ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Avanza 1.5X kini dibuka!

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) bakal memperkenalkan Toyota Avanza 1.5X tidak lama lagi dengan penampilan yang lebih ranggi dan menarik. Tempahan varian baharu ini akan dibuka bermula 5 Februari 2018 dengan harga dari RM82,700 (tidak termasuk insurans, untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung).

Apa yang menarik tentang Toyota Avanza 1.5X?

  • Bampar depan dan belakang dengan kemasan kombinasi warna hitam dan perak.
  • Kemasan warna hitam pada bahagian lengkungan ruang tayarnya, yang turut berfungsi untuk memberikan perlindungan daripada serpihan ketika dijalan raya.
  • Pelekap bahagian sisi juga turut memberi imej lebih segar, disamping memberikan perlindungan kepada cat pada badan kenderaan.
  • Pemantul cahaya pada bahagian belakang pula disepadukan dengan lampu.
  • Hiasan pada bumbung serta rim aloi 16-inci dengan rekaan unik ditawarkan sebagai aksesori pilihan.

Varian terbaru ini masih kekal sebagai MPV untuk kegunaan keluarga dengan tujuh tempat duduk dengan susunan tiga barisan. Tempat duduk barisan kedua dan ketiga dibahagi kepada dua seksyen sekata yang boleh dilipat untuk mendapatkan ruang kargo tambahan jika perlu. Sistem pendingin hawa dengan dwi-penghembus dengan penghembus keduanya terletak pada bahagian siling supaya udara sejuk dapat dinikmati oleh penumpang dibarisan ketiga.

Pelanggan yang ingin menaiktaraf sistem infotainmen boleh memilih sistem DVD-AVX atau DVD-AVN. Kedua-duanya hadir dengan skrin sentuh yang besar lengkap dengan paparan kamera undur. Bagi unit DVD-AVN, ia turut dilengkapi dengan pelayar internet (memerlukan sambungan WiFi dari pengguna) dan sistem tunjuk arah GPS.

Semua varian Avanza termasuk 1.5X terbaru ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti dua beg udara dibahagian depan, dengan setiap tujuh tempat duduk yang ada dipasangkan dengan tali keledar 3-poin serta dua tapak ISOFIX pada barisan kedua untuk membolehkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Semua model Toyota kini didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan dan jaminan berkenaan turut sah bagi pemilik seterusnya kenderaan itu selagi masih berada dalam tempoh lima tahun jaminan. Avanza 1.5X akan mula dipamerkan bermula 24 Februari ini ketika acara hujung minggu Toyota Weekender di semua bilik pameran Toyota yang terlibat. Untuk maklumat lanjut layari toyota.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply