ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasukan Proton R3 mendominasi pusingan pertama Malaysian Super Series (MSS)

Views

Pasangan pelumba muda PROTON R3 Racing Team, Syafiq Ali dan James Veerappan berjaya memenangi pusingan pertama Malaysian Super Series (MSS) yang telah berlangsung di Litar Antararabangsa Sepang baru-baru ini sempena perlumbaan Petronas Malaysian Formula One Grand Prix.

Mereka yang memandu Satria Neo dalam kategori kereta produksi sehingga 1600cc telah berjaya memukau hampir 100,000 penonton dengan mendominasi perlumbaan tersebut.

Syafiq memenangi perlumbaan pembuka tirai 9 pusingan pada hari Sabtu dengan berada dihadapan Sutan Mustaffa dan Ahmad Faizry. Beliau juga menamatkan perlumbaan pada kedudukan keempat keseluruhan.

Veerappan pula, memenangi perlumbaan 9 pusingan pada hari Ahad, walaupun bermula di petak keempat semasa permulaan. Beliau berjaya mengatasi pemenang tempat kedua Abu Bakar Fitri dengan kelebihan 36 saat dan Kok Pak Chiang dua saat dibelakang untuk tempat ketiga.

Tahniah diucapkan kepada mereka!!!

KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply