ARKIB

KATEGORI

Buletin

PERMULAAN KUKUH UNTUK NISSAN ALMERA

Views

The much-anticipated Nissan Almera 1.5L CVTC

Hanya selepas tiga bulan Nissan ALMERA dilancarkan dengan jayanya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini yakin bahawa sedan global Nissan paling laris itu berada di landasan terbaik untuk menjadi ikon baharu di atas jalan raya Malaysia. Ini berdasarkan kepada tempahan terkini sebanyak lebih dari 15,000 unit sehingga 31 Januari 2013.

Nissan ALMERA terus menerima maklum balas memberangsangkan daripada para pelanggan sejak ia dilancarkan November lalu. Terima kasih kepada poin jualan uniknya (USP) yang mengagumkan dan diletakkan dalam satu pakej harga berpatutan. Nissan ALMERA benar-benar mengotakan janjinya untuk menjadi lebih lagi. Ini kerana anda boleh menikmati rekaan tubuhnya yang aerodinamik, ciri-ciri teknologi premium dan ruang luas yang biasanya ada pada kenderaan lebih premium.

Nissan ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif bermula RM66,800.00 selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng nyata gembira dengan ,maklum balas positif dan minat yang berterusan terhadap Nissan ALMERA. “Walaupun pembeli kereta mempunyai banyak pilihan di pasaran, kami benar-benar berbesar hati kerana mereka memilih Nissan ALMERA. Ini merupakan petunjuk kukuh mengenai keyakinan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami,” katanya.
Dalam tempoh sebegitu pendek, Nissan ALMERA sudahpun mencipta gelombang. Bukan sahaja dalam kalangan pembeli kereta, malah dalam industri automotif dan kitaran perniagaan SME. Ini terbukti apabila Nissan ALMERA baru-baru ini dinamakan sebagai penerima anugerah Best Value for Money Passenger Car 2012 pada Autoworld Car of the Year Awards 2012 (COTY). Sebagai tambahan, Nissan ALMERA turut dianugerahkan Jenama Paling Diutamakan (Most Preferred Brand) oleh The BrandLaureate-Master Awards 2012-2013 selepas diundi oleh kalangan pengusaha SME.

Sehingga kini, tempahan Nissan ALMERA terus menggalakkan. Tan Chong Motor Group mengambil segala langkah misalnya memastikan bahagian operasi bekerja sepanjang masa untuk memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin kepada para pelanggan. Pada masa yang sama mengekalkan standard kualiti produk dan perkhidmatan cemerlang Nissan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Kemunculan Almera adalah permulaan liberalisasi pasaran malaysia. Adanya, pada harga yang berpatutan telah memberi impak negatif kepada pasaran kereta nasional pada range harga yang sama….Apakah survival Proton menjelang liberalisasi pasaran sepenuhnya, kita tunggu dan lihat…pasti sedih pedih melihat jenama nasional diketepikan dan itulah hakikatnya


  • Kemunculan Almera adalah permulaan liberalisasi pasaran malaysia. Adanya, pada harga yang berpatutan telah memberi impak negatif kepada pasaran kereta nasional pada range harga yang sama….Apakah survival Proton menjelang liberalisasi pasaran sepenuhnya, kita tunggu dan lihat…pasti sedih pedih melihat jenama nasional diketepikan dan itulah hakikatnya


    • Mmm… almera telah memberi gelombang baru pada warna lanskap industri automatif di m’sia. Kewajaran ini harus diterima positif bila almera tampil dgn pakej sempurna dgn nilaian harga yg cukup kompetatif dlm kelasnya sedangkan almera adalah sebuah kereta import:) Kemunculan almera dipasaran m’sia dgn standard kualiti tinggi walau hanya bersegmen B membuatkan company kereta lain terpaksa meletakkan standard sebegitu juga utk memberikan saingan selepas ini. Secara tidak langsung, almera telah memberikan penanda aras yg baik utk model bersegmen B bagi pasaran m’sia.

      Proton sebagai pengeluar tunggal kereta nasional di M’sia sepatutnya sudah bersedia dgn angin perubahan citarasa pengguna masakini yg lebih selektif dan cerewet pada setiap sen duit yg mereka laburkan utk memiliki kereta idaman:) Menghasilkan model2 yg bercitarasakan trend semasa dgn harga yg kompetatif dgn standard kualiti tinggi pastinya menjadi teras survival proton selepas ini. Hakikatnya proton perlu terus berani berubah utk terus memberikan saingan seiring dgn company2 besar yg sudah sedia kukuh di pasaran global. Jgn mengalah. Anda adalah ‘kecil kecil cili padi…” 🙂 Chaiyok! Chaiyok!

      cheers!


    • mmg engine die ok. Tapi sebab die nissan. Meanwhile, Preve with many features fail to grab people attention with its tech because of the lack of info/exposure about its tech in the ads. And because of malaysian lack of acknowledged in road and safety by its GOV. not to blame the GOV but its bureaucracy in road safety.

Leave a Reply