Ini adalah informasi yang paling dinantikan oleh kita semua. Foto fakta ringkas spesifikasi Proton Compact Car (PCC) telah dimuatnaik ke laman web keretamoto.com. Pelbagai ciri-ciri menarik dan canggih bakal dimuatkan dalam kereta kompak terbaru Proton ini.
Seperti mana yang kita ketahui, PCC akan dijana oleh enjin NFE yang merupakan varian terbaru daripada keluarga enjin CAMPRO. 2 versi enjin NFE bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter bakal menjadi nadi utama PCC. Untuk versi produksi enjin NFE bakal dikenali sebagai VVT kerana ia dilengkapi dengan teknologi tersebut, selain ciri lain seperti Smart Alternator dan Maniverter (Manifold & Catalytic Converter). Secara kasarnya boleh la dikatakan enjin NFE ini adalah versi CFE tanpa pengecas turbo.
Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE, sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik. Enjin NFE akan dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan (MT+) dari Getrag dan transmisi CVT2+ dari Punch Motive. Buat pertama kalinya, Proton memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) dalam produk keluarannya dan PCC adalah model tersebut.
Sistem pengendalian Proton atau lebih dikenali sebagai Proton Ride & Handling, masih menjadi taruhan utama. PCC bakal mempunyai sistem pengendalian yang lebih mantap dengan topang McPherson ditala dengan lebih jitu selain penggunaan Torsion Beam untuk gandar belakang untuk memastikan kereta kompak ini mempunyai ruang yang lebih luas. PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal, antaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.
Selain ciri-ciri tersebut, Proton masih mengekalkan penggunaan struktur badan RESS (Reinforced Safety Structure) yang menggunakan besi yang dibentuk dengan teknologi Hot Press Forming. Terbukti kekuatan struktur besi yang menggunakan teknologi tersebut dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk model Preve dan Suprima S yang lebih awal menggunakannya. Untuk menambahkan lagi ciri keselamatan PCC ia dilengkapi dengan tali pinggang keledar 3 titik, ISOFIX dan top theter. Tidak hairan kalau PCC juga bakal mencapai penarafan 5 bintang ASEAN NCAP kerana ujian telah dilakukan baru-baru ini di makmal MIROS.
PCC bakal menjadi model kedua dilengkapi dengan lampu LED siang (DRL) selepas Suprima S. Ia juga dilengkapi sistem kunci pintar, sensor undur dengan kamera dan tingkap kuasa anti-perangkap (untuk pemandu sahaja). Selain itu ciri-ciri elektronik pintar seperti peringatan servis, sistem navigasi mutimedia dan ABCM (Advanced Body Control Module) akan digunapakai pada model ini untuk mengurangkan penggunaan wayar dalam kereta yang secara tidak langsung menjadikan PCC lebih ringan.
Jadi kesimpulannya PCC yang bakal bersaing dalam segmen B dengan beberapa pencabar yang hebat seperti Perodua Myvi, Suzuki Swift, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Honda Jazz dan Peugeot 208 akan menjadi perhatian selepas ini. Dikhabarkan anggaran harganya adalah sekitar RM40,000 sehingga RM60,000 mampu menggugat ketuanan Perodua Myvi yang telah lama mendominasi jualan hatchback kompak segmen B di Malaysia. Bagi saya biarlah PCC mendapat sambutan hangat di pasaran luar kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Proton dari kepompong “Jaguh Kampung!”
* Dengar cerita dikalangan vendor memanggil model PCC dengan nama IRIZ. Teringat lirik lagu Iris nyanyian Awie “Cintaku jika kau lihat pada bintang….” hehehe…
Bersemangat tuan tanah tulis artikel, hahaha..
goreng sikit apa yang saya tahu je bro.. sebagai pencerahan awal.. 🙂
full spec 60k memang berbaloi.
kalau gcc ni nak makan lebih lagi market.
proton boleh luaskan lagi range harga. bukan 40K – 60K tapi 33K – 60K
pandai2 la bahagi2kan spec tu ikut harga.
contohnya :-
top range dengan load of features new engine 1.6 + CVT 53K – 59K
mid range 43K – 49K
SV range is GCC yg spec mcm saga sv. 1.3 iafm+ manual version 33K – 36K
kalau mcm ni dari range viva sampai range myvi pun gcc buleh tapau market..
kompom rmai yg bli sv pastu bli bodykit mcm top range
sy tak pandai sgt kira ni tapi buleh ke mcm ni..?
Juga jgn lupa pilihan model SE. Jgn tunggu setahun baru ada model SE.
6 airbag. tang tu je, axia dah kalah teruk.
Betul Betul Betul
Axia bukan lawan PCC. Lawan PCC adalah MyVi. Axia group A, PCC & MyVi group B.
6 airbag. tang tu je, MYVi dah kalah teruk.
hahaha
Semoga model xder byk masalah nanti…
PENDEKAR PROTON AKAN MENGUGAT PESAINGNYA.
i search google on Smart Alternator, look like Smart Alternator can’t use normal acid batteries, i need use silver calcium battery.
Menarik….
Ini baru lambang kehebatan teknologi buatan Malaysia…SYABAS tenaga kerja PROTON yang berjiwa merdeka..tiada bau jepun..ini asyik cantikkan bumper, tukar nama dan bubuh bin sendiri..dan ‘dipuja-puja’ seolah-olah tiada cacat cela…sedarlah kita sudah 57 tahun merdeka…
dan harap2 service center dan after sale service pon mantop macam keretanya. kalau tak ke laut jugak la peginya.
Bg aku x kisah tukar nama ke tukar bumper ke yg penting kualiti, klu buat kereta sendiri pun tp kualiti teruk, x smpi setahun dh bunyi2 nk buat ape. Kereta bukan aku dpt free. Aku beli guna duit hutang bertahun2. Harap kualiti Proton dapat menandingi kualiti Perodua.
Bekas pengguna Pesona.
SEPATUTNYA SEMUA KERETA DIMALAYSIA MESTI ADA SEKURANG2NYA 6 AIRBAG .HONDA BARU GENERASI KE9 EDISI PERTAMA PUN ADA 2 AIR BAG.ITU KERETA BOLEH KATA MEWAH JUGA.
Harap Proton dapat belajar dari kelemahan2 sebelum ini..sy yakin model GSC ni dapat menggugat Myvi…jauh ketinggalan dari specs yg ada pada Myvi..:D
Sejak zaman Sy Zainal, PROTON dah jauh berubah..cuma ada segelintir yg masih duduk dalam kepompong ‘bau jepun’ yg tidak berubah dgn ‘retorik’ proton byk kelemahan…seolah-olah bau jepun tiada cacat-cela & suci murni…tolonglah, merdekakan diri…
Ya..betul tu..sy tetap sokong Proton sebab sy yakin dengan kemampuan Proton..tak menyesal sy ada Preve CFE & Saga FLX SE 1.6..sy pilih kedua2 ni sebab specs dan features..bukan pada logo depannya..hihi
ada pembetulan skit. model proton pertama yg menggunakan EPS adalah Proton Juara, bukan PCC ini.
betol la.. byk gak features Juara nie yg org tak notis
thanks bro savvy88, sebab juara model yang kurang mendapat perhatian, tu yang terlepas pandang
Lepas ni, mesti ada yg cakap nak telescopic steering pulak…
Aaaa? Telescopic steering? saya lah tuuuu hahahaha
aq rse amik dri body myvi
serius? dah brape lama sedare follow PCC ni punya progress nih? 🙂
we hope this compact proton has something to prove,
kamal mana? mana kamal? ooooooo…..kamaaalllllll….. aku rindukan komen2 kelakar ko kt sni la….
“Teringat lirik lagu Iris nyanyian Awie “Cintaku jika kau lihat pada bintang….” hehehe…”
Ni confirm KRU guna lagu ni buat iklan nanti. Haha.
Harapan saya sebagai rakyat Malaysia, model ni tak Berjaya di Malaysia pun tak apa. Yang penting jualan keseluruhan di 1 dunia membawa keuntungan dan membawa masuk lebih banyak tukaran wang asing untuk Negara kita.
Lepas ni ada lagi la fenomena macam Savvy vs Myvi, Exora vs Alza dulu walaupun segmen tak sama Axia vs Iriz.
Menarik jugak lagu awie iris tu. Boleh diolah supaya lebih upbeat, atau buat betul2 feel/soft ada storyline, kasik female singer. Tapi yang penting jangan panggil Black nyanyi.
siapa yg bocorkan ni?
Bagus lah bro sbb Tech dah bocor, xder lg tka tki bla hnya tgok spyshoot body jer…
Nie lah beza kereta yg nak GRED GLOBAL dgan kete y hnya tukar ……….?
dah tak sabar2 nak beli pcc ke bro. duit ada ka?
Rilek la bro. Duit customer… Suka hati customer la nk beli mn satu… Duit tu dia pnya hal la…
Holy shit!!!!
hebat , thanks campromania, mana dapat bende nie ? kot2 tak sahih ker pe
TCS as per…Traction Control System??
Model lain mana yg pakai smart alternator? 3rd gen Ford Focus (yg skrg) ni pakai tak?
Buku tu mukasurat 72. Mukasurat 1-71 tunjuk juga la.
Tak cukup canggih menurut majoriti rakyat sebab tak guna timing chain. Haha.
yes..i like!
bkn pasal canggih..tapi lebih pada mentenen..kalo diberi pilihan sape nak lebur rm300-400 tiap 80k km utk tuko timing belt..rm300 tu utk rakyat marhain tinggi nilainya
80k bukanye setahun dah sampai 80k,sekurang2nye 4-5 ,tahun mgkin akan smpai 80k ikut jarak dan cara pemanduan dan juga cara pemanduan.kalau cara pemanduan ok blh extend 90k.so bulan2 boleh simpan paling sikit rm50.
Ye la tu, adik ipar aku pakai t vios, lepas 5 tahun timing chain berbunyi bising, terpaksa tukar, hangus 2-3 ribu, ape citer
Proton baru replacement interval utk timing belt adalah 120k KM. sama dgn 5 tahun. timing chain pun kne tkar sbnrnye dan lbh mahal. dan enjin yg pkai timing chain biasanya xdpt keluarkan output kuasa yg maksimum sbb rintangan drpd timing chain lbh besar drpd timing belt.
lah bukan vvt tu timing chain ker. proton pcc ni pakai vvt gitu
vvt dengan timing chain adalah 2 benda yang berbeza
oh silap plak, yerlah ia dua benda berbeza lah dah lupa lak aku bro campromania hehe thanks remind me ,sebab dah terbiasa tengok enjin yg ader vvt ni slalu pakai chain lah
Cfe ada vvt pakai timing belt.
Vvt/valve lift tu mekanisma kawalan masukan udara dlm kebuk pembakaran.
Chain/belt tu hubungkan vvt/valve lift ngn crankshaft.
Maklumat dari insider yang tak berani dedahkan diri, tapi rasanya banyak lagi maklumat akan bocor..
Cepat la launch! aku nak beli sangat dah ni…. perlukan kereta ni snggup bertahan sebab nak PCC/IRIZ. huhuhu harga please be nice skit eh rm39k-rm56k ker…
” meleleh air liur ” spec terbaik..
saya simpan dulu nak bli exora cfe sebab pkai saga blm skrg baru 3 tahun, tapi tak penah bg problem. sbijik bulb mapuh pun takde. dah jalan dekat 150K KM dalam masa 3 tahun..
Family dah mkin besar.. juz tunggu bila proton nak buat facelift exora cfe beserta dengan improvements2 yang dah dimasukkan dalam preve, super rimau, dan iriz nie…
kalau nak tunggu features, macam 6 airbags tu mungkin takkan masuk exora yang sekarang ni.. mungkin masuk dalam exora2 nanti je..
Exora R mmg dlaam proses. Cume aku harap Exora nh dipelbagai dalam versi 5 seater dan 7 Seater mcm Renault Espace and Grand Espace. 2 kereta yang sama cuma berbeza kegunaan.
Nissan dah buat. Livina dengan Grand Livina.
dlm proses… entah bila nak siap pun tak tahu la…. lagi 10 tahun kut… ka 20 tahun lagi?
setahun. Pasai Exora dah hampir utk EOL.
exora mmg takde ready utk 6 airbags,,
at least better cvt dengan paddle shift mcm kat superimau
lampu gaya lagi terkini, LED DRL,
infotainment dengan navigation mcm superimau ke
klu tak dapat ecu ems mcm iriz nie, takpe buleh boh racechip.. hehe
smart alternator ke. esp ke.. kekekeke…
ada exora2 ke?
Gen2 and Exora adalah PNP untik side airbag. Uk gen 2 ada 4 airbag. AUstralia pun sama 4 airbag termasuk exora.
Spec yg menarik dan byk penambahbaikan drpd Preve dan Suprima. Tp saya tak nampak auto light n wiper. Adakah di muka surat lain? Huhu
termasuk dalam ABCM advance mody control module tu
Auto light dan wiper tu termasuj sekali ngan ABCM kalau tak silap
ait, mana pergi komen banyak² yg sy baca pagi td?
ok, page lambat loading..sorry :-p
Keputusan ANCAP crash test internal Perodua yang dibuat di Terengganu.
http://2.bp.blogspot.com/-ze-0yHoJB2U/Uq5supF9rhI/AAAAAAAAHE0/g_M_euq_ppM/s1600/1506681_602937529755467_904573357_n.jpg
Bro azrai, biasanya la, kalau dua-dua belah crash beam kene replace, kereta surely total lost. Pasai replace benda tu mahal.
Tapi tak tahu berapa bintang ni crash test ni. Keluar dari kereta tu banyak juga bintang2 kat kepala kot. Ini dipanggil rancangan reality crash test.
bagi saya Viva get 0 star and the Alza boleh dapat 3.
Tapi saya nak sangat deorg crash test SAVVY dengan MYVI@VIVA Head on tak pun 40% offset.
aduuh…
nasib baik sama sama geng , sebab sama sama lembut dan sama sama ringan
Kereta Mampus Milik No.1 di Malaysia.
PCC
muka garang mcm jantan, punggung cute mcm perempuan = kereta bapok
Kereta Saiful Bahri..
Kalau ade versi 1.3 turbo mgkn akan lbh menarik lg
Proton juara model proton….tapi PCC ni 100% made n design by proton, jadik EPS ni 1st tech yg digunapakai oleh proton utk model PCC…..
gejet byk problem pun sure makin byk.
berdoa byk la sapa yg beli pcc nanti. semoga anda dihindari daripada mendapat ‘buah yg buruk’
Amiin.. insyaAllah.. semoga kita dihindari daripada mempunyai hati yang busuk juga..
Berbanggalah kau dengan ‘bumper cantik dan bau jepun’ tu Ali…Jepun tu lari meniaga bumperlah kau Ali…aminnn
Harap-harap proton tak lupa juga untuk upgrade ciri-ciri praktikal contoh mcm seat belakang yg boleh dilipat rapat, cup holder yang banyak dan lain-lain lagi. Dan yang paling penting sekali jgn lupa bubuh blower aircond kat bahagian kaki!
Dedah sana dedah sini teaser sana teaser sini .. the fact remains project delay; launch lar! Terlebih dedah tak launch2, nanti basi beb!!!
Mcm model2 yg lepas, proton is generous on specs.
With the same price bracket, brand lain, specs-nya tk sebegitu. Org marketing patut ambil kesempatan on this dan kaji jualan kereta.
Ni yang KIA dan HYUNDAI gunakan untuk naikkan sales mereka. Tapi di Malaysia, bagi pembeli mereka hanya melihat dalam price bracket yang sama, brand Jepun yang mana diorang boleh dapat, bukan based on spec sebenarnya.
Agree komen ko bro. Sedar x sedar, generous warranty scheme yg Kia & Hundai mulai mmbuahkn hasil..ada pembeli yg x nak mlalui hassle dan mau peace of mind akan mmilih value for money ownership..yg ni aku rasa Kia dan Hundai hampir bjaya..
harap gomen dpt kurangkan interest rates utk kereta national… dan harap juga resale value proton tak jatuh teruk seperti sebelum ini
KAHKAHKAH, x salah rasanya blajar dari gugle apa itu vvt dan apa itu timing chain..
tak sia sia aku menunggu… tak sabar rasanya….
resale value Proton sbb sabotaj cinabeng..
xphm2 buat2 bodoh yg ekonomi Msia ni bangsa kiasu yg control..
Kalu ramai org beli vios, then resale value vios tinggi?
Dh lama dh aku ckp benda ni 😉
Setuju bro Farghmee, sepatutnya camtu. Lagi banyak kereta dijual, maka banyak juga kereta 2nd hand. Bila banyak supply, patut harganya makin murah.
Saya kira ini persepsi marketing yang sengaja dimainkan oleh car dealer, 2nd hand car dealer dan pembeli kereta kurang prihatin dengan prinsip less demand-more supply..
Hihi lawak betul ada mamat kata…..kualiti P2 lebih baik dari P1. Aku pakai Myvi..tak sampai 3 bulan ada bunyi orkestra dalam dash board.. service centre pun buat tak acuh.. Aku punya Innova pun sama ..bila speed sampai 90 ade jer bunyi vibrating dalam enjin compartment..boring betul..tapi anehnya kete wira kau dah 13 tahun ..ok jer..cuma sekali tukar switch window.
join prevoc and you will know the quality problems. but luckily, we shared the same problem and experience. some problem can be solved. other still mystery.
Proton patut keluar GSC version GTI dengan engine Campro CFE,ini bagi GSC tambah lagi tarikan pasaran,macam Polo GTI, 208 GTI. bukan semua orang mahu/mampu kerata besar dengan CC yang besar
Aku tngh tunggu ‘launching of IRIS’
DNGR KHABAR, AKHIRBULAN NI, BETUL KE?
wow biar betik??
ohh ada kuar artikel berita harian http://www.bharian.com.my/node/540
Salam semua. Berikut cadangan saya kalau nak gempak iklan TVC GSC nie masa pelancaran. Spt di sini
http://www.youtube.com/watch?v=yHpbI8_ZCBs
Saya prefer iklan yg tunjuk apa kelebihan die.
Saya mmg minat dengan RENAULT punya iklan terutama yang Belerina tu.
http://www.youtube.com/watch?v=qNrRBuytUh8
http://www.youtube.com/watch?v=0Q1TmWdWTow
SEKALI LAGI AKU X SUKE IKLAN BODOH MENYANYI.. INI BUKAN MASENYER NAK MENYANYI2.
DAN SEKALI LAGI, IKLAN SUPRIMA S IS THE WORST>STUPID>BORING.
please belajar dari kesilapan.
Jujurnya aku sanggup tunggu Proton Iriz neh keluar. More value to money instead of Axia wlpn Axia lain segment.
Tengok iklan Saga BLM dlu..ada emotional attachment..
Nak tnya sket apa benda HBA tu ?Smart alternator tu apa??
PCC ni ada telescopic sterring x??sng sket nak adjust steering..
Dgn spek yng p1 bgi ni sudah ckup nak bgi axia ngn myvi run out of money
Thumbs up P1