ARKIB

KATEGORI

Buletin

Periksa casis kereta anda sebelum balik kampung

Views

Musim cuti lazimnya menguji ketahanan kebanyakan kereta, menempuhi perjalanan jauh dengan muatan maksimum, suhu tinggi, kesesakan lalu-lintas, laluan genting dan keadaan jalan kurang baik.  Menurut Pengurus Besar Pasaran Lepas Jualan Bebas (IAM), ZF Sales & Service (Malaysia) Sdn. Bhd, Cheah Chee Luen, ramai orang tidak sedar bahawa penyerap kejutan yang rosak atau haus boleh membawa kesan yang besar kepada keselamatan kereta.

Apa yang terjadi sekiranya penyerap kejutan haus atau rosak?

  • Kereta memerlukan jarak berhenti yang lebih panjang, selain meningkatkan kemungkinan gelinciran dan penyatahan air apabila jalan raya basah.
  • Meningkatkan kerosakan tayar, keletihan pemandu dan ketidakselesaan penumpang.
  • Prestasi komponen seperti penyerap kejutan atau komponen stereng akan mula menyusut secara beransur-ansur dan berterusan.
  • Risiko keselamatan yang serius.
A Smoother and Safer Ride with SACHS Shock Absorbers

Pakar-pakar di ZF Aftermarket Malaysia amat mengesyorkan agar penyerap kejutan, pad brek dan stereng diperiksa selewat-lewatnya selepas 80,000 kilometer, dan setiap 20,000 kilometer selepas itu. Untuk menekankan perkara ini, ZF Aftermarket Malaysia telah menerbitkan video bagi mengingatkan pemandu Malaysia tentang peranan penting yang dimainkan oleh penyerap kejutan terhadap keselamatan kereta dan keselesaan perjalanan.

ZF Aftermarket Malaysia juga menawarkan rangkaian lengkap penyerap kejutan SACHS dan produk stereng dan suspensi Lemförder untuk kebanyakan model kereta Asia yang popular seperti Honda, Hyundai, Isuzu, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Proton, Perodua dan Toyota. Dengan pengalaman selama lebih 100 tahun, rangkaian SACHS Asia yang dibangunkan dengan teknologi dan proses kawalan kualiti Jerman mampu dimiliki oleh pemandu Malaysia.

ZF Aftermarket Malaysia turut menasihati para pemandu memeriksa kereta dengan bengkel atau pusat servis mereka bagi memastikan mereka menggunakan alat ganti bermutu tinggi seperti rangkaian SACHS dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply