ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perhimpunan Mega TT pemilik Ranger anjuran Ford Penampang berjaya himpunkan 320 peserta

Berita Tempatan

Views

Ford Penampang (Rightpower Corporation) baru-baru ini telah menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 dengan kerjasama Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Borneo, bertempat di J Borneo Native Village, Penampang.

Acara berjaya menghimpunkan 107 ahli kelab dengan Ranger kebanggaan mereka yang datang dari pelbagai lokasi di Sabah, Labuan dan juga Brunei. Secara keseluruhannya ia disertai seramai 320 peserta.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Aktiviti sehari itu dipenuhi dengan pelbagai pengisian, barisan hadiah menarik dan anugerah untuk mengiktiraf Ranger yang paling menonjol dalam pelbagai kategori.

Dari permainan menyeronokkan hinggalah kepada sesi karaoke dan persembahan menarik yang diselangi cabutan bertuah, ia disusun dengan teliti untuk memenuhi minat dan menghiburkan semua peserta yang terlibat.

Ditubuhkan pada 2013, FROC Borneo ketika ini mempunyai seramai 1,009 ahli. Kelab itu menganjurkan dua atau tiga acara setahun untuk mengeratkan kerjasama dengan SDAC-Ford.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, pihaknya amat berbesar hati untuk menyokong komuniti pemilik seperti ini dalam apa cara sekali pun.

SDAC-Ford terus komited untuk mengekalkan hubungan rapat dengan ahli kelab pemilik melalui usaha sama erat yang membuka peluang untuk memperluaskan lagi pemahaman dalam kalangan mereka.

Pemilik Ford Ranger yang berminat untuk menyertai FROC Borneo dan terus menerima makluman berkaitan acara yang bakal dianjurkan boleh berhubung dengan bilik pameran Ford Penampang di talian 088-702222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply