ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua daftar calon pertama ikuti kursus VIMS

Berita Tempatan

Views

Perodua telah mendaftarkan calon-calon pertama dalam kursus Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan (VIMS) rasmi pertama di Malaysia yang ditawarkan di pusat latihan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Kursus ini diadakan oleh AucNation Sdn Bhd yang merupakan syarikat usahasama dengan Automobile Inspection System Inc., Japan (AIS). Ia  merangkumi analisis yang lebih jitu mengenai keadaan kenderaan terpakai atau tukar-beli (trade-in) untuk menentukan komponen dalaman mahupun luaran yang perlu diganti atau dibaik pulih.

AIS telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah memeriksa kereta serta motosikal di seluruh Jepun. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, Perodua menyokong penuh inisiatif MARii ini, di mana keseluruhan industri automotif Malaysia akan mendapat manfaat daripada kaedah penilaian kenderaan yang seragam.

Dengan adanya penilai (valuators) sah yang diiktiraf kerajaan, perniagaan Kenderaan Pra-Milik (POV) kami dapat diperkukuhkan kerana piawaian antarabangsa mampu memberi keyakinan kepada pelanggan. Beliau berkata Perodua telah mendaftarkan 40 daripada penilainya dalam program itu.

JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

Setelah mendapat pensijilan, mereka akan dipindahkan ke pusat-pusat jualan Perodua untuk membantu pelanggan dalam urusan tukar-beli kenderaan. Bilik pameran Perodua KL di Jalan Pahang menawarkan kenderaan Perodua terpakai dengan waranti terhad.

VIMS melibatkan dua analisis, analisis visual (VA) dan analisis diagnostik (DA). VA meliputi luaran kenderaan, manakala DA dijalankan menggunakan peranti On-Board Diagnostic 2 (OBD2) untuk memeriksa kenderaan secara elektronik.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata kursus yang ditawarkan oleh AucNation ini terbuka kepada semua OEM dan individu menuju ke arah pasaran kenderaan terpakai yang lebih cekap dan seragam.

MARii percaya bahawa penubuhan sebuah badan bebas yang menilai ‘kesihatan’ kenderaan pra-milik secara saintifik dan objektif, mampu menentukan dengan lebih jitu kelayakan jalan kenderaan tersebut. Ini seterusnya akan membentuk dengan lebih lanjut inisiatif kenderaan jangka hayat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Rayau sekitar (walkaround) – Honda Civic Type-R

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply