ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemberian rebat Iriz untuk bakal pemandu kenderaan Uber dan Grab mengujakan Proton

Views

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2017 semalam memberi khabar gembira dan mengujakan Proton kerana ini adalah rebat kali pertama yang ditawarkan Syarikat untuk kerjasama dengan syarikat perkhidmatan perkongsian perjalanan (ride-sharing). Proton amat mengalu-alukan langkah ini dan gembira dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat perkongsian perjalanan untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup golongan pendapatan B40 (mereka yang berpendapatan sehingga RM3,855).

Rebat sebanyak RM4,000 akan diberikan kepada individu yang membeli Proton Iriz sebagai sebahagian daripada perancangan mereka untuk menjadi pemandu perkhidmatan perkongsian perjalanan. Proton menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan dengan objektif yang jelas untuk menyokong syarikat kereta nasional dalam usaha untuk merangsang industri automotif. Inisiatif ini juga menyediakan pertumbuhan ketara dan peluang ekonomi. Proton turut memuji usaha kerajaan Malaysia kerana membentangkan bajet yang mengutamakan keperluan rakyat masa kini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Elok jugak kalau bagi rebat kepada rakyat yang di luar sana yang masih menggunakan kereta lama (lebih 15-20 tahun) kepada kereta baru.


  • Bagus ni.. beli banyak2 buat Grab& Uber. Abis stok 4 mounting ni, keluarkan Iriz 3 mouting.. Dapat aku beli Iriz yang mendapat talaan semula setanding Persona ni tahun depan.. Terima Kasih Najib! Haha!


  • Proton memberikan rebat untuk model Iriz sejak beberapa bulan lalu.. Adakah bakal pemandu uber layak untuk mendapat kedua-dua rebat untuk sebiji Iriz yang bakal dibeli?.. Contoh-

    Rebat Proton 5k + rebat kerajaan kepada bakal pemandu Uber 4K = 9K..
    Atau hanya dapat salah satu rebat sahaja?.. Perkara seperti ini juga salah satu faktor molonjakkan jualan Iriz..

Leave a Reply