ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANDU UJI : Walet Riang – Suzuki Swift Sport Manual

Views

IMG_8929

Artikel dan foto oleh Shamsul Yunos

Suzuki Swift kini sudah diterima sebagai ikon permotoran yang menjanjikan keriangan kepada sesiapa juga yang mahukan sebuah kereta yang tangkas, lincah dan ditawarkan pada harga yang berpatutan.  Ada yang mengatakan bahawa rekabentuk Swift generasi kedua kelihatan seperti satu facelift dari generasi pertama, pada pendapat kami inilah bukti bahawa ianya sudah menjadi ikon seperti Volkswagen Golf dan Porsche 911 yang berubah secara evolusi pabila model baru dihasilkan.

Bagi varian Sport, Suzuki Malaysia telah menghias model asas Swift dengan beberapa komponen kosmetik yang menghasilkan imej lebih dinamik dan bertenaga. Perubahan paling ketara ialah bumper baru dengan lampu kabus dan kemasan lubang udara berwarna hitam serta dagu bumper yang lebih agresif . Rekabentuk sisi pula diserikan dengan skirt yang merendahkan lantai kereta secara visual untuk melengkapkan imej dinamik yang dipaparkan oleh rim aloi 16 inci dan tayar berprofil rendah 195/50.

Kemasan ala venturi dan ekzos berkembar bergabung dengan spoiler bumbung untuk memberi pemandu yang mengekori Swift Sport satu keinginan untuk mengejarnya. Pemandu dan penumpang pula dihidangkan dengan kabin rona gelap yang disempurnakan  dengan kemasan gaya maskulin bertema logam dan jahitan benang merah.

IMG_9060

Papan pemuka diserikan dengan bezel berwarna aluminium dan tema ini diteruskan di lubang penyaman udara, kepala gear dan juga dipanel pintu, sesuai dengan imej sporty varian ini. Pedal minyak, brek dan klac pula dibuat dari aluminium dan dibiarkan tanpa bercat bagi meningkatkan imej ranggi.

Kerusi kemasan fabrik hitam diberi kepak yang agak agresif supaya boleh memeluk pemandu dan penumpang dengan erat pabila si pemandu kepingin untuk mendengar jeritan tayar di laluan berliku liku. Benang merah digunakan pada kemasan kulit dan juga kerusi sebagai kontrast untuk meningkatkan lagi visual stereng dan kerusi.

Hasil keseluruhan ialah ruang penumpang yang moden dan ranggi namun ianya bukanlah kabin yang amat lapang kerana Swift direka lebih untuk kepuasan memandu dan untuk keluarga kecil. Kesemua perubahan visual pada model Swift membentuk satu janji dari Suzuki bahawa model Sport mampu meningkatkan kadar kepuasan memandu. Mampukan enjin M16A yang berkapasiti 1.6 liter menepati janji manis ini?

IMG_9056

Dari segi spesifikasi, kuasa 136PS dan tork 160 Nm bukanlah statistik yang mampu membuat kita begitu teruja, namun kita perlu tahu bahawa Swift ialah satu model yang direkacipta sebagai kereta kompak yang ringan, berat keseluruhannya 1,070kg adalah antara rahsia kebolehan Swift Sport.

Enjin M16A ini telah direka supaya enak berputar pada kelajuan tinggi. Setiap kali jarum merah melepasi 6,000 rpm, nada suara enjin menjadi nyaring dan lunak dan muzika mekanika inilah yang menjadikan pemandu terasa ketagih untuk terus menekan pemacu hingga ke lantai.

Tambahan pula kotak gear enam kelajuan Suzuki ini bertukar gear dengan begitu cepat dan tepat, menjadikan pemandu suka untuk mengolah simfoni bunyi dan kelajuan hampir setiap masa selekoh dan ruang lapang dijumpai. Pasangan enjin dan kotak gear yang begitu serasi dijadikan lebih mantap  dengan dengan stereng yang petah berkomunikasi dan tangkas bertindak. Setiap input pemandu menghasilkan tindakbalas yang mudah di rasai dan dikawal.

Sistem suspensi MacPherson di depan dan torsion beam di belakang merupakan kombinasi yang terbukti mampu menghasilkan kereta yang tangkas, responsif dan mudah dikawal. Casis Swift Sport ditala supaya lebih neutral dari casis model asas dan ini menyebabkan understeer untuk muncul pada kelajuan yang lebih tinggi dan membolehkan pemandu menikmati keupayaan Swift Sport dengan lebih kepuasan. Sekiranya pemandu menjejak selekoh pada kelajuan berlebihan, keadaan understeer boleh dinyahkan dengan mengurangkan pendikit, membolehkan bontot kereta untuk berganjak keluar dan muncung pula terus menurut laluan yang diinginkan.

IMG_9017

Pendek kata, attitud ataupun arahtuju kereta boleh dikawal dan diimbangkan secara halus dengan kombinasi pendikit dan stereng dan setiap tindakbalas pemandu dapat dirasai melalui stereng dan ini meningkatkan keyakinan untuk terus memburu keseronokkan. Kalau anda berasa berani, padamkanlah sistem ESP dan serang selekoh kegemaran anda dengan agresif dan rasakan betapa pantas Swift Sport boleh bertukar halatuju dengan membawanya ke sempadan kawalan casis. Geli geli tapi best.

Brek cakera depan dan belakang membolehkan pemandu berhenti dengan yakin, tambah pula sistem ini memberikan rasa linear yang mudah untuk dimanipulasi. Ini membolehkan kita membrek lebih lambat dengan lebih kawalan tanpa memaksa sistem ABS untuk menerjahkan kodnya dan mengurangkan kepuasan memandu.

Semasa Suzuki Swift Sport manual berada ditangan Funtastiko kami berasa seperti anak kecil yang diberikan permainan baru, setiap selekoh menjadi penyeri perjalanan dan setiap peluang menukar gear menghasilkan irama kegemaran. Harga RM97,000 untuk Suzuki Swift Sport mungkin dirasakan agak tinggi bila dibandingkan dengan model 1.4-liter manual yang berharga RM65,000 tetapi sebenarnya perbezaan dari segi enjin dan dan kepuasan memandu cukup untuk menjadi justifikasi perbezaan harga tersebut.

Kami memberikan Suzuki Swift Sport markah 7.5/10

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

31 Comments


  • torque / curbweight
    torque / gross weight

    quite similar to suprima s.

    160/1070 swift sport= 0.149
    205/1395 suprima s= 0.146

    160/ 1070+330 = 0.114
    205/ 1395+330 =0. 118


  • Nampaknya awak seorang ja la yang komen kat sini. Siap buat comparison ngan Suprima S. Yang lain sunyi sepi. Itulah proto supporter. Mana mau tengok dan kaji teknologi dari kompeni lain. Apa yang dibuat oleh proton itulah yang terbaik. Yang tak dibuat oleh proton semua teknologi belum matang hinggalah proton start buat barulah time tuh teknologi dah matang.


    • Bro, whats ur problem really?

      Org xkomen mgkn sbb xminat.
      Mesti ke komen utk sume benda?
      Lg baik senyap kalu xde point, kn?

      1 more thing, nape suka label org itu ini?

      Bagus ke kalu jd non-proton supporter?
      Xbagus ke kalu jd proton supporter?


  • kadang2 buat den tersenyum ngan komen mr ddr ram.

    aritu dia komen dlm post ferari,bnding dgn jualan ferari dgn savvy. tujuan utk sindiran,tetapi xda yg bls,sbb xmatang sgt komennya.

    mr ddr,xkomen,xbermaksud xamik tau atau xstuju. dah memang ramai yg stuju dgn komen ni pasal swift,nk komen apa lg. kang komen suprima bgs dr swift,kang mula ckp penyokong buta n sbgainya.

    dah lama den nengok provokasi mr ddr dlm stiap post.

    aritu tetiba bls post den pasal clutch racing,pdhal xda sebut pun psl clutch racing.

    ni komen nk bg puas ati mr ddr. suzuki swift mmg jentera dikagumi. mahupun satria neo masih tidak mampu menandinginya. hanya r3 satria neo tulin yg mampu menandingi n melebihi kete standard swift sport dgn margin yg ckit. tp ini bkn satu kelemahan,tp pujian bg suzuki swift krn r3 neo tulin adalah kete yg bkn standard n ditala oleh sport arm syarikat prtn. maka jika dibnding dgn rega, suzuki sport mampu memberi kseronokan tnpa perlu bblanja lebih utk dptkan kete kompak yg menyeronokkan. yg bleh mngalahkannya adalah fiesta ecoboost.

    xslh den,suzuki ni toyota ada share. tp klu betul,knp kete kompak lain yg dihasilkn bwh toyota seperti daihatsu,mahupun toyota sndiri,xda ciri2 kseronokan seperti swift. adakah teknologi toyota n daihatsu masih blum matang hinggakan xdpt nk hasilkan kereta yg rega xmahal,tp kseronokan sama mcm swift?

    cer cite,teknologi apa yg dah matang n yg belum matang?

    adakah variable valve timing dh matang?blum lg, ia masih lg belum sempurna n masih lg berkembang. hybrid dah matang?xjuga,hybrid adalah serpihan ev. klu matang,n mudah,mazda pun pinjam toyota punya hybrid,bmw amik masa yg lama utk pkenal hybrid,tp xmeluas lg,vw,pun masih unik.

    abcm,memang perkara biasa,tp tidak dioffer kepada kete budget.

    den nk dgr gak teknologi apa yg matang n xmatang ni. skyactive buktikan ice masih lg bleh di sempurnakan.

    jgn slh phm yg minat proton ni,hanya tau psl prtn jek. ramai yg minat proton,lg tau pasal tech kete lain,sbb tu mereka start minat proton,kagum dgn kebolehan anak tempatan.

    xgitu mr ddr 5,nanti kita bleh guna cnsole ps 4 n xbox one,main gt.


    • DDR = double data rate = ram. This is the best you can come up M.A.T (Mission Againts Terrorist)

      Boleh saja kalau nak main ps4 dan xbox tapi kalau ada kereta proton dalam tuh la. Bila agaknya la. Tak gitu MrNNGTM (Mr No Need Go To Masjid)


      • MrNNGTM?
        haha… bila dah terkedu… mula la cari serangan peribadi… adoi… aku ada kawan yg perangai mcm ko ni… orang nye baik… cuma selalu dan terlalu rasa yang die je yang betul… aku just senyum je la.. MrDDR… kdg2 susah nak menilai peribadi manusia ni… tapi… hmm senyum je la…
        🙂


        • Terkedu serangan peribadi. Mula dulu tanya DDR tuh ram ker. Pastuh terus panggil ddr5. Lepastuh ddr ram. Tapi itu bukan serangan peribadi. Tapi pengampu mana nampak semua tuh. Oh bila kita cuit sikit dah kata serangan peribadi…haaa nice one. Ur fren la ni MrNNGTM.


      • xde proton dlm gt6 pn aku main jek.
        kalu ada proton lagi la bes.

        banyak gak aku blaja drp game tu.

        oh inb4 main game xfaedah,
        jawapan aku, ada aku kesah? 😛


  • kekadang den tersenyum. bila masa lak den ckp xperlu ke masjid. cer baca betul2 apa yg den tulis.

    mr ddr, den tau apa tuh ddr. skurang2nye,den ada sijil A+ yg ciput dr microsoft.

    den xmain ps4 atau xbox one sbb bz ngan krjaya n sbgai seorg bapa,tp den x ketinggalan mengikuti pkembangan semasa.

    den cume nk bgtau,jgn ingat peminat proton hanya tau pasal prtn ajek,n prtn segala2nya. mcm den ckp,xkomen xbermakna xtau.

    sekurang2nya,den penah bjumpe n bborak dgn org2 auto dimalaysia trmasuk org2 prtn,trmasuk org beso,org rnd,geng2 r3, otai hezeri, sifu samsul yunos,n org2 underground drag n racing.

    den xdalah tue,tp xdalah muda ngat. ramai lg yg dlm ni,lg jauh berilmu n tahu dr den,tp xdalah den nk prlekeh diaorg.

    den mnjawab komen mr ddr sbb kematangan mr ddr terlalu tinggi dlm menilai org. kira mcm mata sharinggan. dont judge the book by its coverla bro.

    disini bkn utk mghentam org,tetapi brkgsi ilmu yg sedkit Allah kurniakan.

    sbb tuh,bila den kiaskan pasal perspektif org,tidak dpt difahami dgn jelas,terus cop mr nngtm :-).

    pdhal kiasan utk org yg selalu brburuk sgka sesama islam. kengkadang,den pk,sistem pndidikan trutama bhasa melayu perlu dirombak. ramai xphm isi penting dgn isi sokongan. klu omputeh kata main idea n supporting details. mana topic sentence,mana details,mana example,mana clincher.

    analogi prkara biasa digunakan. xheran masa kat pt post pasal penafian prtn,ramai hentam,sbb baca tajuk,n baca xpaham. sbb xtau mana isi utama,n kurang kemahiran mena’kul apa yg disampaikan.

    pasal masjid tuh, cer bgtau kat mana n ayat mana den ckp xperlu ke masjid?


    • Ya mungkin ko ada belajar pasal DDR tuh ram kat sekolah dulu. Tapi nick MrDDR nih ram ker? adakah semua yang ada DDR tuh ram. Mana tahu singkatan nama orang. Apakah hak anda untuk menggelar orang. Tapi bila kita gelar sedikit melompat la plak. Serangan peribadi. Nice one.


      • Maaf la MrDDR… aku pun mula igt MrDDR pakai nama ni ada kaitan dgn RAM… as a computer user mmg akan terus spot ke RAM lah… kalau saudara terasa kami mempersendakan nama saudara…maafkan kami ye…
        kami bukan yg jenis suka provokasi… maaf terkadang kami khilaf juga


        • Mmm… relaks MrDDR, kita kat sini patutnya berkongsi ilmu, idea, cerita n memberi kritikan membina. Gelaran perihal RAM computer tu ok ape. Apsal nk terasa sgt? Lain la kalau RAM ko rendah, then itu satu penghinaan diri sendiri terhadap diri ar:P Meh ar kita sama2 upgrade RAM kita masing2. Ala.. give n take ar.. xde sapa sempurna.

          Pray for MH370.

          Cheers!


  • Ada jer pujian dan kritikan kat sini tak kisah dari supporter atau tak. Generalisation secara melulu samada untuk orang atau perbuatan menunjukkan pemikiran yang kurang matang, huhu


  • salam mr ddr,maaflah kalu mr ddr den guna ddr ram. td den adress mr ddr guna mr, atau encik, itu tanda hormat dlm bbicara. n sblm ini,den ado penah btanya,dlm post lama,ddr ni ada kaitan dgn ram ke,tp xdijawab.

    n den xkenal ddr ram masa skolah,skolah dulu pkai pc 386/486 guna dos jek. bkn mcm generasi skang,dah jauh maju. den xtau plak ddr ram itu satu kutukan plak,maafla yek. yg den tau ddr ram adalah teknologi termoden dlm tech skang. shud be compliment. ps4 n xbox 1 juga latest tech n menggunakn ddr ram sbgai slh satu kekuatan console mereka. n A+ tuh microsoft certified technician. kat skolah xda blaja menda ni :-).

    den lg skali nk minx maaf kalu mr ddr trase krn pggil mr ddr ram,n ianya dianggap penghinaan. maaf krn ksalahan berikut.


  • “Harga RM97,000 untuk Suzuki Swift Sport mungkin dirasakan agak tinggi bila dibandingkan dengan model 1.4-liter manual yang berharga RM65,000 “


  • Wahhh rasa ini la komen terpanjang pasal bukan kereta proton dalam blog nih.. Peace no war bro.

    Pssss Jangan pi berak lama lama sangat lam toilet tuhhh.. Nanti Datuk Lokman cari.

Leave a Reply