ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz tayang ‘teaser’ trak pikap konsep

Views
Mercedes-Benz Pickup “The Concept” – Teaser – Mercedes-Benz original

Buat pertama kalinya Mercedes-Benz bakal mengeluarkan trak pikap modennya dan telah mula menyangkan teasernya menjelang pengenalan sulungnya pada minggu hadapan. Trak yang masih tanpa nama dan mungkin diberi nama ‘GLT’ atau ‘X-Class ini dibangunkan dari trak pikap NP300 Navara di pasaran Eropah. Struktur utama pada NP300 Navara masih jelas kelihatan terutama pada bentuk sisi dan dibahagian tingkap walaupun Mercedes-Benz telah merombak hampir keseluruhan rupa luarannya.

Dijangka NP300 Navara versi Mercedes-Benz ini akan lebih premium terutama di bahagian dalaman, selain penalaan tetapan pada sistem suspensi dan ia juga mungkin mendapat penjana kuasa yang lain dari apa yang ditawarkan oleh Nissan. Ia bakal dikeluarkan dari kilang di Seanyol dan Argentina yang dimiliki oleh Daimler dan Pakatan Renault-Nissan. Trak pikap ini bakal menjengah pasaran di Eropah, Australia, Afrika Selatan dan Amerika Latin mulai tahun hadapan. Buat masa ini Mercedes-Benz masih belum bercadang untuk menawarkan trak pikap ini di lubuk pasaran trak paling kompetitif di dunia iaitu di Amerika Utara.

Anda teruja? Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply