ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang bertuah peraduan “Dedikasi Kahwini Aku Sayang” (Marry Me Love Dedication) anjuran ETCM

Views

Mini_current_sale_MyHorizon

Bagi segelintir daripada kita, meluahkan perasaan paling dalam secara berdepan dengan seseorang yang kita cintai bukanlah satu tugas mudah. Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menjadikannya lebih mudah dengan menganjurkan satu peraduan yang dikenali sebagai “Dedikasi Kahwini Aku Sayang” (Marry Me Love Dedication) selama enam minggu di laman Facebook Nissan Malaysia.

Melalui peraduan Facebook ini, para peserta berpeluang untuk meluahkan rasa cinta kepada individu kesayangan mereka dengan menghantar dedikasi bergambar atau video.yang kreatif.  Sepuluh penyertaan teratas dengan ‘Like’ paling banyak kemudian diberikan kepada panel juri untuk penilaian akhir. Para juri berdepan saat sukar untuk memilih tiga penyertaan terbaik. Ini  kerana semua penyertaan yang telah disenarai pendek adalah unik dan bermakna mengikut cara mereka tersendiri.

Pemenang hadiah utama ialah Foo Wei Cheng. Videonya yang memberi inspirasi berjaya mengusik jiwa para juri. Food dan suami yang kedua-duanya pekak ‘berkomunikasi’ melalui bahasa isyarat. Mereka menyifatkan diri sebagai chopstick yang sentiasa sepasang dan ditakdirkan untuk bersama. Ini membuktikan bahawa tiada halangan untuk meluahkan rasa cinta di antara satu sama lain.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Saya gembira kerana banyak pasangan mengambil bahagian dalam peraduan ini. Kami harap pasangan yang menang akan kagum dengan reka bentuk Nissan ALMERA yang luas, tubuh aerodinamik penuh gaya, ciri-ciri keselamatan dan kecekapan bahan api mengagumkan.”

“Melalui peraduan ini, kami turut mengetahui bahawa walaupun pasangan-pasangan mungkin datang dari latar belakang berbeza, mereka tetap berkongsi satu persamaan iaitu perasaan cinta yang mendalam di antara satu sama lain.

Pemenang hadiah utama, Foo Wei Cheng pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan penginapan percuma selama tiga hari dua malam di Grand Lexis Hotel, Port Dickson daripada ETCM. Selain itu, mereka juga berpeluang menikmati pengalaman memandu sedan global paling laris Nissan, Nissan ALMERA sepanjang percutian tersebut. Untuk memberikan sentuhan romantik kepada percutian itu, setiap momen manis sebagai pasangan akan dirakam sebagai memori yang terus diingati.

Beliau turut membawa pulang sepasang jam tangan Ellese, set penjagaan rambut profesional Shiseido, tilam Bio Magnetic, satu set Fujifilm Instax dan baucar servis bernilai RM500 daripada Tan Chong Express Auto Service (TCEAS), sekali gus menjadikan nilai Hadiah Utama berjumlah RM27,000!

Pemenang tempat kedua dan ketiga iaitu Ezzy Azwan Sepian dan Tham Su Yen setiap seorang akan menerima penginapan percuma selama tiga hari dua malam di Grand Lexis Hotel, Port Dickson, sepasang jam tangan Ellese, set penjagaan rambut profesional Shiseido, tilam Bio Magnetic dan satu set Fujifilm Instax.

Tujuh pemenang hadiah saguhati pula menerima seutas jam tangan Ellese, set penjagaan rambut profesional Shiseido, tilam Bio Magnetic dan satu set Fujifilm Instax.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan idea-idea berkaitan dedikasi romantik dan menghangatkan jiwa, sila layari laman Facebook Nissan: www.facebook.com/Nissan Malaysia.

Nama penuh

Nombor I.C.

Kategori hadiah

Foo Wei Cheng

84121311xxxx

Hadian Utama

Ezzy Azwan Sepian

83020508xxxx

Tempat kedua

Tham Su Yen

62082006xxxx

Tempat ketiga

Nazilahuda Bt Abdullah

88121708xxxx

Hadiah saguhati

Jenny Tan

72061707xxxx

Hadiah saguhati

Mohd Harijan bin Abd Hamid

71030208xxxx

Hadiah saguhati

Lee Yan Ling

76020201xxxx

Hadiah saguhati

Chuah Nini

89071814xxxx

Hadiah saguhati

Lee Pui Yin

85050301xxxx

Hadiah saguhati

Lee Pei Fei

86062123xxxx

Hadiah saguhati

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply