ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Bezza dilancar ke pasaran Sri Lanka, harga RM103k

Views

Percaya atau tidak Perodua Bezza 1.0L transmisi automatik yang dijual di Sri Lanka berharga RM103k? Anda memang wajib percaya kerana model tersebut baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di sana semalam oleh pengedar rasmi Perodua, Unimo Enterprises Ltd. Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar Perodua setakat ini dengan 14,000 unit kenderaan telah terjual antara 1997 dan 2017 (setakat hujung bulan Mei). Buat masa ini, Unimo hanya mengimport Perodua Axia yang telah pun terjual sebanyak 1,400 unit pada tahun lalu dan kini tiba giliran Bezza.

Sejak 1997, Perodua telah mengeksport sebanyak lima buah model keluarannya ke Sri Lanka, antaranya Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan Bezza. Untuk pasaran Sri Lanka, harga yang telah ditetapkan oleh Unimo bagi varian 1.0L transmisi automatik adalah 3.69 juta Sri Lanka Rupee (RM103, 162.29). Secara keseluruhan, sejumlah 1,600 unit kenderaan Perodua telah dieksport tahun ini (dari Januari hingga Mei) ke enam buah negara termasuklah Indonesia yang menggunakan lencana Daihatsu Sirion.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply