ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua keluarkan “teaser” AXIA di laman Facebook!

Views

10562565_832866930065525_8087279166345968886_o

Nampaknya perang propaganda pemasaran telah pun bermula! Perodua telah mula mengeluarkan “teaser” pertama AXIA di laman Facebook rasminya, myperodua hari ini. Gambar belakang AXIA Advanced berwarna merah telah dijadikan foto muka hadapan laman sosial rasminya dengan tagline “The new Perodua standard. Global inspiration, local innovation” yang telah mula digunakan pada model konsep Buddyz di KLIMS13.

Saya rasa ini adalah permulaan kepada beberapa lagi “teaser” AXIA yang bakal dikeluarkan secara berperingkat. Pastinya dengan “teaser” tersebut ia menandakan pelancaran rasmi model ini bakal dibuat dalam masa terdekat. Mungkin 31hb Ogos ini sempena Hari Kemerdekaan ke-57 kan? Saya pun belum dapat maklumat rasmi lagi. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

49 Comments

Leave a Reply