ARKIB

KATEGORI

Buletin

Vespa lancar skuter edisi Apple

Views

DXI_8115

Kesesakan lalu lintas adalah sinonim di Malaysia dan kini anda mempunyai pilihan untuk mengatasi masalah tersebut. Vespa baru-baru ini telah melancarkan skuter yang bergaya Vespa LX 150 Apple Edisi di Pusat 3S Vespa di Petaling Jaya. NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar tunggal dan rasmi skuter Vespa di Malaysia telah membawa masuk model edisi khas ini khusus untuk peminat skuter.Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA dan Encik Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden NAZA Two Wheel turut hadir pada pelancaran itu.

Konsep epal digigit ini datang dari kempen pengiklanan yang paling berjaya dan popular Vespa yang pertama kali dibuat di Itali pada tahun 1969. Slogan untuk kempen pengiklanan tersebut – “Chi Vespa Mangia le Mele”, yang bermaksud “Jika anda menaiki Vespa, umpama anda sedang menggigit epal” dalam bahasa dalam Bahasa Inggeris. Epal melambangkan kesihatan, jiwa muda, musim panas yang menyeronokkan,berkhasiat dan diminati ramai.

Vespa LX 150 Apple Edisi telah direka untuk menjadi versi unik klasik yang unik, membanggakan pemiliknya dan bakal membuatkan orang lain mencemburuinya. Rekaan grafiknya melambangkan konsep bertenaga dan memberi penghormatan kepada sejarah Vespa.

Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, berkata “Vespa adalah salah satu skuter gaya hidup yang paling dicari-cari di Malaysia dengan lebih daripada 1000 unit yang dijual pada 2012. Syarikat itu merancang untuk meningkatkan jualan ke 2000 unit pada tahun 2013. Lima buah bilik pameran baru sedang dirancang untuk pembinaan di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak”

Edisi khas “Vespa LX 150 Apple Edisi” berkongsi gaya dan keanggunan yang biasa untuk semua skuter Vespa. Peningkatan yang ketara dalam model ini adalah ilustrasi bertemakan epal digigit dan tempat duduk baru dua tona warna. Vespa LX 150 Apple Edisi dijual pada harga RM11, 388,00 (harga atas jalan) dan terdapat hanya 168 unit sahaja di Malaysia. Untuk Tahun Baru Cina ini, unit terhad Vespa LX150 akan dijual pada harga promosi RM8, 888.00.  “Ang Pau” perayaan juga disediakan oleh NAZA untuk pembelian Vespa LX 150cc. Cepat sebelum terlambat!  Tawaran berakhir 28 Februari 2013.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply