ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peluang untuk menangi Isuzu D-Max baharu di Perfect Livin ‘16

Views

Kunjungi pameran Perfect Livin Perfect Livin, pameran gaya hidup dan peralatan rumah kerana anda mungkin berpeluang memenangi sebuah kenderaan Isuzu D-Max baharu. Sebuah unit Isuzu D-Max 2.5 liter 4×4 berkeupayaan tinggi dan sebuah model 3.0 liter 4×4 Safari yang mewah bakal dimenangi oleh pengunjung bertuah yang mengambil bahagian dalam peraduan “What’s Your Hunch?”.

Untuk menyertai peraduan ini, para pengunjung hanya perlu membeli barangan yang bernilai RM500 di pameran tersebut. Kemudian pengunjung perlu meneka jumlah bantal yang diletakkan di dalam kedua-dua unit Isuzu D-Max di lokasi pameran. Jawapan perlu dihantarkan dengan menggunakan borang rasmi peraduan.

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura berkata penyertaan pihaknya dalam pameran Perfect Livin sebagai penaja utama membantu menyerlahkan lagi kepelbagaian kenderaan, selain menunjukkan kemampuan yang ditawarkan oleh trak pikap tersebut kepada pengguna di bandar.

Isuzu D-Max menawarkan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya seperti antara kabin paling luas dan selesa, di samping ruang kargo yang direka untuk mengangkut barang-barang yang besar dengan mudah.

Perfect Livin bakal membuka tirainya pada 7 April di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC). Dengan lebih 1,200 ruang pameran, ia menawarkan pelbagai produk barangan rumah.

Ia akan diteruskan ke Pusat Konvensyen Borneo di Kuching mulai 21 hingga 24 April sebelum menjelajah ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di Kuantan pada 5 hingga 8 Mei. Pusat Konvensyen Setia City di Selangor akan menjadi destinasi terakhir pameran pada 3 hingga 5 Jun ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply