ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi 2018 dilancarkan secara rasmi, ikon kini berevolusi!

Views
The All-New Myvi 2017 (Launch Video)

Model yang paling dinanti-nantikan tahun ini, Perodua Myvi 2018 telah selamat dilancarkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, sebentar tadi. Majlis disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Sri Mustapa Mohamed. Dengan tagline Cetusan Keunggulan, Myvi 2018 telah mencatat tempahan sebanyak 5,000 unit setakat ini, sejak ia mula dibuka pada 9 November yang lalu.

Generasi ketiga Myvi adalah 100 peratus rekaan anak tempatan dan dibangunkan oleh pereka dan jurutera Perodua dan dibantu oleh rakan teknikal mereka, Daihatsu Jepun. Myvi 2018 ditawarkan dengan pilihan dua penjana kuasa cekap bahan bakar yang lebih senyap dan lancar, enjin 1.3 liter 1NR-VE empat silinder DOHC dengan DVVT-i (21.1 km/l) dan 1.5 liter 2NR-VE empat silinder DOHC dengan DVVT-i (20.1 km/l).

The All-New Myvi 2017 (Product Video)

Rekabentuk Myvi 2018 berbeza sepenuhnya dengan model-model generasi terdahulu, dengan penampilan yang lebih masukulin dan sporty. Apa yang menarik, varian spesifikasi tertingginya dilengkapi ciri-ciri keselamatan tercanggih yang dikenali sebagai Advanced Safety Assist (A.S.A) yang biasanya terdapat pada model yang berharga RM100K ke atas, tetapi kini ia sudah menjadi peralatan penting dalan kereta mampu milik.

Myvi 2018 turut menerima penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP dan telah menjalani ujian tersebut pada bulan Oktober yang lalu. Berikut adalah harga model Myvi 2018 mengikut varian (harga tidak termasuk insurans):

  • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
  • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
  • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
  • 1.5 High (AT) – RM51,800
  • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

Untuk mengetahui ciri-ciri menarik Myvi 2018, klik pautan di bawah.

BACA >> INFO : Apakah ciri-ciri menarik Myvi 2018 yang perlu anda tahu

Syabas kami ucapkan kepada Perodua! Laporan lanjut menyusul.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Ni baru betul design citarasa rakyat malaysia..yg proton iriz tu citarasa syok sendiri designer proton aje

    Tak laku salahkan rakyat..

    Yg ni design buat sdr jgk..pun kena ikut regulation,kena dpt kelulusan boss sama mcm proton, tp kenapa perodua boleh buat cantik proton tak boleh?sampai ada yg kata designer dh buat cantik tp pengurusan tolak sbb kos.kah kah kah…lucu beb

    Kalu design huduh,mcm mana nk laku,tak laku nk cover kos mcm mane. Teman syak pengurusan proton tak byk pilihan nk pilih,mmg setakat itu je kemampuan designer proton.

    Maaf la.emosi pulak.kite minat proton tp proton sdr tak mahu berubah. Duk kt geely pun still maintain designer.buang2 je la.rugi duit je.pakai je la design sediada geely tu.jauh lg timeless dr preve.

    K.bye

Leave a Reply