ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Proton Preve varian standard akan diperkenalkan

Views

Menurut laman sesawang careta.my Proton akan memperkenalkan Preve varian standard sebelum akhir tahun ini. Foto yang dikatakan unit ujian model tersebut juga telah berjaya ditemui oleh Azizul Hakim berhampiran dengan litar ujian di kilang Proton semasa Alami Proton bulan lalu.

Antara maklumat yang diperolehi mengenai Preve varian standard :

1. Tiada lampu kabus hadapan
2. Lampu posisi LED digantikan dengan mentol biasa
3. Pemegang pintu dan cermin sisi berwarna hitam
4. Tiang B pintu warna sama dengan badan kereta
5. Palang belakang warna hitam (varian lain ikut warna badan kereta)
6. Beg udara hadapan dan sisi
7. Tiada butang kawalan audio di stering
8. Konsol tengah warna sama seperti Preve Executive
9. Tiada penyandar kepala pada tempat duduk belakang

Jika diperhatikan pada gambar di atas, rim aloi juga tiada pada unit ujian tersebut. Proton dijangka masih mengekalkan unit enjin 1.6 liter tanpa pengecas turbo yang sama pada varian Executive. Harga jualan untuk varian ini akan lebih rendah berbanding varian Executive. Nantikan kemunculannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Tidak kiralah standard ke atau Face-lift ke, yang penting kekalkan tahap keselamatan 5-star ANCAP.. Preve premium 7-speed manumatik memang best..


  • Bad move.. Nnt susah Proton nak letak harga Persona baru.. Harga Preve manual sekarang ni dlm 59k.. Nak letak harga berapa ni?

    Kalau buat CFE standard ok.. Macam exora.. Safety kena kekalkan cam Iris.. Proton jgn sekali2 abaikan safety features tu.. Ini the only unique selling point for Proton..


  • bayangkan mercedes buat keta canggih2.. kemudian bogelkan jadi kereta standard aka SV..buang semua tinggal basic shj… haha.. tp mercedes takkan buat mcm tu sebab mercedes ada maruah pada nama ‘mercedes’..

    gua tak tau la plan sapa dlm proton yg buat mcm ni.. gua sarankan proton jual kereta tanpa tayar dan tanpa seat… biar pengguna psg sendiri.. mmg harga murah2…

    lekeh!

    proton xdak maruah.


    • relax brother..hehe.. what the point nk ckp Proton tiada maruah..mana pula maruah kita as Malaysian utk tidak menyokong syarikat automotif tempatan?

      ..semua dah tau mcm mana konsep syarikat Mercedes..mereka buat konsep mewah dan versatile dan hanya boleh dibandingkan dengan BMW, Lexus, Citroen dan sebagainya..berbeza pula dengan konsep Proton yang hanya untuk pelbagai status pembeli.. Perbandingan bagi Proton ialah Toyota, Honda, Suzuki, Mitsubishi dan sebagainya..

      dan..kebiasaanya model basic variant ni syarikat memang produce untuk pasaran dalam Negara sahaja..yakin ke yang Mercedes dan BMW tidak mengeluarkan varian standard dalam Negara kelahiran mereka sendiri??..

      btw..if Proton ingin mengeluarkan varian std utk Preve.. diharapkan ianya CFE standard..bukan iafm.. Proton juga perlu menyusun harga jualan dengan lebih baik supaya tidak bertembung dengan harga Persona 2.. =)


  • Versi executive & premium pun patut update jgk. Antaranya leather seat, lampu DRL di depan, Head unit baru mcm Suprima S, lampu CCFL bahagian belakang, trim hitam glossy yg mcm Suprima S, rim 17 inci, chrome lining bahagian belakang, body kit & sebagainya..


  • Ni aku pnya pendapat la but dont get me wrong.
    Decision proton nk buat varian SV adalh keputusan mutlak proton, business decision, no arguement. Tetapi sbgai customer, perasaan aku sedikit tercalar bila Preve dan malah model2 lain juga dijadikan varian SV, se-olah2 semua kereta proton bole di’down-grade’kan pada mata kasar.


  • Sepatut proton boleh buat duit dgn preve ni.tp kesian,strategi mkn diri.tak payah la di sv kan.preve & suprima patut kekal premium walupun target asal nk curi costumer vios je pun.yg patut di sv cume kereta2 yg dh sampai eol mcm saga, persona & neo.

    Sekadar pandangan..

Leave a Reply