ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua beri sumbangan kelengkapan perubatan dan mainan kepada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah

Views

Baru-baru ini, satu pasukan sukarelawan Perodua telah mengadakan lawatan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, dengan membawa hadiah kepada kanak-kanak serta kelengkapan dan bekalan kepada pihak hospital sempena perayaan musim Kaamatan dan kedatangan bulan Ramadan. Kelengkapan dan bekalan yang telah disumbangkan oleh Perodua terdiri daripada dua set bilah lurus laryngoscope Miller 3 dengan pemegang, bernilai RM1,800 setiap satu, serta 40 unit bantal dengan sarung PVC.

Selain itu, bersama-sama dengan Lego Malaysia, Perodua turut menceriakan kira-kira 250 pesakit kanak-kanak dengan memberikan hadiah barang permainan. Setiap seorang menerima mainan Lego bersama dengan barangan lain oleh sukarelawan Perodua. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada mereka yang menyambutnya dengan harapan agar perayaan ini mendekatkan kita semua.

Perodua juga turut kembali menziarahi Rumah Kanak-kanak Shan di Perai, Pulau Pinang dengan menghantar 10 orang sukarelawan dari cawangan Pulau Pinang dan Kedah. Kali pertama kunjungan mereka adalah pada malam perayaan Deepavali tahun lalu dengan menyumbangkan lebih RM20,000 dalam bentuk barangan dan wang tunai serta mengumumkan komitmen program Tanggungjawab Sosial Korporat mereka selama tiga tahun dengan rumah tersebut.

Untuk kali ini, Perodua telah mengaturkan kelas membuat roti untuk 19 orang kanak-kanak kira-kira yang menghuni rumah tersebut selain melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengagihkan barang mainan lembut untuk menceriakan hari mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Mayroon din silang epekto sa pagpapagaling, ngunit sa parehong oras, “pinagkakalooban” ang titi ng enerhiya at katatagan. Menthol. Marahil ang pinaka sikat na pangpasariwa at pampalakas ng likas na pinanggalingan. Ang Menthol bilang isang sangkap sa pampadulas na dyel para sa mga lalaki, ay nagpapasigla at nakapagpapalakas ng mga instinct ng lalaki kaysa sa anumang alak. titangel-in-philippines.com Matagal na akong nagkakaproblema sa aking buhay sekswal. Mayroon akong problema sa pananatili ng aking ereksyon, at ako ay nakakaramdam ng pagkalungkot dahil hindi na ako kasing galing sa kama katulad noon.

Leave a Reply