ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton nafi mohon bantuan dana!

Views

proton-logo

Jika sebelum ini laman web The Star melaporkan Proton memohon bantuan dana sejumlah RM3 bilion daripada kerajaan dan PETRONAS, semalam laman web utusan.com.my telah menafikan laporan tersebut. Menurut Ketua Komunikasi Proton, Balkish Hood berkata Proton tidak pernah memohon sebarang dana daripada kedua-dua entiti tersebut.

Sebelum pengambilalihan oleh DRB-Hicom, Proton ada memohon geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Skim Pra-Pakej Insentif yang diwujudkan oleh kerajaan menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA.

Setelah pengambil alihan, Proton mengkaji semula permohonan tersebut daripada segi jumlah dan mengesahkan aktiviti R&D yang disiapkan. Sehingga kini Proton telah mendaftarkan sebanyak 1,756 tanda dagang, paten dan reka bentuk Hak Harta Intelek (IPRs).

* tak tau nak komen apa, tunggu dan lihat je lah ye, hehehe… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

14 Comments


  • National carmaker Proton has submitted a request for funding, Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed confirmed, adding that “it is still a work in progress.” – Paultan report… yang mana betul ini?


  • we as a lay man just speculate the statement.
    the truth is beyond our knowledge.

    is it tun
    is it proton
    is it drb
    is it nation

    what is it? actually. no one can answer this.

    from my perspective ,, the situation is now in limbo.


  • tok pa sahkan prtn minx insentif,mcm company lain jugak bwh nap punya insentif.

    prtn nafikan dia minx dana 3.8b yg bkn bwh nap insentif,yg special,dgn fix amount 3.8b.

    kat tok pa ckp not unsual funding,under nap incentive. ada 3. kan dh kuar nap.

    prtn xnafipun yg dia apply insentif bwh nap. yg dia nafi,funding 3.8b yg dtg dr g n petronas yg xda kena mengena ngan nap lgsung.

    sejak bila petronas bg insentif utk nap?

    cer baca betul2,awal hingga akhir,nanti paham. baca yg paultanpun xpe.


  • Orang ramai expect bila DRB dah beli, Proton takkan bergantung lagi kepada kerajaan. Boleh hidup sendiri dan oleh kerana DRB ada kerjasama dengan syarikat automotif besar luar negara, kita rakyat jangkakan DRB boleh guna pengaruh mereka untuk syarikat automotif ini bekerjasama dengan Proton untuk membangunkan produk baru Proton.

    Tapi setakat ini pergerakan sangat lembab walaupun dah 2 tahun beli. Pada pendapat aku DRB tu terlalu besar dan terlalu ‘pelbagai’ untuk memberi tumpuan kepada Proton. Modal mereka terpaksa dibahagi ke dalam banyak sektor dan ini terpaksa dikongsi bersama oleh Proton.


  • 1. DRB-Hicom membeli Proton dari Khazanah di bawah arahan. Tak usahla buang masa teka arahan siapa.

    2. DRB-Hicom melakukan due diligence hanya selepas beli Proton. Baru la terkejut beruk tengok keadaan financial Proton yang tak berapa sihat (fanboy DSZ jgn la eksyen sangat, Proton sewaktu dibeli pun sudah mencatat kerugian)

    3. DRB-Hicom amat serius untuk off load Lotus, sebab dah berbelas tahun rugi. Tapi memandangkan Proton sewaktu dibawah Khazanah untuk pertama kali ambik loan sampai 1.3billion untuk Lotus, membuatkan Lotus tidak attractive untuk dijual ketika itu.

    4. DRB-Hicom pula dianggotai pemuda-pemudi yang tak kurang tahap kesombongannya. Baru pandai pasang VW, Audi, Honda, Suzuki dan seumpamanya masuk Proton dengan angkuh ingat boleh buat kereta dari kertas kosong. Sekarang baru tahu padahnya.

    5. DRB-Hicom, walaupun angkuh, amat licik. Banyak bisnes Proton dari logistik sampai la supply part Proton habis dihangkut masuk kedalam group DRB-Hicom – walaupun harga kadang-kadang tak competitive pun. Ada logiknya, tapi sendiri paham-paham la.. sekarang DRB-Hicom ada tanah berhektar-hektar di Shah Alam dan Tanjung Malim. Sekali buat mixed development lagi manyak untung maa… itu budak2 Proton semua Melayu bodoh senang kasi mau tendang ma keleja kilang lain…


  • Kalau gomen nak bagi duit insentif kpd Proton pun tak apa. Negara-negara barat pun support pembuat kereta mereka dgn beri duit insentif spt yg renault dpt dari kerajaan Perancis apabila mereka mengalami masalah satu ketika dulu. Lagi pun Proton adalah satu satu nya pembuat kereta tulin di Malaysia yg menggunakan auto parts kebanyakkannya oleh pembuat SMI tempatan.

Leave a Reply