ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Perodua dijangka buat kejutan di KLIMS13?

Views

dsc_4792

* Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini saya mendapat beberapa info yang setakat ini belum dapat dipastikan kesahihannya mengenai apa yang bakal dipertontonkan oleh Perodua pada KLIMS13, November depan. Dikhbarkan Perodua akan membuat kejutan dengan menampilkan model sedan konsep, model konsep kesinambungan Bezza (gambar di atas), sedikit pra tonton model gantian Viva dan beberapa scale model yang akan menunjukkan keupayaan unit rekaan Perodua selain membayangkan apakah yang bakal ditawarkan pada masa hadapan.

Untuk model gantian Viva, Perodua mendapat lebih kebebasan daripada Daihatsu untuk merekabentuk semula model yang berkongsi asas dengannya, namun tiada info mengenai model apakah yang telah diambil. Ini adalah disebabkan permintaan yang sangat menggalakkan pada model Daihatsu Sirion (Myvi rebadged) di Indonesia selain persediaan untuk bersaing dengan kehadiran semula jenama Datsun yang turut memperkenalkan model kompak di sana.

Jika terbukti benar info ini, booth Perodua di KLIMS13 bakal menjadi perhatian, nantikannya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply