ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar Proton teruja melawat cawangan pengedar Lynk&Co

Views

Pengedar-pengedar Proton yang di bawa ke China baru-baru ini begitu teruja ketika melangkah masuk ke dalam cawangan pengedar Lynk&Co. Jenama ini terletak di bawah naungan Geely untuk menarik pasaran segmen profesional golongan muda. Terletak di Shanghai dan di antara barisan pengedar-pengedar kereta lain, cawangan ini dilihat paling menonjol.

Azizulmu’min Mohd Hussain Malim dari Rohamas Corporation Sdn Bhd berkata, ini merupakan konsep serba baharu bagi sebuah cawangan pengedar. Ia tidak kelihatan seperti sebuah cawangan pengedar kereta, sebaliknya ia kelihatan seperti sebuah kedai bercitarasa gaya hidup. Tambah beliau lagi, sekiranya konsep ini dibawa ke Malaysia, ia bakal menarik minat orang ramai

Apabila berjalan masuk, terdapat ruangan kopi dengan pelbagai lollipop berwarna-warna diikat riben dan perkataan Lynk&Co terukir di atasnya. Bertentangannya pula adalah kedai jualan barangan cenderahati. Bukan itu sahaja, juga terdapat ruangan kopi, ruangan kanak-kanak dan ruangan menunggu yang selesa di mana pelanggan boleh berehat dan mengisi masa lapang sementara menunggu kereta mereka diservis.

Louis Ng Boon Cheng daripada NHL Automobil Sdn Bhd pula berkata, ini adalah strategi perniagaan yang tepat di tempat kerja dan bukan lagi mengenai penjualan kereta semata-mata. Ia mengenai konsep jualan dan reka bentuk, dan penciptaan trend dengan memiliki kereta Lynk&Co.

Bagi Razali Ahmad dari Erakars Sdn Bhd, konsep tersebut membawa idea baharu baginya untuk menjual kereta. Suasana bilik pameran yang santai dan ceria serta sudut digital akan memberikan persepsi berbeza kepada pelanggan, terutamanya ketika mereka melangkah masuk ke bilik pameran. Dengan ruangan menunggu yang lapang dan kafe yang selesa, ini membuatkan pelanggan berasa teruja dan dihargai apabila mereka datang ke sini.

Beliau menambah, susunan yang ringkas dan susunan kereta yang teratur di ruang pameran juga antara kelebihan mereka. Kanak-kanak akan menyukai suasana di sini dan ruangan yang luas untuk perbincangan juga disediakan untuk orang dewasa menikmati secawan kopi, bersantai dan tidak berasa tergesa-gesa ketika menunggu kereta untuk diservis.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply