ARKIB

KATEGORI

Buletin

Great Wall Wingle 5 Premium X tampil lebih ranggi dan sporty!

Views

1268467_533185443416461_1696017381_o

Green Oranges Sdn Bhd, pendedar tunggal jenama Great Wall Motors di Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan model naik taraf trak pikap kompak terbaru Wingle 5 Premium X yang tampil lebih ranggi dan sporty! Beberapa pembaharuan telah dibuat daripada model yang telah dilancarkan sejak dua tahun lalu seperti sensor undur, sistem penggera, bar hadapan dan pemijak sisi.

Trak pikap yang diikuasakan dengan enjin 2.5 liter turbodiesel buat masa ini hanya ditawarkan dengan transmisi 5-kelajuan manual. GWM juga menawarkan set pilihan tambahan seperti pemain DVD dengan GPS, kamera undur, lampu limpah Hella 1000, tayar pelbagai permukaan (all-terrain), rim aloi 16 inci dan bampar belakang off-road yang mampu menjadikan trak ini nampak lebih aggresif berbanding trak pikap yang lain dalam segmennya.

Wingle 5 Premium X turut dilengkapi ABS, EBD dan beg udara berkembar dijual dengan harga RM76, 809.40 (tanpa insurans) bagi varian 4×4 dan RM69, 017.40 (tanpa insurans) bagi varian 4×2. Jaminan selama 3 tahun atau 100, 000km (yang mana terlebih dahulu) turut diberikan oleh Great Wall Motors Malaysia untuk model ini. Kedua-dua model dipasang secara tempatan di kilang milik Green Oranges Sdn Bhd, yang terletak di Gurun, Kedah.

sumber : Facebook GWM Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply