ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

Berita Global

Views

Menurut laman Facebook CarNewsChina.com, ini adalah SUV terbaharu dari Geely yang merupakan versi pengeluaran model Geely Concept Icon. SUV ini bakal dikenali dengan nama SX12 dan ia menampilkan rekaan yang unik, moden dan ranggi.

Geely SX12 dibangunkan dari pelantar modular baharu, B-segment Modular Architecture (BMA) yang turut digunakan oleh model Bin Yue/SX11. Desas-desus mengatakan pelantar ini juga bakal digunakan oleh Volvo untuk model SUV kompak mereka yang akan berada pada segmen lebih rendah dari XC40.

Pada kami ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana pelantar ini memang dibangunkan secara bersama antara Geely dan Volvo. Dari segi reka bentuk, model SX12 sebenarnya tidak jauh beza dengan model konsep asalnya, cuma beberapa rekaan pada model konsep terpaksa diolah sedikit supaya ia sesuai dengan kehendak pasaran dan pengilangan.

JOM BACA >> PANAS : Adakah ini kerangka Geely Jia Ji?

Sekilas pandang gaya rekaannya mempunyai iras model Citroën C5 Aircross terutama sekali pada bahagian sisi. SX12 akan dijana oleh enjin 1.5 turbo yang mampu menghasilkan 174 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi mencecah 195 km/j.

Dari segi dimensi pula, ia berukuran 4350mm panjang, 1810mm lebar dan 1615 tinggi, manakala jarak gandarnya pula 2640mm. Ia bakal membuat kemunculan di Shanghai Auto Show bulan depan dan akan dilancarkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini di China.

Adakah SX12 bakal di’Proton’kan nanti? Kami rasa ada kemungkinan, namun segalanya terletak kepada apa yang dirancang oleh Geely untuk Proton. Amacam, ngam tak SX12 ni, kalau jadi Proton X60 menarik juga kan?

JOM BACA >> INTIP : Foto terbaharu Nissan Versa/Almera 2020

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely Concept Icon

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • SX12 dengan X50 says rasa takde ada beza sangat kecuali dari segi design dalaman/luaran dan perbezaan ciri-ciri. So tak perlu lah sangat model in kt Malaysia.

    Bukannya semua model Geely baharu perlu dispekulasi sebagai model Proton.


  • Kemungkinan besar jadi X60, 6 atau 7 tempat duduk.. manakala X50 kekal 5 tempat duduk.. memandangkan Proton meluaskan kuasanya ke seluruh Asia tenggara menjelang 2020.. Segment yang mendapat permintaan tinggi perlu diperkenalkan secepatnya.. Selain Bangladesh, Proton juga akan membuka kilang pemasangan di Pakistan sebagai langkah meluaskan kuasanya ke Asia selatan sepuluh tahun lagi..

Leave a Reply