ARKIB

KATEGORI

Buletin

Print screen sneek preview P3-21A dari Buletin Utama

Views

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Inilah hasil print screen sneek preview P3-21A dari Buletin Utama. Penat tu nak capture satu-satu. Layan!!!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

160 Comments


    • Perubahan-perubahan last minutes ni mungkin kerana mengambilkira maklumbalas daripada blog-blog dan komen daripada forumers. Tahniah kepada Proton dan DSZ kerana dengar suara-suara kecil. Semoga tiada pertikaian dan komen lagi dari pengkritik.

      Nama still Preve ke?


    • manalah tau kot ada deal belakang tabir yg kita tatau..
      maybe indonesia cakap, kalau nak jual proton kat indonesia, kena import tayar mereka.. haha. aku tgh guna tayar Forceum.. apek bengkel cakap tayar Indonesia jugak.. ok je stakat ni.


    • tayar standard apa brand pun bg saya xde rasa beza dia.. nk sedap pakai la tayar mahal2 tu… wira saya pakai thunderer (ye ke tidak ejaan dia nih) brand thailand, boleh laa… RM115 je sebijik, apa ada hal…


  • Proton tolong kemaskan wire kat bonet tu.. ikat elok2.. 😀

    Gambar no.2 mmg HOT~! Design door handle pun dah lain.. mmg hot la overall.. dari sisi gambar no.4 tu nampak conti seh~


    • ha…ha…sbb tuh ramai yg ckp tgk kat dpn mata lain,kat gambo lain :-). Kan dah nampak lampu dia bukanlah empat segi tepat n ada sharp edges mcm ada org ckp sblm nih. Dh nampak bulat. Cer tgk gambo last skali, itu gambo dr sisi, nampak lampu dia flow dr blakg sampai side.

      Dlm business times tuh, ramai xbaca betul2, dia tulis one of the sources, xmentioned plak prtn@official dr prtn. Sapa source dia, kitapun xtau.


    • aku rasa yg spyshot tu bukan finalized punyer …dia fine tune sket sane sini..cth:- aircond dial tu dlm spyshot kaler grey ala2 gen2…dalam preview model ni kaler itam which is a lot better!!…

      bahagian konsol gear sgt memuaskan..kemas..speedometer 3/4 circle tu pun nampak cantik..cuma aku xnmpk lock pintu kat mane??


  • aku pakai tayar biasa jer, tyr yg aku pakai:

    bridgestone turanza ar10 vs conti cc5
    lembut/selesa = ar10 lg bagus
    high speed sound (lg krg lg bagus) = ar10 lg bagus
    low speed sound (lg krg lg bagus) = cc5 lg bagus
    rintangan = cc5 lg kurg/rasa ringan

    apa2 pun waja aku dh rasa makin slow, dah 140km/h pun cam 90km/h, huhu


  • Hanya satu jer masih ditakuk lama bila saya tengok preview ni iaitu kualiti cat.. yang lain terutama kualiti interior dah puas hati dah..


    • Hope proton menggunakan cat kereta yg lebih berkualiti or buat gandaan lapisan cat. Aku sokong pendapat jie mengenai cat tu. Mungkin ini, model sementara saya harapkan. Yg betul punya harap terbaik. Insyaallah letak bookimng next.week


  • belum apa2 lagi dah komen pasal kuality cat.. haish…. org2 kita ni pandai dan pakar. baru2 ni kebanyakan blog dan forum kutuk proton pasal rumor penangguhan dan konon penangguhan tu ada kaitan dgn design… chehh… dah nak dilancarkan pun nak ubah lagi…haihh..org2 kita ni mmg senang terima cerita mengarut… padahal proton tak buat pengumuman penangguhan nih… semua ni leh jejaskan imej proton. adakah di sana adanya konspirasi nak burukkan proton untuk merudumkannya terus?selalu sgt khabar angin yg tak betul disebarkan sedangkan lidah rasmi proton tak kata apa2 pun.. haihhh..

    btw ni berita penafian proton tentang penangguhan tuh… blog sedara nazz yg turut sama menyebarkan penangguhan tu diharapkan dapat buat ralat.. sbb ramai dah pengomen kat situ kata macam2 disebabkan konon penangguhan yg berkaitan dgn masalaah sekkian dan sekian.

    http://www.hmetro.com.my/articles/P3-21AtetapdilancarMac/Article


    • Itu yang saya nampak.. kalau anda tak nampak itu bukan masalah saya.. pendapat peribadi saya yang saya tidak paksa sapa untuk telan termasuk anda.. anda berhak nak kata anda suka dan saya tak akan menyinggah..


      • Opp.. menyanggah

        Segala apa pendapat org tak perlulah tersentap dan melatah.. Kalau komen tentang cat pon perlu jadi pakar tak tahu nak ckp apa dah..


      • saya berpendapat anda patut dilantik proton sebagai penasihat dalam dept hal ehwal cat kerana anda ada kepakaran dan ketajaman dalam menganalisa kualiti cat.

        ini pendapat saya saja. tak perlu tersentap atau melatah. mekasihh


      • xperla..itu pendapat saudara jie…kita kene respek..aku pun mcm perasan cat yg kat belah bootlid tu agak nampak x rata..tapi klu tgk secara dekat2, semua kereta pon mcm tu..cuma depend on kaler aper…kaler gelap lebih jelas…kaler cerah kaver sket..

        komen2 peribadi yg ada asas xper..komen2 mcm akupunya yg trolling tu memang xleh terima la..


      • jie, x perlu nak sentap mcm tu la.. Kami bukan mengata. Tapi kami lebih kepada pelik. Setakat nh x pernah(TIDAK PERNAH) ada org komen pasal quality cat and etc. Inikan lagi kereta yg belum launch. Tu yg kami pelik tu. Tapi x per… anda sebagai pemecah rekod FD. Saya pun x pernah terfikir pasal tu. Kalau pasal colour mmg banyak la kitorg bincang..


      • Sebenarnya bro pro tak perlu pelik sbb ramai org ramai pedapat dia.. saya memang peratikan lama dah pasal ni banding brand lain. P321a ni pon jadi target saya klu saya nak bli keta baru. klu tengok history komen saya yang lepas lepas saya tak akan komen menghentam dan jatuhkan tanpa asas.

        Kekadang keiginan kita hendak lihat sesuatu yang lebih baik disalah tafsir. Klu bashers dah lama dah mereka akan anggap penyokong proton ini tak boleh langsung terima sesuatu komen dan ini adalah amat mengecewakan.


      • wajib org rasa pelik sbb baca balik komen bro jie

        “Hanya satu jer masih ditakuk lama bila saya tengok preview ni iaitu kualiti cat.. yang lain terutama kualiti interior dah puas hati dah..”

        Ayat di atas dengan jelas dan berbunyi kepastian… faham tak maksud saya? sbb bro jie dengan ayat dan nada kepastian terus menghukum kualiti cat hanya dengan gambar … lainlah kalau bro kata seperti ” kelihatan kualiti cat macam kurang ”

        ataupun bro jie komen tersebut selepas secara live melihat keter tu… tapi situasi sekarang.. bro baru lihat gambar yg setara itu dan lalu mengeluarkan ayat yg bernada kepastian dan sedikit kekesalan.

        tengok dulu secara live barulah beri konklusi, itu baru boleh diterima orang lain. sekian . dan lagi satu… saya rasa kita dah tahu secara tak langsung siapakah virus thumb down. terima kasih sekali lagi.


      • Kan saya cakap bila tengok preview ini.. bermaksud tahap yang saya nampak dgn preview sajalah. Kualitinya masih sama dgn dulu bila dilihat darimata saya.

        Tak perlu kata saya patut terima anugerah sbb terlalu hebat ke apa ke. Itu yang saya nampak itu yang saya bagi pandangan. Tak tahulah pulak kalau itu menyalahi hukum berforum di internet ni. Hehe..


    • Mungkin tu pendapat peribadi bro jie pasal cat.

      Mata dia nampak lain, mata kita nampak lain. Inilah uniknya kejadian Tuhan, Dia buat makhluknya berlainan walaupun dua orang kembar seiras.


      • Tula, bagi aku xde masalah pon, tu pendapat peribadi jie, bg die camtu, so fine la. Ada gak yg kata belakang chrome cun, ada gak yg kata color body cun. So pendapat masing2. Papehal pon kita tgk actual product dpn mata sendiri masing2. Lenkali jie, u kene tulis, “dari pengamatan mata saya, dari mata anda, of course lain”. Hehe.


  • lupe nak ckp,nilah color blue lagoon, lain dr gambo aritukan. Tp mlgnya, krom2 blakang dah diambil alih oleh body color. Tulah dulu kutuk2 prtn buh krom kat blakang :-).

    Tp yg paling best aku baca adalah komen kat sini, pasal kualiti cat. Pergh, mmg superbla bro, tgk dlm gambo, dh tau cat quality@x. Bak kata pepatah, tgk gambo pemain badminton, dah tau handal mana pemain tuh just tgk gambo ajek.

    Tp yela,itu pandangan diakan, tp mgkin tuan punya badan boleh bagi pencerahan pasal maksud kualiti cat kete dalam gambo tuh. Camne nak nilai kualiti cat berdasarkan tgk gambo n video?


    • Rasa nak berpantun pulak:

      Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya,
      Sekilas ‘Jie’ tgk cat kereta Proton, dah tau kualiti cat nya.

      Perghhh.. patut dapat anugerah Penganalisa Cat Kereta yand diiktiraf oleh SIRIM, JAKIM dan LKIM ni..mantap la, tak sangka ada rakyat Malaysia ada sixth sense sehebat ‘Jie’..

      Munking ‘Jie’ ni kerja specialist cat..boleh cadangkan kat mana kedai cat terbaik dan berkualiti tapi harga berpatutan..ingat nak cat balik tempat calar-calar ni..


      • bro jgn la perli dia lebih2..bg saya pun nampak cat nya ada sedikit kureng.. dulu sy pernah juga buat sendiri kerja2 spray (tapi moto aje lah)..bukan senang nak bagi cat betul2 nampak rata..kalau tgk dari jauh xnampak cacat pun..mungkin dah nampak depan mata nampak lagi sempurna


    • kualiti bahan asas cat ATAU kualiti teknik semburan cat pada badan kete???
      ada perbezaannya jikalau menggunakan salah satu daripda ayat tersebut….
      sbb kalu teknik semburan x elok kesannya ttp tidak rata dan kurang berkilat samada menggunakan cat biasa ataupun yg berkualiti…
      – pengalaman seseorang yg pernah bekerja dlm industri mengecat badan kenderaan secara kecil-kecilan…hehehe…


  • ‘Power Of 1’ adalah pameran automotif terbesar Proton yang akan berlangsung selama lima hari di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 hingga 18 Mac ini. Dalam pameran itu, orang ramai turut dapat menyaksikan model kereta global secara langsung dan membuat tempahan pada 14 Mac secara serentak di seluruh negara.

    – leh tengok terus model tu.. tak payah peek a boo tu kot .. sbb takkan proton nak harapkan org tempah kalo orang tak nampak jelas keter tu… keratan akhbar di atas dari sumber yg sama.


  • Lampu kat area bonet yang ada bulat hitam tu rasanya rear fog lamp la..kan untuk market luar negara sekali kan..tp klau kat M’sia jangan la gatal pasal lampu tu..mmg aku langgar jugak kang..haha..silau kot..owh lagi satu, dah nampak strut bar kat engine bay..nice Proton, good job 🙂


  • btw aku rasa gambar2 kat sini macam dah ter/dilebarkan.. jadi agak mengelirukan … diharapkan resize semua barulah kita dapat anggar dan bandingkan size kereta sebenar.


  • sori offtopic….suzuki kizashi dah launch ye?
    semalam terserempak sebijik kat kl kaler kelabu,..
    tgk depan mata agak lawa lg dari accord&camry


  • emm…drastic improvement…especially for the gear head…
    hope the meter optitron meter is nice….
    proton should do last minute improvement to make the car is acceptable for the customer…

    and proton should prevent improvement in next model like SE, FL for short period of time due to minor change of correction…bcz it can make the earlier buyers feel ‘cheated’….

    it looks gorgeous, but the rear design still like the final year student project..


    • akupunya ni ada dua orang kan? dulu ada akupunya versi imitation kalau tak silap..

      Pendapat saya pula, Proton tak payahlah buat versi SE, LE, dsb. Kalau nak keluar varian baru/versi facelift, cukuplah dengan meletakkan tahun di belakang. Contoh Citroen DS3 2011, Nissan Sunny 2012. P321a ni dah nama kereta global, jadi wataknya pun perlu global.

      Kalau ada varian performance/hybrid, bolehla begini sbg cth: Proton Preve R3 2013, Proton Exora EV 2013 Range Extended, Proton Satria Neo Rally Edition 2012.

      p/s: Kalau Citroen ada Citroen DS3 Racing S. Loeb Edition, Proton perlu ada Proton Satria Neo McRae Rally Spirit. Cadangan je..haha


  • pasal font kat push start button pun kena komplain jgk….
    susah sgt xpayah taruk sign…lantak ko la terkedek2 nk pus setat sendiri
    b*tchpleaseyaoming.jpg


  • pehh.. nie dah macam obses je hahahaha

    the only thing that make me keep comin back to this blog is this car P3-21A. Proton sendiri yang canangkan nie model global etc. so semestinya lah semua orang excited terutama tang kualitinya..nak nak rekod lepasnya yg tak cantik semua org pun dh maklum.

    sy sendiri pun terfikir jugak nak beli kereta nie. sebab tu tetiba muncul sekali sekala komen tak lain tak bukan sebab nakkan kereta yg bakal dibeli menepati kemahuan bukan sahaja pembeli/penguna, tapi tanda aras yg Proton sendiri letak, KERETA GLOBAL!!! tapi kalau komen2 kat Paultan dikatakan terlalu ke arah negatif, kat sini pulak dah terlalu defensive & +. last2 tak tau mana yang betul salah.

    bab color tak perlu nak duduk dekat, sentuh dan jadi pakar semua org boleh judge. kalau cat tu nampak kusam, permukaa badan kereta benjol2 @ warna tak sekata..mudah cakap, nampak tak berkualiti la tu.. yang tu pun korang nak bising ker??? gila sensitif, tak boleh tegur nie.. kan senang kalau org komen ala negatif korang jawab camni ker “en x, boleh terangkan tak bahagian mana yg sebabkan en cakap sedemikian, kot2 ada staff Proton tgk, mudah kita ajukan pd mereka yg berkaitan!!!”…tapi kalau masih lagi tak setuu jugak, daripada duk bising2 ejek, marah org..cakap jer la camni …”sy pula berpendapat, masalah yg saudara ajukan tu mungkin disebabkan silap fhm / blablabla..”

    bab lain, nak booking tu no hal. nak jugak tau maharnya brapa????? ada sape2 tau tak yg betul2 punya..


    • mentaliti orgmelayu tk nk mengaku kelemahan sendiri dan degil dan seterusnya kekalkan kelemahan itu kerana ego.
      otak org melayu tertutup. tak boleh org komen n bagi cadangan, terus melenting konon2 hebat.

      org komen sbb nk suruh improve, tp dia rasa diri dia bodoh, maka terus ego dan ego.

      nasib baik perangai ini hanya ada dlm diri pencacai, bukan dalam pengurusan proton. dan slogan proton ‘committed to be better’ sgt kena dan praktikal di dalam proton hari ini.

      dan harap2 drb hicom tak buat something stupid decision yg jatuhkan proton.

      the current ceo is still relevant, but he need support from other experienced person. may be drb hicom can assign few automotive tyccons and hardcores into proton in decisioj making.

      and, the capital injection from drb hicom is the key besides the planning to improve the products line and sales marketing.

      the rumours regarding on rebadging the vw polo is not really a good way. proton should use the same strategy with lotus under new hood of collaboration with vw. vw should only utilize the proton plant, but not rebadging. may be rebadging can bring profit to proton, but from a big picture, the public will see it as bullshit strategy.


  • Sebenarnya saya tertunggu2 nak lihat tempat duduk belakang dan bentuk seat hadapannya..takpelah.

    Apa yang saya suka:

    1) Lampu belakang jika di-on-kan. Gambar No.1
    2) Dashboard ada color piano-finished black bersambuang pula dgn magnesium door handle.
    3) Center console, gear lever, penutup sliding Gambar No. 2 adalah yang paling saya minat. Nampak macam bukan kereta Proton.

    Pendapat saya:

    1) Wiper dan Signal lever mungkin perlu ‘gemukkan’ sedikit dan boleh diletakkan lining dgn color matte grey seperti color paddle shifter. Supaya agak balance dgn steering yang kali ini nampak mantap dan upmarket.
    2) Saya tak berapa suka dgn button aircond jenis dial ni. Tapi harap ada lebih feel rubbery berbanding Persona yang sedikit loose dial aircond nya. Saya juga nak tahu, adakah part dial aircond yg berwarna kelabu tu diperbuat daripada bahan seperti metal?

    Pendapat lain:

    1) Exterior pada saya biasa2 je. cuma nanti nak lihat garis lekuk pada side profile P321a ni. Nampak agak tajam seperti Sonata.
    2) Gambar atas No. 2, P321a ni bawa wajah Savvy.

    Overall, saya reserve komen saya selepas saya test drive P321a ni.

    Kawan pejabat dah cerita2 nak angkat kereta ni. Dia tanya pendapat saya, ok ke tak. Saya jawab, kereta ni luaran tak berapa cantik, tapi test drive lah dulu. Dan dia bersetuju nak join test drive di Glenmarie. Bro Nazz, tunggu kami disana..haha


    • 1) Exterior pada saya biasa2 je. cuma nanti nak lihat garis lekuk pada side profile P321a ni. Nampak agak tajam seperti Sonata.

      yup, bg aku tajam mcm e90, klu aku imagine keta tu jd org, aku blh imagine part tu ialah sisi baju lengan panjang yg di iron sampai jd tajam, hehe


    • setuju ngan pndpt bro. plg setuju pasal aircond tu. part tu je bagi nampak kereta ni krg feel mewah. yg lain da cukup mewah dah

      wa ramai gila nak order. bila boleh dpt kereta ni. penantian betul la satu penyiksaan. oh proton utilize la proton tg malim tu agar ku dpt ini kereta cepat2. sudah tak sabar daku. please DSZ. dgr lah rayuan ku ini.


  • bkn org xleh trime sgt soal cat nih coz faktor gambar dr video, resolusi, faktor pencahayaan, so, xbleh nak nilai,mmg nampak xsekata. Itu xkira lagi sloping n curve campur shadow body n shadow org n shadow kamera n bermacam2 lg.

    Biasanya nak check cat tgk kat bilik cermin yg pencahayaan sekata. Bab brand cat, aku rasa xjadi masalah sgt coz brand yg biasa kete2 lain guna. Ianya plak di spray oleh robot yg sepatutnya xda masalah sgt. Tp of course nothing perfect.

    Paling senang nak check imperfection, g anto kedai polish yg ada bilik khas utk polish kete. Baru dpt tgk. Klu tgk tgh panas@bwh garage, xnampak sebenarnya. Bkn aper,coz akupun tgk gak kete2 lain, sama jek, tp bg aku faktor cahaya n of course, ada jugak ckit2. Lainlah klu cam forte member aku, body putih color lain, dpt bodykit dr naza kaler putih lain,nampak berbalam. Tp aku xslhkan kualiti,coz cat lain. Dh dptpun claim dr naza. Tp nak dpt, puas gak beta ngan kedai yg psg.

    Ataupun suluh ngan lampu suluh yg kat atas ada cermin.

    Bkn kata xterima kritikan, klu prtn ada masalah cat, dh lama kena hentam ngan mana2 yg review kete prtn dlm@luar negara, tp xda sorg pun sentuh bab2 nih. Pada aku mgkin sbb xda yg perfect kcuali kete2 highend yg kete masuk bilik cermin, di check satu2, dirasa kasar,kesat@smooth dgn tgn, mcm penah aku tgk kat aston martin di 734, rollsroyce n etc. Tp kete mass production,mmg ada check,tp xdalah seteliti camtuh. Diaorg check, 1 kete ajek kat 4-5 jam bab cat imperfection.

    tp xper,jgn ada terasa mcm dipersalahkan plak,Mmg hak masing2 nak ckp aper2. Tp apsal bile kete lain menda nih xtimbul walupun sama gak xsekata catnye? Mcm kes font start stop button. Sekadar pendapat peribadi ajek. Xda nak menyanggah@aper2. Klu nak renung,renung,xnakpun xper.


  • bkn org xleh trime sgt soal cat nih coz faktor gambar dr video, resolusi, faktor pencahayaan, so, xbleh nak nilai,mmg nampak xsekata. Itu xkira lagi sloping n curve campur shadow body n shadow org n shadow kamera n bermacam2 lg.

    Biasanya nak check cat tgk kat bilik cermin yg pencahayaan sekata. Bab brand cat, aku rasa xjadi masalah sgt coz brand yg biasa kete2 lain guna. Ianya plak di spray oleh robot yg sepatutnya xda masalah sgt. Tp of course nothing perfect.

    Paling senang nak check imperfection, g anto kedai polish yg ada bilik khas utk polish kete. Baru dpt tgk. Klu tgk tgh panas@bwh garage, xnampak sebenarnya. Bkn aper,coz akupun tgk gak kete2 lain, sama jek, tp bg aku faktor cahaya n of course, ada jugak ckit2. Lainlah klu cam forte member aku, body putih color lain, dpt bodykit dr naza kaler putih lain,nampak berbalam. Tp aku xslhkan kualiti,coz cat lain. Dh dptpun claim dr naza. Tp nak dpt, puas gak beta ngan kedai yg psg.

    Ataupun suluh ngan lampu suluh yg kat atas ada cermin.

    Bkn kata xterima kritikan, klu prtn ada masalah cat, dh lama kena hentam ngan mana2 yg review kete prtn dlm@luar negara, tp xda sorg pun sentuh bab2 nih. Pada aku mgkin sbb xda yg perfect kcuali kete2 highend yg kete masuk bilik cermin, di check satu2, dirasa kasar,kesat@smooth dgn tgn, mcm penah aku tgk kat aston martin di 734, rollsroyce n etc. Tp kete mass production,mmg ada check,tp xdalah seteliti camtuh. Diaorg check, 1 kete ajek kat 4-5 jam bab cat imperfection.

    tp xper,jgn ada terasa mcm dipersalahkan plak,Mmg hak masing2 nak ckp aper2. Tp apsal bile kete lain menda nih xtimbul walupun sama gak xsekata catnye? Mcm kes font start stop button. Sekadar pendapat peribadi ajek. Xda nak menyanggah@aper2. Klu nak renung,renung,xnakpun xper..


  • Hairan..macam mana la orang kita nie boleh buat penilaian mengenai kualiti cat dengan hanya melihat video yg beresolusi rendah tambah lagik video tersebut direkod dari kamera hp (sila lihat efek video yg bergoyang) bukan rip terus dari sumber video yang asal. Kualiti video tersebut jugak terlalu rendah sebab bukan 1080P. Aspek pencahayaan dalam video nie jugak penting dalam sbb kalau dilihat dari situ, pihak proton tidak mahu mendedahkan keseluruhan reka bentuk kereta nie. Kalau nak lebih clear tgk video beresolusi 4K baru la saya boleh percaya dgn penilaian mengenai kualiti cat tu. Pelik rasanya..Saya rasa tidak salah kalau nak buat penilaian tapi mestilah setelah kita melihat dgn mata kasar. Dengan video yang beresolusi rendah nie susah skit nak percaya.


    • Sebenarnya saya tak tengok melalui video rip ini pon.. sya tengok melalui buletin utama terus.. malah saya tunggu preview ini di tv3 semata2 hendak tengok model global proton ini.. dan kebetulan area boot lid tu diambil dari tepi maka terperasan saya.. tidak pula ku tahu kenyataan peribadi dari preview sahaja sudah menjadi topik hangat.. hehe

      Patutlah saya tengok ramai yg nak komen benda negatif walau sekelumit pon mintak maaf dahulu.. mungkin mereka takut dengan penyokong2 proton kat sini… takut dianggap lebih hebat dari jurutera proton kerana memandai komplen

      Saya sebagai salah seorang penyokong proton dari mula saga keluar dgn trademark logo bercahaya dan bunyi airkonnya akan tetap akan keluarkan pendapat pribadi saya walau kekadang di pandang serong..


      • tak dinafikan kemungkinan ada defect pada model yang ditontonkan, berharap sajalah agar model yang dikeluarkan nanti takkan ada masalah tersebut ye, tapi tak boleh nilai lagi, macam nak beli kereta terpakai, setakat tengok gambar yang diiklan belum meyakinkan seseorang.


  • klu tgk betul betul2 lampu blkg tu bkn flat cam keta biasa, paling aku ingat lampu blkg yg buat design camtu merc la,tp tu dah lama dulu…bahagian2 lampu tu biasa tp part yg lekuk2 kat lampu tu yg mahal tu, saja nak racun korg, hehe tp mmg betul pun..tak caya korg tgk la lampu benjol2 keta jepun takpun lampu petak2 tp flat kat keta lain


      • kan da byk tgk full view keta ini..lagi2 gambar2 di atas sudah terang lagi tersuluh…relek ler..hanya tgu seminggu dua je lagi…huhu


      • Tulah..stratergi proton x menjadi kali ni..
        Mcm janggal nak wat dua big event berasingan dlm masa x smp stgh bulan..
        Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak booking stadium duit hangus laa


  • kesian bro jie…Cat punya pasal kene bash kaw..kaw…aku selalu bgtau kat membe2 aku…internet, forum, FB tweeter bukan lesen besar or tempat nk bg pendapat main hembus jer…kita kene bertanggungjawab ngan apa yg kita post/sampaikan…jgn la marah org kritik pendapat anda sbb bg aku sendiri pendapat ko tu kurang bernas…slalu pendapat kurang bernas ni dtg dr basher2 yg ada PHD dlm automotif je yg bg (ramai gila kat umah sebelah)…tu sbb ramai bash bro blk…aku rasa kat sini ramai yg berakal…bila patut puji kita puji…bila rasa x betul kita ckp la x betul…as simple as that…anyway…most of paint for automotive industry in Malaysia were supplied by Sime Kansai…thank you


    • Sebenarnya takde apa pon kalu setakat gaduh-gaduh manja kat porem internet nie.. malah ada lagi teruk

      Benda nie bukan masalh buat saya, kat internet nie mcm alam fantasi jer.. orh bleh tukar mcm2 rupa sbb semuanya dilindungi oleh keyboard. Kalu kena bash teruk mcmana truk pon langsung tak mengganggu hidup kita sebenarnya. gaji ttp jln mcm biasa, harga barang ttp naik mcm tu jugak.. hehe


    • Org yg terlebih sensitif bila proton kena komen ni salesman Je. Belambak kat sini. Ilek bro, myvi maseh laku lagi. Aku minat keta ni sebab specwise tak de lwn dgn keta lain even kelas yg a notch up. Tp facia keta ni dah outdated Dan dashboard nampak sungguh 80-an. Y can’t they go that extra mile n design dashboard yg lebih Seljuk mata memandang? Anyway, Gud luck proton. U already made a horrific error in spending ur minuscule cash on hybrid n electric vehicle. Hopefully u fared better here. If not, tony Fernandez will takeover proton n spend whatever cash u have to sponsor qpr… Kuang3


  • relaks bro jie. Kat sini bkn aper, ramai yg cenderung kearah kritikan membina n logik.

    Bg aku plak secara peribadi, lebih suka klu menda2 yg dibanding@komen,dilihat dr pelbagai sudut. Disini lebih kepada perbincangan yg sihat walupun kekuatan,mahupun kelemahan.

    Bg aku,cam compare saga n vios, xadil. Cam compare enjin vios ngan enjin campro kat persona,xadil. Banding performance avanza n exora cps, banding prestasi enjin,xadil. Kerana aku amik kira sume faktor,termasuk faktor berat kete. Klu enjin avanza buh kat exora,lgla teruk prestasi dia. Tp nk slhkan prtn buh enjin 1.6 kat mpv seberat 1.4 tan, xleh jugak coz ada manufacturer lain cam pug, buh enjin prince na 1.6 kat 5008 berat lebih 1.6 tan,xda plak nak condemn. Sampai ckp engineer prtn bdh, klu engineer prtn bdh,xsekolah, engineer pug lglah bangang n buta huruf.

    Maaf ayat kasar,sekadar nk terang apa yg aku rasa secara peribadi jek.

    Jadi, jgn risau nak bg komen n kritikan. Dipersilakan. Biasalah, dlm diskusi,ada stuju n xstuju.


    • mungkin setengah orang terbuka setengah tidak…. tapi kalu sekadar kata… berdasarkan preview ini (dari tv) kualiti cat masih ditakuk lama…. perlukah saya jadi jurutera cat setakat nak cakap mcm tuh… seolah2 mata saya tak layak menilai… terlalu tertutup sampai tak boleh ditegur atau dicuit dgn perkataan seringkas itu…. perlukah saya mengangkat dan menerima saja dgn hati tertutup apa yg saya nampak dgn mata kasar saya dari tv padahal hati saya kata sebaliknya hanya sekadar menjaga hati sesama kita penyokong proton…..

      kalu tengok post2 yg dulu… saya selalu beri pandangan tentang kualiti binaan… terutama terlalu plastik interior dan sebagainya.. dan juga kualiti khidmat lepas jualan (yg ini yg saya paling tak tau nak cakap apa dah). kerana itu yang selalu kita dengar dari khalayak…. majoriti pembeli bukanlah hebat tentang teknologi kereta…. mereka2 ini beli dan nilai dari segi power window asyik kong… bunyii yet2 bila dah 2 taon pakai…. minyak telan banyak.. pergi SC bila problem pomen kata ini memang mcm tu… benda2 yg mungkin remeh tp boleh ubah persepsi keseluruhannya…

      Saya ada membeli proton savvy isteri pada hari ia dilancarkan… menjadi orang yg pertama dari orang yg tak sampai 10 org pon booking di dealer itu… kereta paling kontroversi.. kereta mungkin paling banyak dibash dalam sejarah proton walau belum dilancar sekalipon….

      saya ada dijemput hadiri majlis buka puasa dgn pengurusan proton di sebuah hotel dkt KL sentral pada tahun 2005… duduk semeja dgn mereka…. bertapa besar ucapan terima kasih dari mereka kerana memilih proton pada waktu penuh kontroversi ini bagi mereka… memilih savvy pada masa orang ramai membeli myvi adalah keputusan menentang arus yg pada pandangan masyarakat memilih model tiada masa depan……..

      Pada masa itu proton mula berubah…. mereka mula dengar suara pembeli.. segala teguran mereka terima… riak muka mereka ikhlas… tp bila masa berlalu… hajat pengurusan2 proton ini dah makin jauh lari dari matlamat asal…. hanya kerana proton dah mula menerima kembali keyakinan pembeli… pekerja2 mereka mula kembali kepada peel lama (bukan semua).

      i-care yg dahulu amat menbantu kini dah mcm i dont care…. apabila kita tanya banyak sikit boleh pulak dia kata ‘cuba duduk kat tempat saya tenngok…’… apa kejadahnya nak duduk dkt tempat dia… dah memang tugas dia melayan masalah pelangan….

      dahulu bila bermasalah 24 breakdown akan dtg jugak walau pada masa itu 31 ogos 2005 kerana jalan jem …terus… tiba dirumah saya pada pukul 11 malam dgn senyuman….
      kalau sekarang.. belum tengok kereta lagi dah kata tak boleh buat apa la cik… encik telefon insuran sajalah…. bila kata takkan tak tengok dulu… katanya kalu saya pergi pon bukan saya boleh buat apa…. lagipon saya duduk jauh… lambat saya nak sampai…

      kekadang tak tau nak cakap apa dah… kekadang tuh masa hantar service ke COE duduklah di kafe berfikir kenapa kita bersusah payah kerana mereka padahal mereka sendiri mcm tak ingin merubah diri mereka sendiri….

      alamak.. sentimental la pulak…. hehe


      • sokongan saya pada proton bukan sejak baru2 nie saja… malah sejak kecik lagi… bangga saya tengok cikgu saya bawak kereta proton biru metalik sambil logo bulan sabit menyala kebiruan sebelum masuk sekolah pukul 7.30, besar nanti saya nak pakai kereta proton katernya… pergi sembahyang terawih pon gi belek keta proton orang. hehe.. tp memang keta dulu nipis mcm tin milo mcm orang kata… tekan dgn jari pon dah tenggelam… nasib baik dia naik balik.. haha

        iklan kat tv pon megujakan saya..’proton saga kebanggan malaysia..’ pompuan nyanyi2… kuar proton saga merah.. lawanya… iklan2 kat paper saya kerat2 gam dkt buku latihan… duit sekolah simpan beli setem gambar proton….. iklan eon time raya nyayian jamal abdilah dan raja ema (tak silap saya) pon saya tunggu. tp habih koleksi iklan dan setem saya tuh kena banjir lak… pasrah jelah

        rasa mcm nak masuk gak proton makeover nie masa mula2 ada peraduan dulu… tp mcm tak best cerita mcm2 pasal diri kita… kang mcm poyo plak.. haha.. biarlah jadi kenangan

        semoga proton tahu… bukan semua orang benci dorang… kekadang orang tak tahan dgn sikap dorang jugak.. jangan ambik ringan pendapat orang.. ada yang menyokong dari mula proton tertubuh sehingga sekarang… tolonglah jangan kecewakan mereka lagi….


  • overall nice tp bab detail je spoil skit kot mcm booth pic 19. booth mcm waja… kena tutup kuat2 baru kemas. apsal x pakai mcm persona punya… hidraulik.


  • Proton, meter console speedometer dan speed meter design la cantik lagi. Tgok dari mata kasar mcm sangat basic. Even waja cps / persona baru lagi cantik. Hope upgrade cpt2 sblm kene komen lagi dan lagi …dan lagi … terima kasih


  • bro akupunya ni aku rasa bukan dari orang yang sama.ada orang yg berbeza.sebab kalau email sama,avatar mesti sama.ni tidak .lain2 warna n coraknya.


  • kesian mat jie..mungkin dia nak kata kualiti hasil semburan cat yang kurang baik , tapi dia guna kualiti cat dah jadi satu makna yang berbeza..tapi ape2 pun kene tgk yg real punya.hakim kalau nak jatuhkan hukuman pun kene pg lokasi kejadian utk dapatkan gambaran dan bukti,bukan semata-mata tgk gambar je..*bila tgk lama2 kalau ada crome kat belakang tu mcm cantik pulak,sbb nampak penuh ruang kosong pd lampu belakang tu..xpelah benda ni sgt subjektif..


      • i have to agree with u, honestly the pain quality i cant c here..because its on TV and also not HD..so i cant comment..but bab pasal quality..i have to say proton is so far behind. i hear comments new bold exora has improved interior quality…u went to have a look…hmmm..i still can c no flush fittings…exposed screws and also plastic bits still here n there….the same as my bros waja 2005.

        im myself using sat neo cps… just bought…nnot regretting the buy…because its stunning looking car n the drive is awesome…

        but after 3 months time when all kind of bunyi comes out…i wonder….
        im just waiting for 5 years…to settle this car n go n get myself a much more expensive (regardless tax) to satisfy my hard earned money…to get a proper much lesser problems car…

        my cousin bro bought a cruze…yeah maybe its not selling…price 100k….he trade his waja 2005…. cruze of the port is only 45k…add profit margin n stuff its around 60k…n with tax its close to 100k…

        my cousin said..waja was 55k..n the cruze without tax is 60k….n look at the HUGE DIFFERENCE in both cars… quality..interior…looks…

        even persona is 55k….n even the new proton will be 75 k i beleive for the top spec..but is that justifiable?

        the problem is ….proton since day should have targetted South east asia market…msian market too small to justify mass production of a car company….30 years on….any improvement?

        like my nick says…tunggguuuu…
        honestly i wish proton best of luck… we want it to succeed…but making us wait for soo long..makes your brand even more unworthy…

        last not least…it should be privatised… DRB is still a GLC…khazanah has shares in it..

        LOOK AT MODENAS….the motorcyle maker…they r doing well without goverment putting hands on it…

        and basically i hope mahathir uses this cars in daily basis…u c what people are telling…all this things were not made up..problems were not made up..

        toyota could sell higher price and still sell..because people are fed up with low quality and poor after sales service of proton..what are its strength cards? any?

        sorry for the long post…this new car..is do or die…. at least they have the proton logo on the steering now…n also please dont use rubber blocks to protect doors…thats sooo cheappp…

        u can have all kind of gadgets..but please assure basic reliability…and also FC…thats very important…1.90 of petrol is not cheap….

        cheerss….


      • bro tunguuu.. aku rasa ayat bro ni amat mengelirukan..

        “…last not least…it should be privatised… DRB is still a GLC…khazanah has shares in it..

        LOOK AT MODENAS….the motorcyle maker…they r doing well without goverment putting hands on it…”

        fyi MODENAS adalah anak syarikat milik DRB.. so apa yg bro cuba utarakan disini amat contradict.. plz do a bit of research first before posting something..

        peace..


  • komen2 kt PT langsung x membangun…sdey r tgk rakyat m’sia mcm nie….xsupportive lngsung….mmg proton pnye kete ade yg teruk..tp DSZ n his team had already make huge improvement pd proton stelah d’hncurkn oleh yg berkenaan…..give a chance for this baby p3-21a to prove it….

    just my sposen dua…..(^_^)


    • Org yg komen lebey-lebey kat PT masing-masing jual kreta bang. Diaorg nak lakukan kreta diaorg dgn menjatuhkan org lain. Tu masing-masing akal pendek, jaga perut diaorg aje. Tu tak pergi tengok CBT lagi. Sampai dah nyampah tengok YW tu. Setakat journalis nak mengajar ekonomi… baik x payah. Journo nak menunjuk hala tuju ekonomi rakyat. Diaorg tau cakap aje.

      Sebab tu Mat Engine berbulu dgn Mass Comm 😉


  • bro tunggu, cube check balik post sblm nih pasal cukai n rega kenderaan kat malaysia supaya sama2 kita lebih paham. Bro bandingkan rega waja dgn tax n rega cruze tanpa tax.

    Oklah,sbgai contoh, exora cps at m-line rega dlm rm32.5k+- tanpa tax. Banding plak ngan rega cruze rm60k tanpa tax. Mgkin xadil coz xmasuk traders profit. Mgkin bleh amik rega kat saudi waja dlm rm35k++,itu dh masuk traders profit m tax xsilap sana 5% ajek. Banding plak rega cruze rm60k tanpa tax n masuk traders profit. So,beza dlm rm25k. Byk tuh bro bezanyer.

    Sama2lah kita kongsi ilmu, rujuk smula post pasal tax dlm blog nih n dibg link yg sah, bukan dr blog2 mana2, straight dr kastam malaysia n maa. Supaya dpt memahami.

    Mmg prtnmasih jauh dr aspek kuality berbanding kete jenama luar. Exora ada pesaing dia yg tertentu. Bkn stream@wish. Klu xnak rujuk media malaysia, rujuk media thailand n indonesia n tgk sapa competitor exora n tgk aper diaorg(org luar,bkn org malaysia)komen pasal kualiti exora berbanding dgn pesaing dia n knp exora dipilih sbgai best mpv kat thailand 2010 n best top 10 cars kat thailand, n knp dianugerahkan mpv terbaik di indonesia xsilap tahun lepas.

    Yelakan, lebih baik buat rujukan luar klu yg local dikatakan bias n etc. Klu di uk,dia hanya komen psl penggunaan hard plastic,tp ayat dia dia ckp gak klu banding ngan rega, mmg pdn,cume diorg dh terbiasa dgn soft plastic,xmcm kite.

    Klu rega p321a, lebih murah dr vios gred g, murah dr city gred s, dgn equipment macm tuh,dgn ada soft plastic,dgn enjin turbo,dgn paddle shift n etc, n jgn lupe, tax sama jek cam vios n city(semak balik post pasal tax klu nak tau lebih lanjut), adakah wajar kite kata p321a lebih mahal dr vios n city, sedangkan p321a c segment, vios n city b segment?

    Mmg produk prtn dulu hampeh, tp kini kian meningkat. Mmg ada nampak expose skru n sbgainya,pkai hard plastic, tp walupun bkn direct competitor, wish n stream pkai gak hard plastic,xda yg softpun. Tp,apsal xda komen psl kualiti plastik?

    Hard plastik is hard plastik,ttp cheap,brittle. Yg mahal rubbered(mcm getah pemadam,tp bukanlah getah pemadam), atau pedded plastic samada ngan fabrik@kulit.

    Aku ulang,xdinafikan dulu2 prtn hampeh. Nak upgrade neo jd totally diff, costly bro,neo dilaunch 2006@2007. Market xberapa. Just upgrade aper2 yg bleh. Nak buat mold br utk kete yg jualan rendah, amat merugikan. So,just upgrade aper yg bleh cam leather seat, enjin, bodykit,pada rega yg xjauh sgt dr yg asal.

    Tp yg totaly baru exora,itupun 2009 launch. Blm amik dr savvy coz nk cover smula cost buat savvy termasuk nk reduce cost develop br. P321a,walupun base platform exora,tp platform yg diupgrade,bleh kata br gak, bakal launch.

    So,kita tggu n lihat samada kualiti dia,offering dia sama cam vios n city yg lebih mahal@offering dia lebih tp murah dr city n vios. Ingat, tax sama yek skrg,sjk 2009 lagik.

    So,mgkin bro tggu bleh renungkan.


    • abang mat…betul saya lupa pasal tax on the proton too.

      im sorry for my comments…but i guess im one of the disgruntled consumers…i bought a savvy..n also sat neo…when these cars has problems..then i dont think i come back to the brand…

      but yeah we will wait n c bro…one thing i like bro. fog lamp at the back! thats a very gud feature for our crazy rain. it looks promising..but belakang aje tak suka 😛

      and bro..of course they have to share platforms…R&D one car minumum 500 juta i beleive..or more..for this new proton sure much higher!


      • psl keta yg bro dh pnh beli tu.. teman tumpang simpati atas pengalaman yg kurang memberangsangkan.. mmg xdpt dinafikan thp kualiti dia agak mengecewakan.. model2 yg kuar masa zaman kegelapan proton bwh tampuk TM.. tp model2 yg kuar masa zmn DSSZ ni dh byk improvement.. sbb DSSZ dh bwk masuk quality culture berdasarkan pengalaman dia kt perodua dulu..


  • adakah proton baca luahan saya ini… tetiba saja saya dapat jemputan VIP ke event di bukit jalil …. terima kasih PROTON… tak sangka mereka masih ingat saya.. haha


  • setuju dgn mat..aku harap rakyat malaysia buke pikiran dgn seluasl luasnye..proton dulu xsame dgn proton skrg..improved..berikan proton peluang utk membuktikan kehebatan sebagai SATU SATUNYE pembuat kerete di rantau asia tenggare ni..ingat..PEMBUAT KERETA..bukan PEMASANG KERETE ye..proton boleh..malaysia maju..!

    just my 50 cent..


  • mgkn proton bole mula letak terus nilai dB (ukuran bunyi) kabin kereta proton mulai p3 atau kenderaan seterusnya utk buktikan yg bunyi kabin proton senyap dari bunyi luar seperti enjin dan persekitaran mahupun dalaman seperti bunyi dari dashboard, wayar di dalam pintu, dan bahagian2 dalaman lain serta tahan walaupun lebih daripada 5 tahun.

    aku percaya kualiti proton meningkat, cuma sebahagian kecil yg ada masalah, kena kaji kenapa kualiti bole jd tak sama…


    • aku pakai waja cps, masuk tahun ke 2 dah mcm2 keluar bunyi sama ada dari dalam dashboard atau dari bahagian luar. Then, pernah juga compare dgn waja cps kawan aku, dia punya kereta, kualiti pemasangan ada kedut2 kat dashboad. so, mmg betul mcm bro ckp, kena kaji knp kualiti boleh jadi tak sama.

      kalau kereta proton lain aku tak tau pulak ada keluar bunyi bukan2 ke tak.

      So, aku mmg harap proton dapat mempertingkatkan kualiti pemasangannya bagi model P3 ni, sbb ia kereta global pertama proton. Sayang juga kalau spec canggih, material bermutu, tapi kalau kualiti pemasangan terutamanya dashboard amat mendukacitakan.

      Kalau kualiti pemasangan bermutu, at least pengguna tak perlu meluangkan masa yg banyak di SC untuk mencari sesuatu punca masalah tersebut. Dan kadang-kala, tak semua SC mampu mencari bunyi2 “tikus” tersebut. umpama mencari bunyi di kawasan padang yg luas..hihi


      • aku pernah drive neo – satu keta dan tumpang neo – satu keta lain, dua2 takde bunyi dan naik satu waja hitam campro limosine KLIA – pun takde bunyi. tak perlu aku bg byk2 contoh kot, sbb tu aku kata kualiti berbeza

        pemasangan jetta pun ada yg dr german , ada yg di mexico, klu baca komen, mmg ada yg kata pemasangan di german sudah pasti lbh baik dr di mexico..kualiti material – satu hal, pemasangan – satu hal lain..


  • toyota dah letak nilai dB dalam iklan prius C, mgkn proton pun bole buat mcm tu, dari segi vibration lak, aku tak rasa ada masalah, cuma teringat iklan nissan altima tunjuk gelas yg berisi air tak berkocak dalam kereta tu bila enjin sedang hidup


  • tngok meter die, Proton P3-21A nih cuma masih boleh jalan smpai 240km/h.. kate enjin CFE.. buat la smpai 260km/h.. 🙂

    p/s: spec & feauturenye amat puas hati.. 🙂


  • mmg betul,kualiti pemasangan atau biasa disebut fit n finish masih lg lemah bg prtn. Ada yg ok,ada x, mcm aku masih bernasib baik waja aku ok,xda bunyi tikus n sbgainya.

    Antara yg aku tau aper yg dsz buat adalah buat pdi sbaik sahaja kete kuar kilang walupun ada yg xsuka coz melibatkan kos yg tinggi(bkn kite,tp dalaman),jgn slh phm yg kete xtesting sblm kuar coz dia test atas dyno,tp lebih baik klu buat pdi terus,klu masih ada prob wujud, bleh buat scnd pdi by sa. Memperkenalkan bcm coz sblm nih, antara masalah bunyi dikenalpasti adalah dtg dr wiring n harness yg x fit betul2@tercabut dr fitting. Dgn gunakan bcm, wiring n harness dpt dikurangkan coz sume intergrated.

    Begitu juga masalah sblm nih juga ada berpunca dr bump steer n etc. Xnafikan ada lg masalah coz human error kat assembling lines yg mereka cube kurangkan.

    Mcm dsz ckp sblm nih, bkn xleh buat, tp dia kena teliti n perbaiki satu2,ada gak dia sebut pasal seat punya anchorage juga antara punca bunyi.

    Exora byk improvement dr model lama n i.allah, p3 ini lg improve dr exora coz byk menda mereka blaja dr exora juga.

    Only times will tell coz kena tunggu kete nih atas jalan stahun dua, br dpt feedback dr owner, br tau camne. Cume hrpkan,walupun kete nih dianticipate akan boom,prtn jgn asyik nak kejo jualan ajek sampai produce beyond kapasiti. Bukan aper, yg bekerja di assembling line tuh ada manusia. Biasala, bile dh terlebih penat, lebih2 shift malam, mcm2lah berlaku. Itu x amik kira faktor yg keje tuh org malaysia, biasalah typical malaysian, termasuk aku gak.

    Cume harapkan mereka yg terlibat dlm pemasangan, lebih passion. Keje is keje coz nak dptkan rezeki, tp passionate itu penting coz membezakan pekerja biasa ngan pekerja cemerlang. Bila passionate, xkisah penat mana@letih mana sekalipun,everything must be perfect.

    Satu lg aku harap, kepada org malaysia, klu g showroom tuh, lyn sama rata jek, xkisah kete prtn@beemer skalipun. Ini mcm2 qc buat,hentam pintu, calar dash ngan duit syiling n etc. Siap baring atas lantai skodeng bwh. Tp klu aku g showromm kete lain, xda plak aku tgk ada yg wat test camtuh. buat mcm gentleman plak, tgk2, sampai nk pegang steeringpun cam tkt. Xda plak nak rasa dash keras ke lembut. Cr mana uneven gap.

    Klu aku, pukul rata, beemerpun aku test tutup pintu,ketuk dash, check gap dia, klu sa xda, siap kuar duit 20 sen nak check gap lg. Tp beemer mmg tip top bhagian tuh. Kete jepun, hanya camry,accord yg aku dpt check mmg bgs,tp yg lain, adala ckit2 flaw sana n sini. Tp bg aku,masih bleh trime coz yelar,kete low end.

    Klu prtn lama, lebih2 lg savvy coz akupun pkai savvy, mmg teruk, dr asal mould lagi. Tp kat blm,aku ada nampak perubahan coz aku check satu2 kete savvy aku n blm bapak aku. Tp masih ada kelemahan yg bleh diperbaiki.

    Mcm exora, bold n pre fl exora, mmg ada perbezaan fit n finish dia dimana bold lg baik. Maksudnye, mereka sentiasa improvekan dr mereka.

    So,lets wait n see. Lets the product do the talking. Dh standby duit 20 sen :-).


    • bro. apa pun i support your statement. kita mungkin ada pendapat berbeza..but satu yang saya amat setuju….kenapa la orang kita hentam kereta di showroom macam orang hutan! hahaha… i pun tak faham.

      tapi one thing i rasa..is the mentality…proton is a cheap product for them…so sometimes orang yang pergi sana..act like orang hutan…thats y mentality has to be changed!

      sebab, macamla in real life u hentam the car like that…adoi…
      but i have to say..body quality..the doors..new protons ada solidity to it…including my neo..or even your waja..ada keteguhan. or even exora…n the white paint on my neo…baru 6 bulan..still tip top…wash every week…even kawan pakai golf GTI putih kata…”eh, your paint is gud man, my gti already has watermarks in 3 months that cant be removed! ”

      its getting there……i mean they r getting there….


    • Aku mmg berharap agar model2 proton generasi baru takde masalah fit and finish ni. Mcm waja cps, yg mana model ini dah berusia lebih 10 tahun, tapi proton tak belajar dan mmg takkan ubah kualiti pemasangannya. Bayangkan frame plastik kat meter tu boleh lekat separuh je..yg lain terkopak kerana tidak digam dengan kuat.

      SC tak boleh buat apa2, dan kecacatan itu mmg org takkan nampak kalau tak tengok betul2 dan rasa dgn tgn kat tempat tu. Nasib baiklah bab mekanikal dan elektronik takde apa2 masalah..setakat kosmetik dan bunyi2 bolehlah terima.


      • betol ke statement bro…waja cps dh 10 thn?? agak2la nk buat statement pn…do ur research 1st..sy pn pakai Waja EV..tahun 2004..xtaula maybe antara org yg b’tuah..overall kualiti mmg baik wlupn dh nk msk 8 thn pakai keta 2..n the best part is org slalu tny..”cat baru ke ?” walhal dr 1st beli smpi skang x pnh cat lain xcept skirting je itupun psl sndr tmbh hehe…


      • sorry..maksud aku waja tu model yg berusia 10 tahun..start dari enjin mitsubishi, EV, campro sampailah last version CPS…so logiknya sepatutnya waja cps tu dah ditambah baik..tapi tidak..tu yg kecewa beb


      • klu Waja scr overall mmg aku setuju…Waja CPS yg opis aku pakai ni pn dh bny mcm2 wlupn slalu servis..hrpnya pihak proton akan titikberatkan lagi psl hal2 remeh mcm ni..wlupn remeh tp klu xde tindakan maybe perception buruk customer akan b’terusan..


  • aku try compare dengan pemasangan Kia fortre masih nampak perbezaan nya lagi.. especially gap antara body dengan lampu belakang, almost flush ngan body, rata je, cuma bleh rasa dengan jari , tengok dari jauh macam diorang letak sticker pada body. perkara kualiti macam ni perlu kita titik beratkan, bagaimana mereka boleh hasilkan kenderaan kualiti sedemikian dalam kuantiti yang banyak..

Leave a Reply