ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemegang kad Mesra kini boleh menikmati faedah kemalangan diri dengan hanya RM1 sebulan

Views

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Shieldcard Holdings Sdn Bhd dan Zurich General Insurance Malaysia Berhad (ZGIMB), telah mengumumkan kerjasama strategik dengan menawarkan faedah Kemalangan Diri Mesra (Mesra Personal Accident) (PA) eksklusif untuk pemegang kad Mesra. Pemegang kad Mesra boleh menikmati Pelan PA Mesra dengan hanya RM1 (100 mata ganjaran Mesra) sebulan, dengan berbelanja minima RM100 sebulan di mana-mana stesen PETRONAS di seluruh negara. Perlindungan 24/7 di seluruh dunia itu memberikan pemegang kad manfaat Bayaran Hospital Harian (Accidental Hospital Income) sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 30 hari.

Bagi kes membabitkan kematian atau hilang upaya diri, pemegang kad Mesra yang terbabit dalam kemalangan, keluarga dan waris terdekat mereka layak mendapat pampasan wang tunai sehingga RM25,000 (meningkat sehingga RM50,000 jika kejadian berlaku pada hari cuti am yang diwartakan oleh kerajaan). Dengan mendaftar Pelan PA Mesra, pemegang kad Mesra secara automatik didaftarkan untuk program AXXESS secara percuma yang mana mata ganjaran AXXESS boleh diperoleh di rangkaian perniagaan mengambil bahagian, yang dapat membantu mengurangkan atau membayar secara penuh premium kenderaan motor tahunan pemegang kad.

Ketua Divisyen Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata, kerjasama yang dimeterai adalah bagi meningkatkan faedah terhadap program kesetiaan pelanggan PETRONAS, termasuk perlindungan insurans. Syarikat berharap para pelanggan akan mengambil kesempatan ini untuk membolehkan mereka mendapatkan perlindungan insurans ini kerana mereka hanya perlu membayar RM1 sebulan.

Kesemua pemegang kad Mesra akan menerima SMS atau emel daripada PETRONAS memberitahu mereka akan faedah yang disediakan ini. Pemegang kad yang ingin mendaftar Pelan PA Mesra akan dihubungkan dengan laman sesawang khas untuk tujuan pendaftaran. Pemegang kad yang mendaftar sebelum 28 Februari 2018 akan menerima faedah PA Mesra secara percuma untuk bulan pertama.

Sementara itu, program AXXESS yang diperkenalkan pada penghujung Mac 2017 dan mula beroperasi pada Ogos 2017, bermatlamat untuk meningkatkan daya perbelanjaan harian seseorang dengan menyediakan penyelesaian terhadap kos insurans yang semakin meningkat, terutama sekali peningkatan kos dalam penjagaan kesihatan awam dan ketidaktentuan premium insurans kenderaan motor setelah liberalisasi tarif diperkenalkan.

ZGIMB adalah antara syarikat insurans terawal mengiktiraf potensi program AXXESS dan syarikat berbangga kerana dapat meningkatkan lagi kerjasama yang dijalinkan dengan membentuk kolaborasi tiga pihak bagi membangun dan melanjutkan program ini kepada pemegang kad Mesra, merupakan pertama seumpamanya bagi industri ini. Pengenalan pelan PA Mesra adalah tepat untuk pemegang kad Mesra mendapatkan perlindungan yang diingini tanpa perlu membayar kos tambahan.

Untuk keterangan lanjut layari www.axxess.com.my/petronas-mesra-register

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply