ARKIB

KATEGORI

Buletin

Miliki sebuah Proton sekarang – Nikmati diskaun GST, pinjaman tanpa faedah dan ansuran 3 bulan percuma

Views

Berikutan dengan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar, pelanggan Proton tidak perlu menunggu sehingga 1 Jun 2018 untuk menikmati harga rendah secara serta-merta. Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuatkuasa Jun.

Selain daripada potensi penjimatan yang ditawarkan, terdapat juga inisiatif jualan yang menarik bagi bulan Mei yang akan memudahkan mereka memiliki kereta Proton. Promosi Kosong-kosong menawarkan pembeli Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang mendaftar dengan Hong Leong Bank pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

Pelanggan yang memilih untuk membeli Proton Saga atau Proton Persona pula akan menerima ansuran tiga bulan percuma jika mereka membiayai kereta baharu mereka melalui Proton Commerce. Untuk model Proton Suprima S pula, pelanggan akan menikmati diskaun tunai hebat sehingga RM15,172, yang merupa Proton kan tambahan nilai kepada harga GST bernilai sifar untuk model ini.

Tawaran GST yang berkadar sifar juga akan diberikan untuk perkhidmatan di semua pusat servis Proton yang diiktiraf di mana diskaun 6 peratus (untuk kos pekerja dan alat ganti penyenggaraan berkala sahaja) ditawarkan kepada semua pemilik yang menghantar kereta mereka untuk penyenggaraan berkala.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply