ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton yakin pada usaha menaiktaraf rangkaiannya

Views

2018 merupakan tahun yang penting untuk Proton selepas pengambilalihan 49.9 peratus sahamnya oleh Geely. Syarikat sedang giat menjalankan pelbagai inisiatif secara dalaman untuk memastikan pemulihan yang berjaya dalam masa yang singkat. Usaha kini ditingkatkan untuk mencapai matlamat bagi 109 pusat bertaraf 3S/4S sebagai sebahagian daripada pendekatan 180 darjah dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan pengalaman memiliki kereta Proton. Inisiatif ini juga sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan SUV pertama Proton yang memiliki ciri-ciri dari segmen premium dan dilancarkan pada akhir tahun ini.

61 peratus kuota telah dipenuhi bagi naiktaraf rangkaian

  • Dalam tempoh 3 bulan ketika Syarikat mengumumkan satu skim kepada pengedar dan pelabur baharu untuk menaiktaraf atau membina pusat 3S/4S.
  • Proton telah menerima sebanyak 170 permohonan, dengan 82 daripadanya berpotensi untuk mendapat kelulusan bagi dinaiktaraf.
  • 66 permohonan telah dinilai dan diluluskan dan selebihnya sedang diteliti untuk memastikan mereka patuh kepada setiap syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Memperkukuh proses-proses dalaman

  • Syarikat menumpukan untuk mengoptimumkan proses dan produk-produknya sambil mencari tenaga kerja mahir yang baharu.
  • Pelantikan jawatan bagi ahli-ahli industri automotif yang berpengalaman sehinggalah ke pengurusan kanan global yang utama.
  • Meningkatkan kualiti secara keseluruhan pada model-model sedia ada Proton.
  • Penggunaan sistem pemarkahan kualiti produk Geely yang juga merupakan penyesuaian sistem yang digunapakai Volvo Cars, telah membantu mengenalpasti isu-isu dan telah menghasilkan markah audit yang kukuh pada semua model.
  • Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini kerana Proton berfungsi untuk membina kereta yang sepadan dengan kualiti pengeluar kereta premium.
  • Menghantar tenaga kerja mahirnya untuk belajar dari rakan niaganya di China bagi menjana budaya korporat yang lebih bersepadu dan memperkembangkan pengetahuan serta kemahiran mereka di dalam bidang masing-masing.

Persediaan bagi model yang bakal tiba

  • Menjelang pelancaran SUV pada akhir tahun ini, kerja-kerja pembangunan oleh pasukan pembangunan kenderaan Proton sedang giat dijalankan.
  • Model tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang paling maju seperti pengiktirafan suara pintar, kamera 3D 360 darjah dan pelbagai ciri keselamatan yang lain seperti kawalan pelayaran adaptif, brek bantuan kecemasan automatik dan sebagainya.
  • Unit pandu uji SUV tersebut telah dibawa ke cawangan-cawangan dan premis pembekal yang terpilih pada setiap minggu untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat model itu dengan lebih dekat.
  • Selain itu juga terdapat inisiatif lain termasuk kaji selidik dalam talian yang mencari pendapat umum mengenai nama yang sesuai untuk SUV premium pertama yang ditawarkan oleh jenama kereta Malaysia.

Kempen April

  • Sepanjang bulan April, Proton menawarkan pembiayaan 0 peratus untuk tahun pertama kepada pembeli Proton Iriz (varian Executive dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang mendaftar untuk pinjaman 5 tahun bersama Hong Leong Bank.
  • Bagi Proton Saga dan Persona (Premium CVT sahaja), tawaran terdiri daripada kit badan percuma bagi tempahan yang dibuat sepanjang bulan ini. Selain itu, rebat-rebat juga boleh didapati untuk model lain termasuk insentif bagi model-model tahun 2017.
  • Bersempena dengan langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah jualan, usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan jualan dan membina semula kepercayaan antara pembeli kereta dan jenama juga sedang dijalankan.
  • Proton yakin bahawa tahun 2018 ini dapat dilalui dengan rasa optimisme yang baru.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply