ARKIB

KATEGORI

Buletin

NISSAN YAKIN PERTUMBUHAN MEMBERANGSANGKAN UNTUK TAHUN 2013

Views

DSC_8359

  • ETCM menyatakan pencapaian rekod jualannya hasil sokongan daripada pihak media.
  • ETCM mencapai rekod jualan Nissan tertinggi pada tahun 2012 sejak berada di pasaran Malaysia 56 tahun lalu.
  • Nissan kini merupakan jenama bukan nasional No. 2 di Malaysia.
  • Nissan ALMERA menerajui prestasi kukuh Nissan apabila lebih daripada 15,000 unit telah ditempah hingga ke hari ini.
  • ETCM terusmengujakanpenggunamenerusipengenalan Nissan TEANA 2.5L 2013 yang dinaiktaraf.

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) yakin bahawa Nissan, jenama yang dibangunkan oleh syarikat ikonik di Malaysia sejak 1957 mampu meneruskan prestasi cemerlangnya pada tahun ini. Tahun lalu, ETCM berjaya memperoleh pelbagai pencapaian seperti:

–       Nissan berada di kedudukan No. 1 dalamKajian Indeks Kepuasan Jualan Malaysia (SSI) oleh J.D. Power Asia Pacific 2012

–       Kereta 100% elektrik, Nissan LEAF yang inovatif menerima anugerah Green Award of the Year dan Eco Innovation Award of the Year

–       Nissan Elgrand yang mewah dianugerahkan Premium MPV of the Year 2012

–       Nissan ALMERA, sedan global Nissan paling laris telah menerima tempahan sebanyak lebih daripada 15,000 unit sehingga kehari ini daripada para pengguna sejak kemunculannya pada 30 Oktober 2012

NTW030 bumper 3_flipped

Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telah ditambah baik

ETCM turut memperkenalkan Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telahditambah baik. Menjadi sedan yang pertama seumpamanya dalamsegmen D, Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telahditambah baik dilengkapi ciri keselamatan baharu – Sistem Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning System) yang meningkatkan kepekaan pemandu, sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Sistem Amaran Titik Buta menggunakan dua alat pengesan radar berkuasa 24GHz. Ia diletakkan di dalam bampar belakang bagi mengesan objek-objek yang bergerak seperti motosikal, kereta, trak dan lori. Para pemandu  akan diberi amaran menerusi lampu LED atau bunyi Buzzer sekiranya terdapat ancaman bahaya di zon peka meliputi kawasan sepanjang danseluas tiga meter.

Membawakan sofistikasi kemewaha moden ke tahap seterusnya, kenderaan yang telah memenangi pelbagai anugerah ini menampilkan ruang dalaman kulit berwarna hitam dan gaya luaran lebih sporty.

Nissan TEANA 2.5L 2013  ditambah baik melalui gril hadapan baharu, penutup sil sisi, spoiler belakang, skirting hadapan dan belakang untuk penampilan lebih sporty serta sepadan dengan ruang dalaman berwarna hitam. Ruang kabin Nissan TEANA yang artistik itu diberikan penampilan dan rasa baharu dengan kemasan kayu, stereng kulit empat jejari serta iluminasi konsol pada bahagian bumbung.

Sejak dilancarkan pada November 2010, sebanyak lebih daripada 8,000 unit Nissan TEANA sudah terjual. Ia kini berada di tempat kedua model paling laris dalam segmen sedan mewah eksekutif bukan nasional dengan perkongsian pasaran sebanyak 16.3 peratus.

NW020

Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telah ditambah baik hadir dalam lima varian warna menarik iaitu kelabu (Deep Amethyst Grey), perak (Tungsten Silver), hitam (Sapphire Black), emas (Chardonnay Gold) dan putih (Brilliant White). Ia ditawarkan pada harga di atas jalan RM173,100. Sempena pelancarannya, para pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah sewa beli 0 peratus untuk 12 bulan yang memberi penjimatan sehingga RM8,888. Promosi ini bermula sekarang hingga 31 Mac 2013 dan tertakluk kepada model TEANA sahaja.

Mengakui bahawa sokongan media sebagai faktor penting kepada kejayaan Nissan, Dato’ Dr Ang menyatakan ucapan terima kasih kepada pihak media pada majlis makan tengah hari bersama media atas minat berterusan mereka terhadap produk-produk Nissan dan perkembangan Tan Chong selama ini, terutama pelancaran Nissan ALMERA pada tahun lalu.

Lihat secara dekat Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telah ditambah baik di bilik-bilik pameran ETCM di seluruh negara.  Maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan kali di talian Tol Percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web:  www.nissan.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply