ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua ceriakan warga emas dan anak yatim sempena kedatangan Pesta Cahaya

Views

Menjelang kedatangan Deepavali yang bakal disambut esok, Perodua baru-baru ini telah meraikan warga emas dan anak yatim di Ipoh, Perak yang juga merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporatnya. Dalam majlis tersebut Perodua telah menghulurkan derma, peralatan sekolah, pakaian baharu dan hamper kepada 104 anak yatim dan 14 warga emas dari rumah kebajikan di sekitar Ipoh. Rumah anak yatim yang terpilih adalah Vision Home, Arul Perum Jothy and Praise Girls Home, manakala Gloria Old Folks Home dipilih sebagai penerima untuk rumah kebajikan warga emas.

IMG_6071

“Kami berharap sumbangan kami akan dapat menceriakan lagi “Pesta Cahaya” mereka dalam pada masa yang sama dapat membantu memupuk persefahaman dan juga keharmonian antara kaum di Malaysia,” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Seramai 10 sukarelawan dari Perodua telah mengambil bahagian dan turut membantu membersihkan rumah-rumah kebajikan selain membawa anak-anak yatim untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah. Perodua turut menyumbangkan sebuah hamper dan barangan keperluan lain ke setiap rumah kebajikan yang terpilih untuk meringankan beban mereka untuk membuat persediaan perayaan Deepavali.

* Funtasticko.net ingin mengucapkan selamat menyambut “Pesta Cahaya” kepada kaum India di Malaysia. Deepavali Valthukkal!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Nielah syarikat yg bertanggungjawab..memahami kehendak rakyat..tak mcm company satu lg tu..kemut..camna nak.berkat…menipu top teether lg tu

Leave a Reply