ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar tunjuk keyakinan terhadap jenama Proton – Lebih ramai naik taraf ke pusat 3S dan 4S

Views

Baru-baru ini Proton telah mengadakan majlis menandatangani untuk kumpulan kedua bagi perjanjian Naik Taraf Rangkaian Pengedar di Pusat Kecemerlangan Proton. Lima pengedar telah bersetuju untuk menaik taraf pusat mereka kepada pusat 3S dan 4S, dan mereka terdiri daripada Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd, Harima Automobil (M) Sdn Bhd, Atiara Johan (M) Sdn Bhd, Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd dan Hoi Keen Services Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, syarikat kini sedang berada di landasan yang tepat, bercita-cita tinggi dan berpandangan jauh untuk maju ke hadapan. Tambahnya lagi, perlu ada sebab mengapa rakyat Malaysia terpesona dengan sang Rimau. Logo Proton sendiri mempunyai imej harimau yang mengaum yang melambangkan keberanian, kecekalan dan semangat juang.

Lebih banyak pengedar yang bersetuju untuk menaik taraf rangkaian mereka turut membuktikan kekuatan yang dimiliki oleh Proton. Orang lama dalam industri automotif, Datuk Shamshudin Nor, Pengarah Pantai Bharu Corporation Sdn Bhd berkata, syarikatnya sangat yakin dengan Proton, itulah sebabnya mereka telah berada dalam perniagaan Proton sejak 32 tahun lalu. Selepas lawatannya ke Geely, beliau percaya bahawa Proton akan kembali pulih.

Bagi Liew Vee Lee, Pengarah Harima Automobil, syarikatnya telah menjadi pengedar Proton sejak tahun 1986. Proton telah menemui rakan perniagaan yang baik dalam Geely dan perkongsian ini akan memperlihatkan masa depan yang lebih baik. Mohd Nazrin Bin Mohamad Fozi dari Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd, yang menaik taraf ke pusat 3S menegaskan bahawa dengan penubuhan rangkaian baharu Proton dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan, jualan akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya Proton akan kembali menjadi jenama kereta nombor satu negara.

Proton sedang meningkatkan jenamanya ke tahap yang berbeza dan perancangan dibuat untuk memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dalam perniagaannya. Usaha ini adalah untuk memastikan bahawa pengedar Proton mempunyai proses standard untuk jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua pelanggan.

Program insentif menawarkan peluang kepada pengedar sedia ada yang ingin menaik taraf statusnya ke pusat 3S dan 4S, serta mereka yang ingin menyertai sebagai pengedar Proton baharu. Inisiatif ini bakal menjadi pemangkin dalam pasaran dengan menawarkan peniaga skim sokongan insentif terbaik.

Menurut Datuk Shamshudin, pusat edaran baharu syarikatnya terletak di hadapan jalan raya, bakal menampilkan bilik pameran dan kawasan servis yang lebih luas. Kawasan baharu ini mempunyai ruang letak kereta yang banyak agar pelanggan boleh datang pada bila-bila masa tanpa perlu susah-payah mencari tempat letak kereta.

Bagi Liew, pula beliau mendapati bahawa program insentif itu sangat menggalakkan untuk semua pengedar menaik taraf bilik pameran dan bengkel mereka untuk berkhidmat sebagai pusat sehenti untuk pelanggan. Mohd Nazrin menambah, ini menunjukkan bahawa Proton serius untuk terus maju dan mahu membantu pengedar, agar imej jenama dapat dipertingkatkan dan pelanggan menikmati pengalaman jualan serta perkhidmatan yang lebih baik.

Sempena Tahun Baru Cina, Proton menawarkan promosi perayaan untuk semua kereta Proton dengan diskaun sehingga *RM13,888. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat Proton di 1800 888 398 atau hantarkan emel kepada [email protected]. Layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau muat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton di Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply