok budaya harmoni.

    Bagi saya saman adalah proses yg perlu dilakukan setelah FD minta penjelasan penyiaran artworknya tanpa kebenaran dan ada permohonan maaf. Bukan susahkn kalau kita nak siarkan hasil kerjatangan org?… minta kebenaran la. Pastu beri sedikit kredit. Abis cerita. Win2 situation. Tapi tu lah, bila x buat begini means diorg tak respect. Bila x respect adalah caranya utk ajar bagaimana org lain perlu respect kerja tangan kita:)

    cheers!

Leave a Reply